Monday, January 9, 2012

In this world you'll always live a memory.

assalamualaikum.

Where there's a right, there is no wrong
I always thought we were so strong
But our time just flew right by
There wasn't a chance to say goodbye
I'm so confused, I feel so alone
Deep in my heart I know Allah has called you home... home

But yet, your smile still lingers in my mind
And yet, it's so hard, I just break down and cry
I remember the time our friendship was always strong
I remember your eyes found a way to melt my heart
Most of all, I remember your smile
Most of all, I remember your smile

Sometimes I lie awake at night
The pain in my heart I just can't fight
Why did you have to go away?
Yet I know none of us can stay
You'll always be so special to me
In this world you'll always live a memory.

(I Remember Your Smile - Zain Bhikha)

.

dipertemukan dengan lagu ini sewaktu mencaricari nasyid yang sesuai untuk NISE. sangat menggambarkan rasa dalam hati. rasa kehilangan yang masih belum terpadam. ingatan yang sentiasa menujahnujah fikiran. kadangkala saya berbual dengan yah tentang dia seakan-akan dia masih ada. dan di hujung perbualan pasti saya akan tersenyum dan menuturkan, "yah, dia dah arwah lah."

lagu ini benar menggambarkan segalanya: rasa hati, apa yang saya lalui, persahabatan kami. kecuali baris yang sudah saya potong, itu sahaja yang tidak tepat. 

.

mengenang semua kehilangan: tok ayah, umi, dan dia. kesemua mereka pergi waktu saya masih belum bersedia. mereka semua pergi tanpa sempat saya mohon maaf dan ucap selamat tinggal. tapi sekurangkurangnya, Allah izinkan saya tatap jasad tok ayah dan umi untuk kali terakhir. sedangkan dia, pergi waktu saya terlalu jauh dari malaysia. jadinya, saya kadangkadang terlupa kalau dia sudah tiada. di granada, turut sama menghitung dia dalam senarai orang-orang untuk dihadiahkan cenderamata. kemudian terasa pahit di kerongkongan bila teringat dia sudah pergi buat selamanya.

terlalu banyak mengenang, tidak baik untuk kesihatan saya kira. semoga awak baikbaik sahaja di sana. moga Allah redha untuk kumpulkan kita kembali di syurga sana. alfatihah.

.

esok sudah mula sekolah. winter break sudah tamat.
betulkan niat. betulkan niat. betulkan niat.
moga term kali ini lebih baik dari term sebelumnya.

ayuh kembali ke sekolah!
:D

Wednesday, January 4, 2012

Setulus ini cintanya Raja kepada hamba. Mana mungkin dapat ku balas selain menumpahkan sepenuh ketaatan kepadaNya.

"Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian dia memohon ampunan kepada Allah,
nesacaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(An-Nisaa':110)


:')

Monday, January 2, 2012

hatihati yang masih hidup jiwanya, pasti merasa bisa rindu waktu jauh dari Pemiliknya.

[credit]

dan hatihati yang tertaut pada Tuhannya, 
pasti akan balik sujud tidak kira sejauh mana pun ia berkelana.

Sunday, January 1, 2012

entry tahun baru yang kurang cliche.

assalamualaikum.

selamat tahun baru, sahabat.
:)

pagi tadi saya tidak terasa pun untuk menulis post tahun baru sebagaimana tahuntahun yang sebelumnya.
aneh, hari ini saya rasakan seperti harihari yang lain juga.
apa mungkin ini yang dipanggil orang sebagai midlife crisis?
err.

namun, petang tadi mendapat khabar mengujakan dari seorang teman baik di zaman persekolahan. teman berjalan, duduk makan semeja di kantin sewaktu di tingkatan dua. kami dari kelas yang berbeza. kerana itu hanya bersua muka pada waktu rehat sahaja.


