Friday, February 19, 2010

cuti CNY.

assalamualaikum. :)

lama sudah tak update blog. rindu. rindu. rindu sgt. cuti da nak abes. dan tade apa yang menarik pun tentang cuti ni. so far, perancangan nak study mov tinggal perancangan semata-mata. assignment ie takde progress. manakala homework ldv lena diulit mimpi dalam fail kelabu itu. hahaha. bagus la marini. exam tak lama lagi. tapi masih tak sedar diri. satu dush untuk diri sendiri. *dush!*

tade yg menarik pun tentang cuti ni. banyak masa dihabiskan utk lepak dengan family. satu hari saya habiskan dengan fatihah. huu~ saya rindu dia banyak2. kemudian semalam keluar mendapatkan rawatan resdung. huhu! serius sakit sehingga mengeluarkan air mata secara tak sengaja. oh, lupa pulak. ada juga kami buat family dinner. seronok! sebab amek gambar guna dslr k.long. hehe. best3. sape2, tolong hadiahkan saya encik dslr november nanti boleh? hee~ ;)

emm..ok. saya rasa itu sajalah kisah cuti CNY saya. tak sabar nk balik maktab. maw peluk cium cik deep adeeba juga farah azwa. dan mish qist juga. oh, saya rindu kamu banyak2 kesayanganS! ada cerita2 best untuk dikongsi ni. hehehe. haa. tak sabar jugak nk tgk muka deep saat bertemu dgn kawan beep2 nanti. hahak. oh, sy sgt excited! ^^

sampai ketemu lagi. doakan saya selamat siapkan ie.
:D

nota ringkas:
1. semoga batuk ni cepat hilang. penat sudah ni.
2. kena makan ubat hari2 pulak lepas ni. xbest!
3.bila petikan gitar bunyi mcm piano...

Monday, February 8, 2010

fikir lagi. fikir lagi. fikir lagi.

alhamdulillah. lepas banyak2 hari yang gembira, hari utk saya KSE datang jugak. itu maksudnya saya masih punya perasaan lain selain dari gembira dan positif semata-mata. banyak benda yang jadi akhir2 ni membuat saya berfikir. itulah marini. asyik maw fikir je. semua benda juga nak difikirkan. memang patut saya jadi pemikir terulung walaupun segala yang fikirkan hanyalah benda2 yang merapu rapik. erk.

1- ada org bercakap dgn saya tentang blog muslimah. hurm, x taw. mungkin kerana saya masih lagi bukan seorang muslimah yg sempurna. ada cacat cela di sana sini. lalu segan ingin menulis sebagaimana mereka yang indah akhlaknya. saya ada keinginan untuk jadi sebegitu. siapa tidak maw jadi perhiasan terindah di dunia kn? sekarang masih sdg cuba memperbaiki diri. insya-Allah satu hari nanti marini akan menulis sprt seorg muslimah, sebagaimana yg sepatutnya. apa pun ia, terima kasih kerana mengingatkan. :)


2- marini mengalami krisis identiti. dan ini mmg membuatkan saya amat kusut sekali. kenapa saya tidak mampu bertegas? kenapa saya selalu melanggar prinsip sendiri lalu kemudiannya menyesal? hurm. saya dah xtaw mcm mana nk betulkan kesalahan saya. semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya di kemudian hari. amin.


3- saya sudah selamat menghantar esaimen earthquake yg memeningkan itu. membuat presentation pun sudah. tapi saya amat x puas hati dgn performance saya sendiri. serius. mungkin kerana banyak fikir, otak x mampu fokus. saya rasa saya sebut 'waiting to be rescued'. tapi mereka kata saya sebut 'waiting to be survived'. dan ejaan 's.a.t.u.r.d.a.y' pula berkali2 saya sebut sebagai 'sunday', bukan 'saturday'. oh, apakah? apakah? [=_="]


4- skrg sudah 8 februari. exam 17 may nanti. ada masa 3 bulan lebih je lagi. masa sangat suntuk. dan itu memang buat saya serabut. lagi tambah serabut bila tak mampu nak fokus. extra serabut bila tengok markah2 esaimen sem 1, 2, 3 + mock exam. saya nak fly. saya mesti fly. uk itu impian saya. tapi banyak lagi yang x study. banyak lagi yang x recover. banyak lagi yang saya x taw tapi perasan macam taw. huk. tolong lah jadi lebih fokes marini. saya rindu marini versi rajin di minggu pertama januari yang lalu.


