Sunday, December 5, 2010

frankfurt market.

assalamualaikum.
:)

alhamdulillah,
hari ni sudah boleh senyum balik.
ngee~
:D

thanks to kak arah, yang bawak kami ke birm semalam untuk melawat frankfurt market. seronok! frankfurt market tu tade apa la sangat pun. melainkan kalau awak sambut christmas dan gaji dalam pound sterling, frankfurt market itu heaven untuk awak shopping hadiah bagi anakanak adikadik makcikpakcik jiranjiran, semua orang lah senang cerita. hal ini demikian kerana di frankfurt market terdapat banyak kraftangan bermotifkan segala corak yang ada kaitan dengan christmas (santa klaus, pokok christmas, rusa kutub, salji, etc.) yang comelcomel semuanya. kagum sangat tengok lilin dan snowball-snowball di sana. rasa macam nak beli tapi, erm, tapelah. berjimat cermat amalan mulia. heh.

selain kraftangan yang sangat menarik perhatian, frankfurt market juga ada jual coklat yang baaanyaaakkkk. untuk choco addict macam saya, itu adalah sangat men-teruja-kan. ada macammacam rupa coklat, ada yang sangat comel sampai tak sanggup nak beli sebab tak sampai hati nak makan. heh. tapi, serius! rasa macam nak beli sekotak bawak balik malaysia. tunjuk kat adikadik akan kecomelan coklat german, tapi bila tengok harga 18 pound, terus tukar niat. macam tak berbaloi la pulak beli coklat almost rm 100 sekotak. baik saya angkut mainan banyakbanyak untuk diorang. kan? hee.

oh, sambung balik pasal coklat. aiyaiyai. coklat german sangattt sedappp. semuanya handmade barangkali. mahal juga, tapi rasanya macam berbaloi-baloi. sekali setahun apala salahnya kan? hee. ya, frankfurt market cuma ada sekali setahun iaitu pada bulan disember. saya beli cklat banyak juga lah. excited makan tak ingat homesick dah. tehee~ habis makan coklat, saya makan pancake german pulak. perisa coklat + cherry. sedapp jugak. coklat dia memang pekat super best lah.

jadi, sapesape yang nak rasa coklat german tanpa perlu melawat german, jemputlah ke uk sekarang juga. penginapan percuma, boleh tumpang tido rumah saya. hee. :DD

Friday, December 3, 2010

T_____T

assalamualaikum.

hari ni tade senyum lebarlebar.
maaf.

hati berombak badai akhir-akhir ni.
kenapa?
tak taw. sungguh, memang tak taw.
itu lah yang membuatkan hidup jadi lagi haru.
kalau lah permasalahan tu jelas,
kan senang.
boleh ambil langkah nak selesaikan.
ini tidak,
hati bergelora tanpa sebab yang pasti.
dan ia tidak bergelora cuma.
ada sakit dalam hati.
pedih mencucuk.
sakit.
sangat.
:(

ada sesuatu yang tidak kena dalam hati.
tapi masih tak taw puncanya lagi.
erm, mungkin saya ada tersilap, tersalah.
sebab tu saya buat permohonan maaf secara terbuka
di fesbuk tempoh hari.
saya takut kalaukalau ada berdosa dengan manusia,
secara tidak sengaja,
kerana itu hati tidak aman.

tapi, sampai hari ini juga hati masih tidak aman.
seriusly, kalau saya ada salah apa-apa
tolong maafkan saya.
atau,
jika ada tidak puas hati dengan saya,
boleh tegur saya personally.
saya tak kisah.
saya akan berlapang dada.
tolong ya?

atau mungkin,
saya ada terbuat salah dengan Dia.
huk.
:(

Ya Allah,
ampuni hambaMu ini.
sesungguhnya aku cuma manusia biasa
yang tidak terlepas dari dosa.
amin,
:(

.homesick lagi.
.sudah 10 kali survey tiket balik malaysia.

hargailah.

asslamualaikum.

bilamana didatangkan hidayah kepadamu,
hargailah.

bilamana didatangkan indah iman padadamu,
hargailah.

bilamana didatangkan taufiq padamu,
hargailah.

tiada nikmat yang paling berharga di dunia ini,
melainkan indah nikmat iman.

tiada hadiah paling mahal yang diberikanNya,
selain taufiq dan hidayah.

kala didatangkan mereka padamu,
pegang erat jangan sampai lepas.
kerana sungguh,
membiarkan mereka itu adalah satu kerugian yang nyata.

Thursday, December 2, 2010

tibatiba hati rasa:

lesu. kosong. rapuh.






penat.
bilamana jiwa digagahkan untuk kuat
pada saat ianya lemah lemas hampir tewas.

Wednesday, December 1, 2010

terima kasih cinta! ♥

assalamualaikum.
:)

entry ini ditujukan khas kepada
cinta hati pengarang jantung saya:
deep adeeba,
farah azwa,
dan jugak omma!
teehee.
:DD

kesayanganS,
terima kasih untuk surprise semalam.
terharu.
T__T
cuma semalam tak boleh nak express,
sebab blur.
baru bangun tido
tibatiba kena simbah dengan bedak johnson.
ahaha.
nasib baik bedak johnson,
bukan tepung + telur.
eheh.

kek cheese tu sedap amat.
rasanya lagi sedap dari chocolate indulgance kot.
mungkin sebab ada perasa kasih sayang yang melimpah ruah.
hee~
:D

pape pun,
terima kasih ya cinta hati semua.
kesian korang bersejuk-sejukan di dapur
tunggu mayeeni turun bawah.
lama pulak tu.
kena tukar plan banyakbanyak kali lagi tu.
haha.
susah kan nak prank orang blur?
keh3.
;p
lain kali kena buat plan yang lebih telus ek.
biar mayeeni dapat catch up cepatcepat.
ini tidak,
lepas bangun,
buka lampu,
then sambung tido balik.
haha.
mana la mayeeni taw semua orang sedang menunggu di bawah
heh.

sahabat,
siapa kata hidup di tempat orang sendiri?
lihat saya,
saya ada family yang sempurna di sini.
ada omma (qistina muhammad) yang penyayang sangatsangat,
ada suami (deep adeeba) yang penuh kasih sayang,
& ada kakak (farah azwa) yang cantik dan comel dan weng jugak.
[eh, betul ke description neyh? haha.]
saya bahagia sangat dengan mereka.
love u lots and lots dearies.
:)

akhir kata,
terima kasih sekali lagi para cinta hati sekalian,
untuk segalanya.
kalau dihitung dengan nilaian nombor,
infiniti bilangannya.
Dia saja yang dapat mebalas semua kasih sayang, kebahagiaan,
dan budi yang kalian limpahkan pada mayeeni.
walaupun da cakap banyak kali,
tetap nak cakap lagi:
saya mencintai kalian kerana Allah.
:)