Tuesday, November 30, 2010

sambutan hari jadi di uk.

assalamualaikum.
:)

29.11.2010
selamat hari lahir, marini.
ya, ucap selamat untuk diri sendiri.
moga selamat dari bahana api neraka
untuk 19 tahun kehidupan dunia yg banyak siasia.

ingat lagi pada entry ini?
di situ, ada dinyatakan impian saya untuk sambut hari jadi
buat kali pertama dengan sahabat di bumi britain.
hahah. indah sungguh impian.
memang realiti jarang seindah mimpi kan?
di malam hari jadi saya,
tiada tepung putih,
tiada nyanyian lagu,
tiada surprise party,
yang ada cuma esaimen SLA.
haha. comel sungguh.
ya, betul.
saya rasa itu amat comel sekali.
ini pengalaman pertama saya menyambut hari jadi bertemankan esaimen.
dan ia mungkin jadi pengalaman yang terakhir juga.
oh, sekali sepanjang hayat.
manis juga untuk dikenang.
hee.
:D

untuk semua ucapan selamat, pelukan dan ciuman di hari jadi saya,
terimakasih diucapkan.
moga doadoa selamat kalian dimakbulkan Tuhan semuanya.

selalu entry hari jadi saya mesti panjang kan?
tapi tahun ni, cukup lah pendek begini.
[err. pendek ke?]

oh, ya.
saya nak ambil kesempatan ini untuk
minta maaf pada semua umat manusia
yang pernah saya kenal sepanjang hidup saya.
untuk apa sahaja percakapan,
atau perbuatan yang melukakan hati dan perasaan,
maaf. maaf. maaf.
buat yang pernah beri saya ilmu,
samada formal atau tidak formal,
ilmu dunia, ilmu hidup, ilmu agama,
mohon halalkan semuanya.
semoga jariah kalian kepada saya membantu kalian ke syurga sana.
buat yang pernah dan selalu melimpahkan kasih sayangnya pada saya,
terima kasih tidak terhingga,
semoga kalian hidup bahagia dengan kasih sayang dariNya pula.
buat yang pernah saya hutang budi dengannya,
terima kasih juga,
material tidak mampu membalasnya,
semoga doa saya setimpal nilainya dengan budi kalian
yang cuma Dia saja yang tahu harganya.
yang saya ada hutang material dengannya,
mohon tuntut bila jumpa.
jika tidak, saya mohon tolong halal kan semuanya.

untuk semua manusia yan pernah saya kenal sepanjang hidup saya,
mohon dipertimbangkan segala permohonan saya.
saya ingin jadi marini yang lebih bersih
di permulaan kisah hidup yang baru.
tolong ya?
:)



.pertambahan usia mengingatkan diri pada ajal yang mendekat.
.tak, saya bukan takut mati.
.kenapa harus takut mati?.
.mati itu kan satu jalan menuju Dia.
.yang saya takutkan adalah:
.tempat rehat saya nanti
.merupakan salah satu
.lubang neraka
.& bukan taman syurga.
T__T

Sunday, November 28, 2010

finally! :DD

assalamualaikum.
:DD

ini kisah bikin senyum lebarlebar lagi.

finally, after about two months living in uk,
i've got the chance to see almost every faces in Malaysia which i miss A LOT.
waa~
hati berbunga-riang-ria-sukasuka-ceria.
hee~
:D

mulamula tu macam give up juga bagi tunjuk ajar kat mama caracara nak guna skype via phone.
sebabnya tak nampak.
saya memang tak berapa pandai nak mengajar benda yang saya tak nampak ni.
huhu.
nasib baik juga abah menyuarakan idea yang amat bernas,
iaitu memilih alternatif lain
yakni yahoo messenger.

lalu, ber-video cam lah kami dengan gembira sekali.
ada mamabah, adikadik, nenek, ayah jak&che za, ayah di&che la, ayah mi&che su,
cuzies yang kecikkecik, dan jugak haasya!
wuu. rindu mokmok tuh.
beliau sudah semakin gebu sekarang.
senyum juga sudah tambah comel.
alahai, rindu!

mama tambah sihat.
wah, semakin jauh saya, semakin sihat beliau.
rindu lah tu.
hahak.
;p

dan semua orang juga cakap saya nampak lagilagi sihat.
which is equal to lagi tambah gemuk.
huk. apakah?
jadi, haruslah diet lagi selepas ini ya, marini.
ingat tu!

heh. suka betul dengan hari ni.
salji turun.
jumpa kedai jual budu.
dan dapat webcam dengan hearties.
dan pengalaman itu,
semua yang ke-pertama kalinya.

indah sungguh aturan Tuhan.
menegur secara lembut.
menarik hati juga secara lembut.
ini yang buat hati tambah cinta.