[click gambar untuk bacaan lebih jelas]
dia bakal menikah 23 januari nanti. tentang bakal zaujnya tidak pula saya bertanya panjang. masih terkejut. waktu pulang summer barubaru ini tidak ada pula dia bercerita apa-apa, cuma adalah mendengar soal hatinya yang sudah dimiliki, tapi tidak dia khabarkan cincin di jari bermakna dirinya sudah disunting orang.
pengajaran:
ringanringankan mulut untuk bertanya bila nampak teman baik pakai cincin segala. bukan semua orang pakai cincin tanda cinta mamabah macam saya.
haish!

saya kira berita ini jadi pembuka tahun baru yang baik untuk saya.
excited sungguh bila ada sahabat baik saya membina baitul muslim seawal usia 22.
saya sangat gembira untuknya,
meskipun ia bermakna saya sudah kurang seorang teman untuk beraktiviti waktu summer break nanti.
eh,
tapi, siapa tahu pulangnya saya nanti Allah hadiahkan anak saudara sebelum terbang pulang ke UK?
*mata bersinarsinar*



moga Allah permudahkan segalanya buat saya sepanjang tahun baru ini,
dan kalian juga.
:)

Saturday, December 31, 2011

contengan 31 disember.

assalamualaikum.

1. menjejaki nota azam 2011 di blog. itulah untung ada blog; awal tahun tulis checklist azam dan hujung tahun jenguk semula samada azam itu tercapai atau tidak. dan tidak seperti yang diidamkan, keputusan saya merosot. daripada 80% di tahun 2010 kepada 60% tahun ini. daripada yang 5 itu saya rasa saya gagal di nombor 1 dan 3. 

2. saya ada menulis "semoga kisah hidup pada tahun ini indah nian bagai kerlipan bintang di langit semalam, tidak kosong kelabu sebagaimana langit di permulaan tahun yang baru ini" dalam entry yang sama. *senyum segaris* entah apa di fikiran saya pada waktu itu. masih keanakanakan tenggelam dalam dunia fantasi sendiri barangkali. mana mungkin langit selamanya tetap biru, pasti akan ada waktunya hujan datang bertamu. 

3. 2011 tahun yang mendewasakan. saya belajar mengenali realiti. bersemuka dengan wajah sebenar kehidupan. hidup ini bukan gulagula kapas yang manis senantiasa. dan, 'sampai bilabila' itu adalah terma fantasi di dunia. ia cuma wujud di akhirat sana.

4. saya dapat ahli keluarga baru dan hilang seorang sahabat lama.

5. saya kembali jatuh hati pada puisi. itu, cinta pertama saya. kami berkenalan sewaktu saya berusia 9 tahun. menginjak usia remaja, friendster membuatkan saya melupainya secara perlahan-lahan sehingga saya langsung hilang minat terhadapnya. dan, tahun ini menarik saya kembali kepadanya. benar kata orang, cinta pertama mana mungkin dilupakan. tenggelam dalam seni puisi itu lebih asyik dari chatting di facebook tahu? :p

6. saya telah melakukan sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan: live performance with guitar in front of international students. ini adalah sewaktu ladies' night pada minggu charity week for somalia. i'd done that terribly, i must say. but, at least i've done something beyond my expectation. proud of it somehow. heh. eh, tibatiba teringat adik saya cakap "orang dakwah mana boleh main gitar." err.

7. summer break is the best thing that happen to me in 2011. mamabah, adikadik, family, kl vacation, rehlah cinta, raya, kak long's wedding reception, ipoh trip, meet up with girlfriends, ufenzz gathering, motivational talk at sksie, kutipan dana untuk palestin, program berbuka puasa alumni smkbb dengan anakanak yatim, uskab, belajar buat biskut raya dengan yah; they were all awesome! :D

8. 2011 membuktikan aidiladha di perantauan boleh jadi meriah juga jikalau anda beroleh cuti raya selama 7 hari. 

9. spring break uk travel marathon jadi renda buat tambah indah 2011. 2012 mungkin boleh buat spring break europe travel marathon pula, insya-Allah. :D

10. sambutan hari jadi ke20 selama 20 hari dan jaulah sepanyol jadi penutup terbaik buat tahun 2011. terima kasih, Allah. :)