Monday, January 2, 2012

hatihati yang masih hidup jiwanya, pasti merasa bisa rindu waktu jauh dari Pemiliknya.

[credit]

dan hatihati yang tertaut pada Tuhannya, 
pasti akan balik sujud tidak kira sejauh mana pun ia berkelana.

Sunday, January 1, 2012

entry tahun baru yang kurang cliche.

assalamualaikum.

selamat tahun baru, sahabat.
:)

pagi tadi saya tidak terasa pun untuk menulis post tahun baru sebagaimana tahuntahun yang sebelumnya.
aneh, hari ini saya rasakan seperti harihari yang lain juga.
apa mungkin ini yang dipanggil orang sebagai midlife crisis?
err.

namun, petang tadi mendapat khabar mengujakan dari seorang teman baik di zaman persekolahan. teman berjalan, duduk makan semeja di kantin sewaktu di tingkatan dua. kami dari kelas yang berbeza. kerana itu hanya bersua muka pada waktu rehat sahaja.


[click gambar untuk bacaan lebih jelas]
dia bakal menikah 23 januari nanti. tentang bakal zaujnya tidak pula saya bertanya panjang. masih terkejut. waktu pulang summer barubaru ini tidak ada pula dia bercerita apa-apa, cuma adalah mendengar soal hatinya yang sudah dimiliki, tapi tidak dia khabarkan cincin di jari bermakna dirinya sudah disunting orang.
pengajaran:
ringanringankan mulut untuk bertanya bila nampak teman baik pakai cincin segala. bukan semua orang pakai cincin tanda cinta mamabah macam saya.
haish!

saya kira berita ini jadi pembuka tahun baru yang baik untuk saya.
excited sungguh bila ada sahabat baik saya membina baitul muslim seawal usia 22.
saya sangat gembira untuknya,
meskipun ia bermakna saya sudah kurang seorang teman untuk beraktiviti waktu summer break nanti.
eh,
tapi, siapa tahu pulangnya saya nanti Allah hadiahkan anak saudara sebelum terbang pulang ke UK?
*mata bersinarsinar*



moga Allah permudahkan segalanya buat saya sepanjang tahun baru ini,
dan kalian juga.
:)

Saturday, December 31, 2011

contengan 31 disember.

assalamualaikum.

1. menjejaki nota azam 2011 di blog. itulah untung ada blog; awal tahun tulis checklist azam dan hujung tahun jenguk semula samada azam itu tercapai atau tidak. dan tidak seperti yang diidamkan, keputusan saya merosot. daripada 80% di tahun 2010 kepada 60% tahun ini. daripada yang 5 itu saya rasa saya gagal di nombor 1 dan 3. 

2. saya ada menulis "semoga kisah hidup pada tahun ini indah nian bagai kerlipan bintang di langit semalam, tidak kosong kelabu sebagaimana langit di permulaan tahun yang baru ini" dalam entry yang sama. *senyum segaris* entah apa di fikiran saya pada waktu itu. masih keanakanakan tenggelam dalam dunia fantasi sendiri barangkali. mana mungkin langit selamanya tetap biru, pasti akan ada waktunya hujan datang bertamu. 

3. 2011 tahun yang mendewasakan. saya belajar mengenali realiti. bersemuka dengan wajah sebenar kehidupan. hidup ini bukan gulagula kapas yang manis senantiasa. dan, 'sampai bilabila' itu adalah terma fantasi di dunia. ia cuma wujud di akhirat sana.

4. saya dapat ahli keluarga baru dan hilang seorang sahabat lama.

5. saya kembali jatuh hati pada puisi. itu, cinta pertama saya. kami berkenalan sewaktu saya berusia 9 tahun. menginjak usia remaja, friendster membuatkan saya melupainya secara perlahan-lahan sehingga saya langsung hilang minat terhadapnya. dan, tahun ini menarik saya kembali kepadanya. benar kata orang, cinta pertama mana mungkin dilupakan. tenggelam dalam seni puisi itu lebih asyik dari chatting di facebook tahu? :p

6. saya telah melakukan sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan: live performance with guitar in front of international students. ini adalah sewaktu ladies' night pada minggu charity week for somalia. i'd done that terribly, i must say. but, at least i've done something beyond my expectation. proud of it somehow. heh. eh, tibatiba teringat adik saya cakap "orang dakwah mana boleh main gitar." err.

7. summer break is the best thing that happen to me in 2011. mamabah, adikadik, family, kl vacation, rehlah cinta, raya, kak long's wedding reception, ipoh trip, meet up with girlfriends, ufenzz gathering, motivational talk at sksie, kutipan dana untuk palestin, program berbuka puasa alumni smkbb dengan anakanak yatim, uskab, belajar buat biskut raya dengan yah; they were all awesome! :D

8. 2011 membuktikan aidiladha di perantauan boleh jadi meriah juga jikalau anda beroleh cuti raya selama 7 hari. 