there's nothing more for me to say other than:
Thank You Allah.
:)

Saturday, November 27, 2010

budu, kacang botol, & sambal belacan.

assalamualaikum.
:)

hari ni maw senyum besar.
sambil ucap alhamdulillah.
siapa sangka:
budu, kacang botol, dan sambal belacan ada di uk?
kan?
ok. yang da pernah jumpa,
dan awalawal lagi taw,
memang tak heran.
tapi, saya heran!
dan saya memang excited!
double triple excited daripada lihat salji bertebaran di halaman rumah pagi tadi.
hee~
:D
sungguh, rahmat Tuhan itu ada di mana saja.
saya baru sahaja bergundah gulana,
tetapi penemuan ini kembali membuatkan hati jadi riang ria.
syukur sangat.
:DDD


.terpujuk dengan pujukan pujukan kasih sayang Yang Maha Pemilik Cinta.
.rasa cinta bertambah.
.rasa rindu bercambah.
.aku cinta Kamu, Ya Rabb.
:)

salju putih.


salju putih itu,
mengingatkan aku tentang hakikat seorang insan.
sucinya dia waktu dilahirkan,
seputih salju di luar sana.
namun dewasanya ia berselaput dosa,
kerana hati tidak berbentengkan taqwa.

salju putih di luar sana,
menunjukkan kepadaku
betapa berkuasanya Dia,
Yang Maha Mencipta segala.
apa sahaja yang berlaku adalah dengan kebesaranNya.
pantas saja aku harus sentiasa tunduk sujud padaNya.

salju putih di luar sana,
menunjukkan kepadaku
akan betapa indahnya dunia
diciptakan dengan kehendakNya.
yang diciptakan indah,
yang Menciptakan pastilah lebih indah.

salju putih itu,
membawa aku untuk mentafsir keindahan syurga.
bumi yang mendapat 1 peratus dari kasih sayangNya,
keseronokannya kadang kala tidak tergambar oleh kata,
lantas syurga yang melimpah ruah nikmatNya itu,
tidak tercapai akalku untuk memikirkannya.

salju putih itu,
mengajak aku untuk kembali muhasabah diri,
menarik aku untuk lebih mengenal DIa Yang Mencipta Segala,
menawan hatiku untuk lebih mencintai Dia,
mengingatkan aku tentang kerdilnya dunia untuk dibandingkan dengan syurga.

salju putih itu,
turunnya satu nikmat,
turunnya satu rahmat.
bersyukurlah aku,
kerana menjadi insan yang dipilih olehNya,
untuk melihat sendiri tandatanda kekuasaanNya.

Alhamdulillah.

"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya."
(Surah An-Nur: 43)

Thursday, November 25, 2010

tak patut kan.

tak patut kan,
bilamana selaut air mata ditumpahkan kerana mengingati dia.
tapi cuma beberapa titis saja mengalir kerana rindukanNya.

tak patut kan,
bilamana bibir lebih banyak menyebut namanya,
daripada berzikir memuji Dia yang menciptakan dia.

tak patut kan,
bilamana hati sibuk memikirkan dia,
tapi alpa dalam menghitung dosa.

tak patut kan,
bila lebih banyak menyampaikan,
daripada melakukan.




ayuh muhasabah diri kembali...

Wednesday, November 24, 2010

entah apa rasa.

assalamualaikum.





secebis kata:
hati sedang tiada rasa.







penulisan itu suatu seni.
satu patah kata mengungkap sejuta makna.







entry kelihatan panjang.
tapi kosong.
sekosong hati pada saat ini.

Monday, November 22, 2010

mama saya pesan:

"wahai fatin marini... dalam hidup kita ini adakala kita dapat apa yg kita ingini dengan cara yg mudah dan ada kala kita harus belajar untuk susah utk dpt apa yang kita ingini. Dan kita harusnya bersyukur sekiranya kita dapat apa yang kita ingini kerana dalam dunia ini masih ada ramai insan di dunia yang hanya bermimpi saja tanpa memiliki apa yang diingini.Renung..renungkan wahai anaknda ku."




bertakung lagi air mata.
ini cuma bikin hati tambah rindu.
mama, nak peluk.
pelis?
:(

Sunday, November 21, 2010

antara dua cinta.

antara cinta khalifah bumi dengan Sang Agung Pemilik Arasy,
mana satu yang akan kamu pilih?

jika ditanyakan padaku,
jawapan ku sudah pasti
Dia Sang Pemilik Arasy.

dan aku harap,
jika ditanyakan nanti padamu,
kamu juga akan memilih Dia.

andai Dia cinta pertama mu,
aku redha untuk jadi yang keenam.
kedua: Rasul, ketiga: ad-Din, keempat: syahid, kelima: dakwah,
dan kemudian baru ditempatkan aku dan seisi dunia yang lain mengikut haknya.
meskipun yang terakhir itu adalah aku,
denganmu, demiNYA,
akan aku ikhlaskan.
sungguh.
:)

Saturday, November 20, 2010

kuat, gagah: TEMAN

Tuhan,
aku mohon diberi kekuatan
pada hati yang rapuh.
bila-bila saja iman ini bisa runtuh.
kerana binaannya masih belum utuh.

