Wednesday, June 29, 2011

good morning Malaysia!

assalamualaikum.

berpagipagi di bumi yang sudah sekian ketika dirindui,
bahagia yang dirasa tak tergambar dek kata.

malaysia agak panas.
err. sangat panas.
fuh. fuh.
tapi kasih sayang yang mencurahcurah di sini
mengalirkan rasa sejuk di hati.
sungguh:
home is where the heart belongs.

perjalanan pulang sangat lancar,
alhamdulillah.
meskipun agak segan memakai kasut justin bieber, 
tabah juga menapak demi adik kesayangan.

ketibaan di klia disambut oleh pegawai kastam sahaja.
heh.
setelah agak petang, barulah dijemput pulang ke rumah che za.
nenek sudah siap masakkan macammacam makanan untuk saya.
ouch!
terharu sungguh.
T____T

malamnya balik ke klia.
menyambung perjalanan pulang ke kelantan.
tiba di kelantan sekitar 11.30 malam.
penat sangat sampaikan sepanjang sejam penerbangan 
saya tidur sahaja.
tapi bila nampak saja wajahwajah kesayangan di ruang ketibaan,
langsung hilang segala penat dan mengantuk yang ditahan.

belum sudah mendigest makanan,
(sudah 5 atau 6 kali makan sebelum naik flight ke kelantan)
abah singgah di restoran untuk supper.
hoh, makan lagi.
mama order segala makanan yang ada dalam senarai craving saya:
nasi goreng ikan masin, kuey teow kungfu, sate,
dan air bandung.

sampai di rumah, 
terus adikadik geledah bagasi amek barang masingmasing.
mamabah pun turut serta.
tengok gembira mereka,
hilang lelah saya galas beg 6.5 kg sepanjang hari.
rasa serabut packing pun lupa juga.
kepulangan sehelai sepinggang juga saya tak peduli.

bangun pagi seawal jam [okay, lewat sebenarnya] 6.45.
dan terus tak tidur sampai ke petang tanpa ada rasa mengantuk yang mengganggu gugat.
wah!
ini petanda positif kalau kiranya saya bebas dari simptom jetlag.
alhamdulillah.
:DD

memandangkan hari ini hari bekerja,
saya jadi berdua dengan cik tipah saja di rumah.
tak betah bersendirian,
terus mengajak che rah ke rantau panjang.
niatnya maw shopping baju untuk dipakai sepanjang cuti ini.
tapi, cuaca panas yang amat menghalang proses membelibelah dengan banyak.
sudahnya, saya lebih banyak membeli makanan yang ada dalam list makanan-mesti-makan lalu terus pulang.

segala puji-pujian pada Allah S.W.T.
yang mengalirkan nikmat dan rahmatNya
melalui orangorang yang saya sayangi.
moga kepulangan ini juga akan dikira sebagai ibadah.
selamat bercuti untuk saya dan yang lainlain juga.
:D

Friday, June 24, 2011

Kurang 'rasa': salah siapa?

Banyak masanya dalam hidup ini, kita yang perlu mengejar tarbiyyah; bukan cuma menunggu tarbiyah berlari mendekati kita.
Dan saat kita merasa hati semakin memberat bila berada di jalan ini, ketahuilah itu tandanya jahiliyyah kembali merajai diri.
Satu hakikat yang kita perlu mengerti:
Tarbiyyah jarang sekali meninggalkan kita,
Kita yang sebenarnya selalu mengkhianati tarbiyyah itu sendiri.

Saturday, June 18, 2011

demam exam sudah sembuh.

assalamualaikum.

alhamdulillah.
summer exam saya berakhir semalam.
natijahnya saya serahkan sahaja pada Allah.
sudah berusaha sedaya yang mungkin,
jadi yang tinggal cuma tawakkal.
:)

boleh kembali meneruskan hidup seperti biasa.
ini antara exam yang paling banyak drama sepanjang hidup saya.
cerita-ceritanya nanti dikarang kemudian.
sekarang nak bersiap keluar untuk celebration birthday omma yang tertangguh.
till then, take care!
:D

p/s:
8 days left before departure.
sungguh, saya sedang menghitung hari.
Malaysia, do wait for me.
^^

Sunday, June 12, 2011

My exam starts tomorrow

and now I start to freak out I just dont know why.
I am nervous and  tense and feel like crying.
I just hate exams.
:(

kasih sayang; nikmat Tuhan yang paling bererti.

assalamualaikum.

betapa besar nikmat Tuhan
yang dipanggil sayang.
berjumpa cuma seketika
namun membuahkan rasa yang takkan luput sampai bilabila.

tok.mak anjang.mak andak.teh.teh jo.alya.danish.
rindu.
:'(

rumah sunyi.
takde kasutkasut yang beratur lagi.
takde suara danish merengek setiap pagi.
takde alya ajak pergi morrison beli aiskrim.
takde tok yang masak breakfast lumayan setiap pagi.
takde ketawa teh dengan teh jo waktu makan tengah hari.
takde mak anjang yang sendukkan nasi setiap kali.
takde mak andak yang senyum manis harihari.

mereka bukan siapasiapa.
tapi mereka dekat di hati saya.
dah rasa macam keluarga sendiri.


saya dan housemates juga bukan siapasiapa pada mereka,
tapi mereka buat kami jadi rasa disayangi yang amat.

kasih sayang;
ini memang nikmat Tuhan yang paling bererti.