5- erm. saya sudah fikir masak2. saya harus nekad. saya perlu harus-perlu-mesti-wajib reschedule. susun semula jadual hidup saya yg berterabur ni. biar jadi sedikit selfish, saya rasa itu x mengapa. utk dapat kan sesuatu, harus korbankan sesuatu bukan? xpe lah. utk 3 bulan saje. 3 bulan je. 3 bulan je. semoga saya dapat get through final nanti. dan jejak kan kaki ke warwick. ucapan selamat untuk saya. dan rakan2 yg lain jgk. good luck marini!

Tuesday, February 2, 2010

cik marini yang pemalas. haish~

terima kasih kepada encik malas, prestasi kerajinan cik marini merudum minggu ini. huhu. ini memang sangat tak patut. saat exam semakin hampir, saat tu jugak kemalasan memuncak. dari minggu lepas lagi, sudah kurang ke library. balik kelas je mesti maw tdo. kemudian malam-malam buang masa lagi dengan main game solitaire atau tido awal. kalau takde essay, xde lagi da keinginan untuk buat revision. ada esaimen tapi x pernah rajin nak menjenguk. due date jumaat nanti. dan marini cuma baru selesai mendapatkan artikel kedua beliau. ha..ha.ha..baguslah. *sigh* apa nak jadi ni cik marini? ades.. seseorang, sila hadir untuk bagi motivasi boleh? kasi marini semangat sikit nak study. heh. cik marini memang mengada! xD

Saturday, January 23, 2010

20 hari di ipip.

assalamualaikum.

lama sangat da tak update blog ni. kesian blog saya. terabai oleh kerana kesibukan tuannya yg asyik perasan sibuk walaupun tak de la sibuk sangat. jadi, post ini adalah fast-update yg akan merangkumi kisah 20 hari pertama saya di ipip.

1. kami, sekalian warga TeSL Cohort 2, telah mengisi application form untuk Warwick University. perasaan sewaktu mengisi form tu memang sangat indescribable. borang tersebut bukan hanya mengandungi personal details kami. tetapi bersamanya juga disisipkan seribu harapan, doa dan impian.

2. jadual hidup tiga sem yang lalu telah dirombak. tidak mungkin lagi untuk meninggalkan kelas sebelum pukul 1.30 petang. 1.30 petang itu menjadi waktu paling awal. kalau paling lewat boleh mencapai sehingga 3.30 petang. penat? memang penat. tapi itu lah namanya pengorbanan.

3. marini semakin rajin ke library. hahaha. memang bunyi macam kelakar. tapi saya suka habiskan waktu menekun di library sekarang. buat apa sahaja yang berfaedah. saya tidak kisah habiskan banyak waktu siang untuk belajar. sebab waktu malam saya memang banyak buat benda lain. heh.

4. minggu lepas saya, deep, farah dan tiqah menyertai mukhayyam anjuran karisma. seronok. saya belajar banyak perkara baru. juga discover perkara-perkara baru. juga berbangga kerana berjaya menerobos sempadan kemampuan diri. saya ingat saya tak mampu, tapi akhirnya saya berjaya juga daki bukit tu. saya takut, tapi saya boleh buat jugak flying fox tu. perkara paling best yg saya dapat dari mukhayyam ini adalah: kita tak kan tahu apa potensi diri kalau kita takut mencuba. saya juga belajar untuk tidak mengalah pada ujian dan cabaran. dengan kesabaran, usaha dan tawakal, insya-Allah kita akan mampu mengatasinya.

itu sajalah update saya untuk kali ini. ada juga beberapa perkara lain yg berlaku. tapi saya ingat-ingat lupa. sehingga jumpa lagi di post yg akan datang.
:D

nota ringkas:
- untuk seseorang yang baru menghadapi kehilangan, semoga ditabahkan hatinya melalui ujian tersebut.