9. spring break uk travel marathon jadi renda buat tambah indah 2011. 2012 mungkin boleh buat spring break europe travel marathon pula, insya-Allah. :D

10. sambutan hari jadi ke20 selama 20 hari dan jaulah sepanyol jadi penutup terbaik buat tahun 2011. terima kasih, Allah. :)

Thursday, December 29, 2011

tentang kasut, dan dia.

assalamualaikum.

semalam, saya keluar ke tesco bersiar-siar bersamasama cik kesayangan nur farah azwa. memandangkan kami sudah lama tidak keluar rumah (saya langsung tidak keluar rumah setelah pulang dari birmingham), kami mebunuh masa dengan menapak masuk ke charity shops yang terdapat dalam gedung tesco itu. sudah habis bermain-main di sana, kami menuju pula ke butik new look. 

26 disember yang lalu merupakan boxing day di uk. dan promosi barangan murah itu masih berterusan sehingga semalam. memasuki butik itu membuatkan rahang saya jatuh (baca: my jaw drops). masakan tidak, kasutkasut dengan pattern terkini dan sangatlah cantik dijual dengan harga yang sangat murah. mata saya tidak berkelip memandang setiap pasang kasut di atas rak. sungguh, saya memang perempuan yang gilakan kasut. hati saya mula membuat pilihan. tangan mencapai-capai semua kasut yang berkenan. dan otak, mula berkirakira akan duit cukai rakyat yang akan terkorban di butik ini. 

dan setelah tiba waktu untuk mebuat pilihan kasut yang akan dibawa pulang, ada sesuatu yang melintasi fikiran saya. dia; yang tidak perlu saya sebutkan namanya siapa. 

*flashback*
sejak dari kecil, saya memang amat sukakan kasut. berpasang-pasang kasut memenuhi rak. menjadi satusatunya anak perempuan mamabah selama 8 tahun memungkinkan saya untuk memiliki kasut yang banyak. bahkan, selepas kelahiran adik perempuan, mama masih juga tidak lokek untuk membelikan saya berpasang-pasang kasut sepanjang tahun. mungkin kerana mama juga sukakan kasut, dia tidak berkira menghabiskan duit untuk membeli kasut kepada kami. dan tabiat suka membeli kasut ini berterusan sehingga zaman remaja. tidak pernah ada sesiapa pernah menegur saya tentang tabiat ini sehingga saya mengenali dia.

sewaktu mulamula kenal rapat dengannya, dia tidak pernah berkata apa-apa tentang hal yang satu ini. namun, sewaktu cuti summer yang lalu, dia mengatakan sesuatu yang saya tidak pernah saya jangkakan:

"marini, aku tengok kau sungguhsungguh dalam memperjuangkan isu palestin. tapi, waktu kau beli kasut baru pernah tak kau sekali terfikir tentang mereka? you buy new shoes when you already have many but they have none."

*balik ke butik new look*
ya, saya teringatkan dia serta patahpatah azimat yang diucapkannya. terus sahaja saya meletakkan kembali kasut yang jadi pilihan hati - dengan ikhlas. i dont even give a second thought about buying it. terima kasih awak kerana telah menyelamatkan saya dari menyalahgunakan amanah. jika tidak, bagaimana untuk saya berhadapan dengan Allah di akhirat nanti? bagaimana untuk saya bersoal jawab di hadapanNya perihal 20 pound yang saya habiskan untuk kepuasan diri sedangkan lebih banyak insan di luar sana lebih berhak ke atasnya? 

...

dia, insan yang biasabiasa saja: tidak menjalani usrah, bukan dari kalangan ikhwah-akhawat, bukan anak uztaz atau imam, bukan bekas pelajar sekolah agama, dan tidak mengambil jurusan agama di universiti. tapi dia, mengajarkan saya tentang sesuatu yang tidak saya dapat dari orang yang 'baikbaik' ini. benarlah, tarbiyyah itu ada di mana-mana dan hikmah itu boleh didapati dari siapa sahaja bila Allah mengkehendakinya. kerana itu, jangan pernah memandang rendah pada orang yang 'biasa-biasa' ini. berada dalam biah solehah, bekerja dalam jemaah, ditarbiyyah secara formal, dan yang sewaktu dengannya tidak memberi lesen kepada kita untuk merasa lebih baik dari mereka. itu cuma wasilah yang Allah pilih untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. ini jalan kita. dan mereka, ada jalan mereka sendiri.

Saturday, December 24, 2011

Kenalkan hati dengan Cinta sebelum penuhkan ia dengan cinta.

assalamualaikum.

tanpa sedar, banyak waktunya kita sering menzalimi hati sendiri.
kita sering mengajar ia tentang cinta, mendidik ia untuk bercinta,
tapi lupa menerangkan perihal Pencipta yang mengalirkan cinta.
wahai,
hati yang tidak mengenal Pencipta, 
mana mungkin mampu memahami hakikat cinta.
sudahnya ia sakit sendiri menakung cinta palsu duniawi.

.

melalui Dia, hati belajar memaknakan cinta.

.

dan cinta,
 definisi cinta pula bukan tertakluk pada cinta antara lelaki perempuan sahaja.
keluarga, material, sahabat, agama, negara, apa sahaja.
semua terkandung dalam termanya.
bila cinta itu disandarkan kepada Dia, segalanya akan jadi lebih bererti dan bermakna.

. tamat.