assalamualaikum.
- 52 pelajar tesl tahun dua university of warwick akan menduduki peperiksaan akhir bermula 20 jun nanti. 4 paper. 4 hari berturut-turut. usaha sehabis daya, tinggal tawakal kepadaNya. mohon doa dari semua. :')
- menelefon abah untuk ucap selamat hari bapa. sambil-sambil mohon didoakan supaya saya berjaya. dialog paling awesome abah bagi pada saya hari ni: "abah doakan aten score, insya-Allah. tapi, tak payah la further study. stay di kampung. jadi anak dan isteri yang baik. jadi cikgu." er. er. er. hah. itulah abah. masih konservatif orangnya. mahu menyimpan saya di rumah. oh, ini bukan marini yang cakap. mama marini yang cakap. :p
- walaupun abah tak bagi aten further study (hari ni), aten tetap nak ucap happy father's day. aten tahu, kalau Allah izin, nanti nnati abah akan bagi lampu hijau juga. kan? abah has always been that one person who never fails to support me regardless of which ever path i choose, what ever choice i make. dan aten yakin, you will still be that one person for now and ever. :'D
- okay, sambung study literacy. till then, fi amanillah.