Wednesday, July 13, 2011

abandoned blog + plan minggu depan.

assalamualaikum.

semenjak pulang ke malaysia, blog ini seakan-akan terabai. bukan tidak berkesempatan untuk menulis, cuma kekeringan idea. ada ketika saya merasakan seperti terlalu banyak yang ingin dikongsi. tapi, sesudah menghadap laptop, habis luput semua idea yang terkumpul dari ingatan. 

tamat program motivasi yang lalu, saya jadi punya banyak lapang. saya usaha memenuhkan harihari saya dengan berprogram. tapi, faktorfaktor luar yang banyak mengekang saya dari menyibukkan diri membuatkan saya terus tersadai keseorangan di rumah.
T____T

namun, minggu sibuk akan bermula selepas ini. esok, aktiviti rehlah bersama keluarga saya. yeay! akhirnya saya dapat keluar bercuti. dua hari pun sudah mencukupi. saya sangat memerlukan memorable moments bersama yang tercinta sebagai bekalan semangat untuk dibawa pulang ke conventry oktober nanti.
sabtu pula ada makanmakan di rumah nenek. semenjak balik, saya belum berkesempatan berjumpa dengan anty-uncle-cousin saya sebelah abah. jadi, ini lah masanya untuk melunaskan kerinduan yang terhimpun selama 8 bulan itu. hee.

hari ahad, saya akan keluar berprogram ke Selangor. menghadiri KIBAR. sungguh, saya tak sabar. lama tidak berada dalam biah golongan sefikrah. saya rindu suasana itu. nak recharge iman, restore semangat, re-clean hati. semoga Allah menginzinkan.

usai KIBAR, saya akan bergerak ke negeri sembilan untuk menghadiri JOM pula. insya-Allah, akan bertindak sebagai fasi. tapi, homework tak buat lagi. ades. 
:-X

bila balik kelantan semula, saya tak pasti lagi. mungkin buat roadtour ke  intec dan uia dulu sebelum pulang. ingat nak ke kuantan juga jika mama mengizinkan. tengoklah macam mana. kalau tak dapat greenlight ke kuantan, cepatlah saya balik. heh.

ini semua perancangan semata-mata. kalau Allah izin kan, menjadilah plan saya kesemuanya. Moga Dia permudahkan. Amin. 

Saturday, July 9, 2011

Program Motivasi Jaya Diri SK Sultan Ibrahim (4)

assalamualaikum.

asif lambat update.
kesihatan agak tak mengizinkan selepas balik berperang.
huhu.
terima kasih pada semua yang mendoakan kelancaran program ini.
sayang kalian!
^^

alhamdulillah.
meskipun cuma berlima untuk dua jam pertama dan berempat pada dua jam yang seterusnya,
Allah memberi kemudahan kepada kami untuk menguruskan adikadik.
mereka agak nakal, tetapi semuanya masih dalam kawalan.
paling seronok bila cikgu mengumumkan program sudah hampir ke penghujung, ada adik yang berkata:
"alaa. da nak habis ke cikgu?"
:')

saya banyak belajar daripada program ini.
daripada aspek pengurusan, komunikasi, dan pembinaan keyakinan diri.
saya juga belajar untuk meletakkan sepenuh pergantungan dan keyakinan kepada Allah.
project manager mana yang tidak cuak bilamana kakitangan program berkapasiti 70 peserta cuma 5 orang sahaja.
tapi, dengan keyakinan bahawa Allah cuma mentakdirkan yang terbaik untuk hambahambaNya,
hati saya jadi tenang dan lapang.
itulah indahnya tarbiyyah.
ia menjadikan kita insan yang tidak cuma tersenyum pada nikmat,
tapi juga pada ujian.
:)

ucapan setinggitinggi terima kasih dan penghargaan pada fasi-fasi yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini:
ecah dari ucd, k. ijah dari rcsi, nurul dari university of lancaster dan akh mustaqi dari manchester university.
begitu juga dengan orangorang di belakang tabir yang banyak membantu menyumbangkan idea dan memberi semangat kepada saya (meskipun terpaksa berjaga sampai jam 3 pagi).
jazakumullahu khairan katheera.

setakat ini saja update untuk kali ni.
maaf tiada gambar sebab nak cepat sangat pagi tu sampai lupa nak bawa kamera.
haish!

Thursday, July 7, 2011

risau.

assalamualaikum.

esok adalah harinya.
Program Motivasi Jaya Diri di SK Sultan Ibrahim (4).
serius, saya risau.
tenaga kerja untuk program ini sememangnya tidak ramai.
takdir Tuhan, merosot pula di saatsaat akhir.
tapi, tak mengapa.
saya tak boleh mengalah.
nampak susah.
tapi, ini adalah tarbiyyah!
jadi, saya harus gagah.
300 Muslim gah menentang 1000 Musyrikin di Badar.
ternyata, angka bukan segalanya.
Mohon doa kalian.
Mogamoga Allah beri kekuatan dan kemudahan
untuk kami berlima menggembeleng tenaga
memotivasikan 70 orang muslim cilik yang lain.

Bismillahitawakkaltu'alallah.
Walahaulawalakuwwataillabillahil'aliyyil'azim.

Monday, July 4, 2011

ku masih tetap cuma seorang pendosa yang selalu mengharapkan ampunan dariNya.

assalamualaikum.



"Dan aku tidak menyatakan diriku bebas 
(dari  kesalahan),
kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan,
kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun,
Maha Penyayang."
(Yusuf: 53)


T____T

Saturday, July 2, 2011

tak mudah menjadi murabbi.

assalamualaikum.

ini cuma tulisan ringkas.
kesedaran akan betapa payahnya menjadi murabbi
meski mad'unya cuma adikadik sendiri.
serius, payah sehinggakan saya mahu membaca buku psikologi.
meluah rasa kepada naqibah saya usai tazkirah online.
katanya:
tak perlu baca buku psikologi.
lebih baik saya berusaha mencerna dan menghadam Kalamullah juga hadishadis nabi.
rahsia penyejuk penawar hati semuanya terhimpun di sana.
hurm, mogamoga saja saya ketemu hikmat penambat hati nanti.
ah, bunyinya seakan saya terlalu memandang usaha sendiri.
padahal hidayah itukan Dia yang beri.
bukan begitu.
saya cuma mahu berusaha sedaya mampu.
agar pada hujung sana nanti,
tidak ada ruang untuk saya kesali.
oh, tibatiba saya teringat.
ada seseorang cakap dakwah fardhiyah perlukan seni.
err, seni yang macam mana tu ya?
:x

p/s:
bukan cuma menjadi murabbi itu payah,
mahu membentuk diri menjadi murabbi juga payah.

p/s::
kepayahan menjadi murabbi buat saya lebih menghargai
murabbiahmurabbiah saya sebelum ini. saya tahu banyak
yang telah mereka korbankan untuk menarik saya ke jalan ini.
k.mimi, miss yati dan k. mira,
jazakumullahu khairan katheera.
:')