Friday, January 1, 2010

selamat pagi 2010. :)

hari ni saya bangun pagi-pagi lagi. lepas subuh, terus tak tido lagi dah - tak seperti hari-hari semalam. bila bangun, saya kelip-kelip mata. hulur tangan capai handphone. kelip-kelip mata lagi. 07:00 ; 01.01.2010. wow! otak saya seakan baru diaktifkan semula. it's 2010 everyone! awesome~ :D

pagi-pagi begini, tidak tahu apa yang harus dilakukan. di dalam selimut pink itu, saya pejam kan mata. tapi saya tidak tidur. otak saya bergerak menerobos pintu masa, kembali ke tahun 2009. banyak suka duka yang saya hadapi tahun lalu. tidak terkira. warna-warninya melebihi tahun-tahun hidup saya yg sebelumnya. banyak pengalaman baru saya yang saya dapat tahun lalu. banyak perkara yang saya belajar tentang hidup. dan hadiah paling bermakna saya dapat di penghujung tahun 2009. memang terbaik. kredit untuk sahabat saya nadia yg meng-emelkan novel itu setahun lalu. ouch! teruk betul saya ni. setahun di-emelkan baru nak baca. huhu~ apa pun, terima kasih ya. membaca novel itu membuatkan saya ingin dilahirkan semula. ingin menjadi marini yang baru. baru-sebarunya.

azam tahun 2010 saya sangat mudah. tahun 2009 mengajar saya supaya jangan menjadi seorang yg terlalu ambitious. jadi, tahun ini azam saya memang sgt simple. tingkatkan ibadah, tingkatkan prestasi pelajaran, jadi lebih berdisiplin, jaga dan perbaiki ukhuwah, serta terbang ke warwick. 5 bulan pertama 2010 ingin saya habiskan dgn belajar dan dekatkan diri dgn Dia. 3 bulan kemudian baru akan saya habiskan dengan bersuka-ria sepuas2nya. dan insya-Allah, oktober nanti sambung bersuka ria di Warwick. wee~ warwick, tunggu saya oktober nanti. :)

2010 saya pasti akan jadi tahun yang menggembirakan. amalin akan pulang dari mesir jun nanti. nadzipah juga akan balik bercuti tahun ini. ini kesayangan saya yg sangat saya rindukan. tak sabar nak jumpa kalian. apa lgi ea? oh, plan utk tour malaysia bersama farah, deep dan amalin. hehehe. pasti seronok! hah, ada lagi. saya sudah berjaya mengeluarkan diri dari kisah lama. tiada sejarah membelenggu diri. kali ini, memang betul2 bebas bernafas. bahagia. :) dan perkara terbaik yang saya harapkan tahun ini pastinya untuk boarding the plane to uk. ucap selamat buat saya dan sahabat2 yang lain k. oh, dan kalau impian itu jadi nyata, pastinya akan bertambah memori bahagia dalam kalendar 2010 saya. sambutan hari jadi ke-19 di negara orang. dan tentunya dgn sahabat2 saya. wee~ tahun ni, insya-Allah tercapai jugaklah impian deep, k.Qist dan farah maw mandikan saya dgn tepung di malam hari jadi nanti.

ok. sudah cukup dengan angan-angan. saya tidak boleh berangan-angan saja. 5 bulan pertama ni harus pulun habis-habisan. barulah segala kegembiraan yg saya bayangkan tadi akan jadi kenyataan. semoga Allah memudahkan segala urusan saya tahun ini. dan kawan-kawan juga. amin. akhir kata, selamat pagi 2010. semoga segala impian akan jadi kenyataan. :)