Tuesday, September 26, 2017

Baharu.

Setelah lama pergi,
kini memilih untuk kembali
dengan memakai baju yang baharu.
dia kini sudah menjadi --
guru, isteri, ibu.

sungguh kan, hidup ini selalu menemukan kita dengan hal yang tak terjangka?
semua yang tampak kabut dan kabur,
lewat masa bisa jadi indah tersusun atur.
Alhamdulillah wa thumma alhamdulillah.

dua tahun sembilan bulan sudah berlalu.
terlalu banyak perubahan yang dialami.
dia ternyata sudah dewasa.
memasuki dunia pekerjaan, perkahwinan, dan menjadi bonda,
banyak mengubah persepsinya tentang hidup, dan kehidupan.
(sesungguhnya realiti tak seindah fantasi remajanya.)

dan kerana itulah dia memilih untuk menulis kembali.
kesibukan hidup adakala membuatnya rasa 'hilang'.
dahulu,
ruangan inilah yang jadi teduhan --
saat jiwa resah lelah,
fikiran kusut ribut,
iman layu, roh kaku.
harapannya, semoga ruang ini masih akan meneduhkannya
dari perih yang terkadang singgah pada hari-harinya.

Pulang.

Laksana burung --
tak kira berapa jauh ia terbang,
saat senja berlabuh
ia pasti akan pulang.

Begitulah jiwa ini
tak pernah terbahagi dua.
Lama mana sepinya,
ke sini tetaplah pulangnya dia.

Thursday, December 11, 2014

70 hari: prolog

Assalamualaikum,

Dan betapa, simpang jalan hidup bisa jadi amat luar biasa, Sangat terpana tatkala doa nan satu dikabulkan Tuhan dengan sebegitu pantas - bahkan dengan cara yang paling tak dijangka. Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil 'adzim. Sungguh indah aturan Yang Maha Kuasa; secubit diimpi, segenggam diberi. Semoga ini adalah jalan yang terbaik buat semua, terutamanya mama dan abah. Sungguh -- bahagia saya ada pada bahagia mereka; dan syurga saya ada pada redha mereka, Dan yang paling utama - untuk setiap hujung dan mula - moga segalanya adalah kerana Allah s.w.t semata, insya-Allah.
:)


Saturday, October 18, 2014

istiqamah; jalan ini sumpah panjang.

hati berbunga-bunga tatkala melihat jiwa-jiwa yang disapa hidayah.
terkenang waktu diri ini di awal fasa tarbiyyah --
bagai dicandu cinta,
segalanya manis belaka.
indah.

tahun demi tahun tarbiyah,
yang manis mula berbaur rasa,
kelabu mula muncul di antara yang hitam dan yang putih,
amanah yang digendong mula memberat,
dan muncul ketika diri menggelupur penat.

dan hari ini,
ku fikir usia tarbiyyahku sudah mencapai umur matang:
7 tahun, alhamdulillah.
setelah sekian banyak yang dilewati,
aku jadi faham jikalau yang paling payah dalam perjuangan ini
adalah istiqamah.

melihat diri sendiri --
aku merasa kerdil sekali.
kerana aku ini jwa yang ternyata paling mudah mengalah,
lebih asyik tenggelam,
dan mungkin sekali paling kelam.

untuk 7 tahun bertaut cinta dengan Ilahi,
aku bersyukur kerana Dia tidak jemu-jemu memberi hidayah pada diri.
juga pada tangan-tangan ghaib yang mendoakan.
mungkin sahaja aku terus di sini atas papahan doa kalian.
dan pada hati-hati yang menghulur sejuta kebaikan dan sentiasa terus menghulur pertolongan,
jazakumullah khairan katsira untuk semuanya,
jujur, aku tidak akan sekuat ini tanpa kalian.

untuk jiwa-jiwa yang berkongsi struggle yang serupa:
moga Allah ganjari kesabaran kalian untuk tetap taat dalam amal kepadaNya.
mintalah kekuatan dariNya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Menguatkan.
meski jatuhmu sudah yang keseribu kali, bangun lah lagi lagi dan lagi.
didik iman, bina taqwa -- berdikit-dikit juga tak apa,
insya-Allah setiap jerih payah kita dihitungNya,

istiqamah; jalan ini sumpah panjang.
tapi di hujung jalan, insya-Allah ada syurga.
dan ada Dia.
:)


Friday, August 22, 2014

He decides and His timing is always right (ii)

i used to be one i-couldnt-care-less-when-i-would-get-married woman. but as time passes by, the pressure gets real; it's so real that it suffocates me sometimes

dan hari ini, adik keluarkan persoalan:
"i truly wonder, aten. why are you not married yet when you seem to have it all: the look, coming from a good family, good education background, etc etc?"
dan saya terdiam. soalan kali ini berbeza. pertama, kerana yang bertanya itu adalah adik lelaki saya - yang tidak pernah menanyakan soalan seserius ini sebelumnya. kedua, soalan ini mengheret saya untuk muhasabah memandangkan jawapan "it isn't yet the time" seakan seperti jawapan yang terlalu ringkas untuk soalannya. sudahnya saya memanjangkan sedikit jawapan, dengan harapan ada sedikit pengajaran yang boleh diambil dari pengalaman(?) kakaknya ini.
"Belum sampai masanya lagi. Walaupun di luarnya kelihatan molek belaka, Allah lebih tahu kalau kiranya i am not yet competent to be a good wife. furthermore, how come one life can be so perfect at one point of time? apparently, i cant have it all. akan ada perkara yang Allah tangguhkan dapatannya supaya kita merasa perlu kepadaNya. kekurangan itu yang selalu mendidik rasa kehambaan."
ya, terlalu sering kekurangan itulah yang membawa jiwa untuk benar-benar merasa hamba kepadaNya. mebuat diri merasa kerdil, menyerahkan sepenuh takdir untuk diatur Dia mengikut kehendakNya. kerana tiada pengurus terbaik hidup kita selain Dia - Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Memelihara.

kekurangan juga mengingatkan diri untuk bersyukur dengan nikmat yang ada. berkali-kali saya katakan pada diri: i might not have found my 'other half' yet, but Allah has blessed me with such a perfect happy family that always complete me. i may not have my 'life-long companion' yet, but i have beautiful girlfriends who always stand by me through my thick and thin. i may not yet feel loved by that one  particular person, but, alhamdulillah, i always feel loved by those around me. the time shall come sooner or later, insya-Allah. just have faith in Allah. let Him decides for His timing is always right.