Saturday, September 4, 2010

ramadhan bulan rahmat.

sungguh, ramadhan itu bulan rahmat.
terasa kasih sayang Tuhan menyelubungi segenap ruang dunia.
silaturrahim yang sekian lama terputus,
kini berpaut kembali.
ahli keluarga yang sekian lama bercakaran,
kini kembali menjalin kasih sayang.
jasad yang tidak pernah maw mengenal Tuhan,
kini taat sujud menyembah Penciptanya.
hati dulu yang dulu beku tegar,
kini lembut sejuk untuk disentuh.
dan keberanian yang dicari sekian lama,
kini sudah menyelubungi jiwa.
maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman: 16)

Friday, September 3, 2010

jasad, sesuatu, takdir & izrail.

dari dalam bilik kelam, ada terdengar bunyi ketukan.
namun jasad masih kaku tegak di suatu sudut.
bunyi semakin bertalu.
tapi jasad tetap di situ.
tidak ia berganjak.
ironinya!
kerana jasad sedang menunggu sesuatu.
sesuatu pula sebenarnya sudah ada menanti di luar sana.
cuma jasad saja yang tidak mengetahui.
bukan. bukan.
jasad tahu benar kalau yang mengetuk bertalu itu adalah sesuatu.
tetapi jasad tidak berani membuka pintu.
jasad menanti takdir.
biar takdir yang buka pintu itu.
kuncinya ada pada takdir.
sekarang takdir masih belum sampai. masih di perjalanan:
jasad percaya begitu.
namun dalam diamnya jasad,
minda nya berfikir:
sampai bila jasad harus menunggu?
sedangkan sesuatu sudah ada di situ?
kenapa tiada dibukakan saja pintu untuk sesuatu?
tiada keberanian bolehkah dijadikan alasan?
jasad mula resah.
jasad risau menanti takdir yang entah bila akan sampai.
persoalan lain menjengah fikiran:
bagaimana pula jika izrail terlebih dahulu mengucap salam?







notakaki: untuk kefahaman saya sendiri. :)

Thursday, September 2, 2010

tak nak guna maxis sampai mati. sekian.

petang semalam cik deep kesayanganku telah menelefon untuk menyampaikan satu berita gembira iaitu bil maxis telah selamat sampai ke rumah beliau menuntut bayaran sebanya rm 428.35. alhamdulillah. ahaha. banyak la saya punya ucapan syukur tu. rasa macam nak gi sekeh-sekeh kepala ceo maxis yang telah membuli saya dengan jayanya. untuk pengetahuan kalian, i have to pay the amount for nothing. seriously, da berbulan kot simkad maxis tu hilang. pelik juga kenapa mereka tidak terminate service after three months macam yang celcom buat tu? uhh. cari untung percuma ya kamu? siap ada interest lagi. amboi amboi. bijak pandai kamu berniaga ya. wahai rakyat malaysia sekalian, bertukarlah kepada celcom, digi, u-mobile atau apa saja perkhidmatan telekomunikasi yang lain selain maxis. hurm. sumpah lepas ni tak pakai maxis da. MAXIS? katakan TIDAK. hahaha!

Tuesday, August 24, 2010

sekadar di pinggiran.

muahaha. tajuk memang taley blah kan? tapi entry ini tiada kena mengena dengan sebarang lagenda cinta ok? ini adalah tentang setting hidup pilihan saya. hee.

saya lahir di pinggir bandar. hidup di pinggir bandar. membesar di pinggir bandar. dan bersekolah di luar bandar. bila da habis sekolah, kerajaan hantar saya untuk sambung belajar di maktab yang agak jauh dari bandar. sekarang, terbuktikan betapa saya dan bandar memang tak ada chemistry? jadi, bila tiba-tiba kena datang kl 3 kali dalam sebulan, rasa canggung juga lah. itu tak taw. ini tak taw. setakat kl, boleh lagi menyesuaikan diri. tapi, bila di hantar ke putrajaya, saya terus lost. moden sangat. heh. ni belum gi merempat kat cyberjaya lagi. bandar cyber tu. tak taw la apa nak jadi kalau betul harus ke sana nanti.

masing-masing ada taste tersendiri dalam menentukan lifestyle mereka. dan tempat tinggal adalah setting yang amat mempengaruhi lifestyle. kerana itulah ada orang yang suka hidup di bandar. ada pula orang yang suka hidup di kampung. dan bagi saya pula, saya tergolong dalam golongan orang yang suka hidup di pinggir bandar. hidup seadanya, sekadarnya. yang penting, membahagiakan! tehee~
:D

jadi, orang-orang bandar tak boleh la nak masuk meminag saya ek? tak lulus. kesh3. tapi, kalau setakat tempat di penghujung benua asia tu tade la bandar moden sangatsangat kan? heh.
;)

Tuesday, August 17, 2010

visa tak siap lagi. :(

bila dihitung-hitung,
maka genaplah 7 hari visa saya diproses. banyak rakanrakan saya dapat maklumbalas menyatakan visa mereka da siap diproses. walaubagaimanapun, setelah dicheck sebanyak saya-juga-dah-lupa-berapa-kali-sebab-banyak-kali-sangat, visa saya masih lagi under process. hal ini amat merisaukan ok? saya da msg yash ajak g kl 19. sebab nanti 20 blh g amek visa.
dan 23 nanti lepas siap briefing boleh terus balik kelantan.
(sorry, hafiz. mungkin tak sempat nak jumpa awak. huhu)
tapi, apa motifnya ke kl lusa kalau visa masih tak siap-siap.
alahai.
risau betul.
harap-harap petang ini akan dapat berita baik dari pihak VFS.
tolong la siap kan visa saya hari ni.
oh, pleaseeee...
:((



p/s:
when do u think i can get my visa done eyh?