Friday, August 15, 2014
how strangely beautiful life is as it needs to tear you down, break you apart, bleed you and starve you, simply just to complete you.
The insecurities and uncertainties that are clouding her right now is really painful. how amazing it is that suddenly everything just doesn't fall into place - just like how universe suddenly decides not to work in order. stars colliding, the earth shaking, and the moon just left.
Wednesday, June 18, 2014
Bila kau temui Allah. kan kau temui segala positiviti dalam hidup.
sebagaimana erat Bilal memeluk kalimah 'Ahad' saat dadanya ditindih batu besar di gering padang pasir,
sebagaimana teguh Sumayyah mendepani siksaan sehingga syahid,
sebagaimana tawakal sekalian sahabah waktu menyambut perintah hijrah;
kan hilang gusar hatimu bila kau tahu kau punya Allah,
kan gagah langkahmu bila yang kau tuju adalah Allah,
kan cekal tekadmu bila kau paksikan niatmu kerana Allah.
lantas,
apakah ada yang lebih utama untuk kau cari
selain Allah?
sebagaimana teguh Sumayyah mendepani siksaan sehingga syahid,
sebagaimana tawakal sekalian sahabah waktu menyambut perintah hijrah;
kan hilang gusar hatimu bila kau tahu kau punya Allah,
kan gagah langkahmu bila yang kau tuju adalah Allah,
kan cekal tekadmu bila kau paksikan niatmu kerana Allah.
lantas,
apakah ada yang lebih utama untuk kau cari
selain Allah?
Monday, May 12, 2014
Sunday, December 1, 2013
Wahai jiwa, bersihkan dirimu dan terbanglah menuju Rabb mu Yang Maha Tinggi.
Assalamualaikum.
Tanpa sedar
aku yang memilih untuk
kurang cinta,
kurang tunduk,
kurang 'jiwa'.
kian menjauh,
dan mendiam.
Saat jiwa ku sebal,
dan hati sesak bernafas dalam kegelapan,
tanpa sedar
yang pertama harus aku bunuh pada saat itu adalah
'aku'.
aku yang malas.
aku yang lemas.
aku yang lalai.
aku yang sering lupa.
aku yang enak berselimut dosa.
kan sudah ku bilang --
aku sebenarnya yang memilih untuk
kurang cinta,
kurang tunduk,
kurang 'jiwa'.
kian menjauh,
dan mendiam.
---
menjejak usia baru,
Batu penanda umur yang makin pendek,
moga amal dan jiwaku tidak semakin jelek.
Kematian berlari menghampiri,
semoga aku tidak mati sebelum mati.
Selamat 'menghidupkan' usia mu yang berbaki, marini.
:)
Seoul, Korea.
0935. 011213.
Monday, November 11, 2013
yang kepatahan pena.
assalamualaikum.
![]() |
| Ukhti SR |
"dan paling tinggi --
kerana Allah."
diam.
saya terpempan.
tatkala sedang sibuk memikirkan asbab diri yang semakin pasif menulis,
Allah hantarkan jawapan melalui ukhti tercinta;
sudah terlalu lama saya lupa untuk menulis kerana-Nya!
sudah berapa lama saya menulis untuk memuaskan emosi semata. sudah berapa lama saya menulis untuk bercerita sekadarnya sahaja. dan sudah berapa lama pula contengan-contengan saya itu menjadi picisan sia-sia yang mungkin bisa menghambat saya ke neraka. Allahu Allah.
T___T
dan tidaklah pena ini patah melainkan kerana iman yang bertambah suram,
dan hati yang semakin kelam.
sudah tiba masa untuk pulang, marini.
hadapkan hatimu pada kiblat yang sebenarnya --
dengan seikhlasnya.
dan bertajarrudlah!
Subscribe to:
Posts (Atom)


