Saturday, September 26, 2009

bersyukurlah.

manusia memang tidak pernah puas dgn apa yang dimiliki. kekurangan diri dianggap sebagai dugaan yg membebani tetapi kelebihan diri tidak pula mahu disyukuri. aneh. tp itulah hakikat kejadian manusia apabila iman tunduk kepada nafsu. kadangkala saya juga begitu. sekali nikmat ditarik, mengeluh berkali-kali. bertanya di mana kesilapan diri sehingga nikmat itu ditarikNya kembali. seketika sy lupa bahawa apa yg ada di dunia ini adalah pinjaman semata-mata. tiada apa di dunia merupakan milik manusia yg kekal abadi sekalipun nyawanya sendiri. bila-bila masa saja hayat ini boleh ditamatkan dengan kehendakNya. harta, keluarga, sahabat handai, ilmu dan cinta juga begitu. semuanya adalah pinjaman dari Dia. oleh itu, hargailah mereka tatkala segalanya masih ditangan kamu. sekiranya salah satu terlepas dari genggaman, jgn menangis dan bersedih. bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kamu pernah merasa nikmat saat memilikinya. dan ingatlah bahawa Tuhan itu Maha Adil. Dia akan menggantikan apa yang telah diambilNya dengan sesuatu yg lebih baik. Sesungguhnya cuma Allah sahaja yg paling mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Friday, September 18, 2009

malam terakhir ramadhan.


malam ni malam terakhir ramadhan bagai tahun 1430H. tadi ikut mamabah pergi surau untuk menunaikan solat sunat tarawikh yg terakhir bagi tahun ni. dua rakaat pertama kurang khusyuk. suddenly, bila teringat yg ini malam last, hati jadi sayu. fikiran tbe2 je dapat fokes utk rakaat2 yg seterusnya. pada rakaat terakhir witir, hati sebak. menitis air mata saat imam baca doa qunut. esok dan malam2 seterusnya, xkan ada lagi nikmat tarawikh macam ni, macam 28 malam sebelum ni. hurm..sy pasti merindui ramadhan. bulan yg banyak mengajar sy erti sabar, tawadhuk juga istiqamah. bulan yg menjana kekuatan pada sy utk memperbaiki kerosakan dlm hati. harapan sy, semoga dipanjangkan usia supaya dapat bertemu lg dgn ramadhan pada tahun depan, agar sy berpeluang memperbaiki mana2 kekurangan yg wujud pada ramadhan kali ini. amin.