Thursday, November 11, 2010

belajar untuk cinta.

hidup penuh dengan pelajaran.
dan aku sedang belajar untuk menumpahkan cinta pada Dia, dia, ia dan ia.

Dia,
Tuhan yang menjadikan aku siapa aku.
dia,
Muhammad Rasulullah S.A.W. yang menunjukkan aku jalan menuju syurga.
ia,
Islam yang memberi aku makna sebuah kehidupan.
dan ia,
Al-Quran yang jadi sahabatku sepanjang perjalanan ke dunia abadi.

bilamana kisah 4 cinta ini belum sempurna,
mana mungkin aku layak untuk menumpahkan cinta buat yang lain.
apatah lagi menagih cinta dari yang lain.

dan untuk melengkapkan kisah cinta ini bukan senang.
tarbiyah hati ini satu mujahadah.
namun, Insya-Allah aku akan istiqamah.

pada awalnya, mungkin pahit perjuangan yang aku hirup,
tapi aku yakin,
di akhir nanti ada kemanisan iman untuk aku teguk.


Tuesday, November 9, 2010

perihal hub kelab malam.

assalamualaikum.

sejarah mengajar kita,
kalau kiranya sesuatu tamadun mahupun kerajaan itu berkembang
kerana kekuatan para
ilmuwan nya.
agungnya baghdad,
agungnya bumi al-hambra,
perkasanya amerika,
majunya jepun,
semuanya kerana ilmu dan teknologi,
bukan hub kelab malam!

jesteru,
dalam memodenkan Malaysia,
kenapa harus ada hub kelab malam?

kenapa sibuk ingin me-Las Vegas-kan Lembah Klang?
kenapa sibuk ingin mem-Paris-kan Kuala Lumpur?

kenapa tidak kita berusaha meng-Al Azhar-kan UIA?
oh, terlalu Islamik?
tidak akan menarik pelancong asing?
lalu,
kenapa tidak pula kita berusaha meng-Oxford-kan UM?
atau meng-Cambridge-kan UiTM?

graduan-graduan yang lahir ini akan menggerakkan Malaysia,
dan melonjakkan ekonomi kita,
lebih baik daripada hub kelab malam!

payah?
ya, memang payah.
mungkin hub kelab malam itu lebih mudah.

tapi ingatkah kita,
jalan untuk memajukan Amerika juga payah.
jalan untuk memajukan Jepun juga payah.

jika tidak cuba, memang akan selalu payah.
bergerak dahulu, baru akan nampak jalannya!

"kenapa harus memilih kemudahan tapi mencari murka Tuhan?"

Monday, November 8, 2010

simpan saja.


bukan aku tidak punya rasa,
namun sengaja aku simpan semua,
biar jadi rahsia,
antara aku dan Dia.

diluah takut khilaf,
diucap takut leka,
jadi biarkan saja,
rasa itu pada tanganNya.

percaya aku,
rasa itu belum lagi mati,
malah tambah indah bilamana
didokong oleh iman,
dibajai dengan taqwa,
dihias dengan ikhlas dan redha.

beri ruang pada ku,
untuk membentuk rasa ini sesempurnya,
semoga jadi hadiah paling indah
buat dia yang punya hak,
juga Dia Yang Paling Berhak.

Sunday, November 7, 2010

culture shock.

assalamualaikum.

setelah 5 minggu di UK, akhirnya saya dapat culture shock jugak. semuanya angkara notts games. well, nothing much to say about it. no fun. no nasi kerabu. no new friends. nothing. yang ada cuma culture shock. sungguh, masa dan tenaga yang dibazirkan untuk menghadiri event ni sia-sia belaka. saya tak kan pergi da event ni tahun depan kalau tade sebab yang mengharuskan saya untuk pergi. kalau sebabnya cuma nak rawat homesick mahupun sokong kawankawan, memang saya tak kan pergi. ke notts game tak kan merawat homesick saya, menambahkan homesick adalah. perihal bagi sokongan pada kawankawan pula, tak salah menyokong mereka dari jauh. doa dan sokongan saya boleh mengiringi pemergian mereka.

kenapa culture shock??

maw nya tak culture shock. sepanjang 5 minggu di bumi United Kingdom ni, saya dipamerkan dengan betapa indahnya pengamalan agama Islam di sini. betapa tingginya agama ini dujunjung di hati para penganutnya. jauh lebih baik berbanding di Malaysia. namun di notts game, saya dihidangkan dengan satu citra yang sama sekali bertentangan dengan perspektif saya selama di sini. di notts game, jangan bicara pasal ikhtilat. isu ikhtilat berkubur di sana. nak tengok anak melayu original pun payah. ada, bukan tiada. namun proportion anak mat saleh celup kelihatan lebih banyak berbanding anak melayu Islam.

anak Melayu yang saya nampak banyak yang sudah luntur jati dirinya. takut. saya jadi amat sangat takut. saya takut terpengaruh. saya takut jadi sebahagian daripada mereka. saya takut saya mati dalam keadaan bermaksiat seperti itu. maw nya tak takut? hati ini, hidayah ini, semuanya Allah yang punya. hari ini kita mungkin baik (Insya-Allah), namun kesudahannya nanti tiada siapa pun yang mengetahui.

penulisan ini tidak bertujuan untuk meng-condemn notts game atau sewaktu dengannya. notts game itu tidaklah 100% buruk. banyak juga bahagian-bahagian yang positif seperti jualan amal palestin, pendedahan tentang program berwawasan seperti Projek Kalsom dan juga jualan untuk mengutip dana bagi penganjuran program-program berunsurkan dakwah.

tapi, enough said, i'm not gonna go there again without any rigid purpose. notts game might be enjoyable to others but i dont have fun at all. well, people have fun in different ways - that's natural! and my way is so not such-the-notts-game's way. :)

Saturday, November 6, 2010

poskad cinta dari london.

Dear Malaysia, IMY.


Duhai Kekasih Yang Maha Mengetahui,
kirimkan salam rinduku pada
bonda.
ayahanda,
adinda,
keluarga sanak saudara,
juga sahabiyah-sahabiyah tercinta.
Dakap erat mereka dalam pelukan kasih sayangMu.
Lindungi mereka dibawah payung rahmatMu.
Aku redhakan semuanya di bawah jagaanMu
hingga sampai saat jasad kami kembali bersatu.