Tuhan,
aku mohon diberi kegagahan,
untuk mendepani segala dugaan,
yang berat mahupun ringan,
yang bertalu singgah dalam kehidupan.

Tuhan,
hantarkan padaku kekuatan,
dan kegagahan itu,
dalam wajah seorang insan,
bernama TEMAN.

Teman,
teruskan memberi sokongan,
untuk aku teguh berdiri pada jalan ini.
jangan pernah biar aku sendiri,
bimbang akan tersasar lagi.

craving terbaru.

assalamualaikum.
:DD

okay. hari ni buat muka senyum lebarlebar sebab nak cerita tentang keinginan terbaru saya yang memang sangat amat teringin macam cik puan mengandung yang dah mengidam selama sembilan bulan. hah. boleh imagine tak bagaimana perasaan saya sekarang?

saya nak benda ni:


ya. DSLR!

oh, tak. tak. dari dulu lagi sebenarnya teringinkan benda ni. tapi keinginannya tak pernah mencapai tahap sebegini. sekarang memang serius serius nak kan beliau. jatuh chenta suda neyh. (aduh, simptom penyakit wahan kelihatan. *istighfar*) wuwuwu. tapi memang nak sangat.
mama, mama, saya nak beli boleh?
*muka comel*
;D





or.
ada sapesape yang baik hati nak belikan buat hadiah hari jadi saya nanti?
*wink*
;)

Wednesday, November 17, 2010

10 dzulhijjah di bumi britain.

assalamualaikum.
:)

selamat hari raya aidiladha sahabat.
:)

so, how's raya everyone?
meh sini dekatdekat. marini nak cerita kisah anak melayu sambut hari raya di bumi britain untuk kali pertama.
:D

kisah bermula pada waktu saya tahu bahawa aidiladha di UK jatuh pada hari selasa. memang serius konfius sangat, sebab tiba-tiba puasa sunat jadi kurang sehari padahal dah elok bajet nih cukupcukup puasa 9. tapi takpe lah. nak buat macam mana kan. tapi sedih taw. raya tak sama dengan Malaysia. takde feel sungguh. serius.

malam raya tu, jemput shahril dengan pedot datang buka puasa kat rumah lepas isyak. ok, ok. jangan salah faham. kami bukan amalkan ajaran sesat yang berbuka lepas isyak. cuma hari tu busy. balik dari uni da pukul 4. magrib kat sini 4.15. yang balik cuma yah sama omma. saya dan deepdeep ke pasar. cari bahan bahan nak buat sate. time berbuka tu dengar takbir. omma touching suda. tapi saya feelingless lagi. macam tak percaya la pulak esok da raya.

selesai berbuka, kami ke gerak ke rumah k.arah. ada buat takbir plus tazkirah abang jo secara online. em. time ni baru ada feel raya sikit. tapi akibat daripada line internet yang tersekat-sekat, bacaan (bacaan ke?) takbir muslimin pun jadi tersekat-sekat juga. lalu, rosaklah mood raya sebab takbir tak best mcm takbir astro ataupun takbir ustaz kat kampung. heh. cerewet kan budak ni? ish. mengada betul. tapi, seronok sangat gathering TANDOORI kat umah k.arah ni. sebab ada cheese cake k.nurul. sedapppp sangat. memang terbaik lah!
:DD

dalam pukul 10 lebih, kami balik rumah. tapi, mana boleh tido lagi. ada sesuatu untuk diuruskan. kami kena sediakan sate. hohoho. lalu, dengan tekun dan khusyuknya anak melayu berempat ni proses 9 ekor ayam untuk diperap buat sate sehingga jam 2 pagi. hah, time ni baru lah ada rasa macam nak raya. yalah kan kalau di malaysia mesti malam raya tu sibuk masak sampai 2-3 pagi. da siap masak tu tak tido lagi. meseg semua orang dulu wish selamat hari raya. kat sini pun sama jugak. lepas siap perap ayam, kemas dapur dan yang sewaktu dengannya, kami buka facebook untuk wish semua orang selamat hari raya. tapi saya tade la wish semua orang pun. saya wish mama je kot. tulis luahan perasaan lalu paste link lagu raya siti biar mama rindu saya banyakbanyak time raya nanti. haha. tabley blah kan ada anak macam ni?
xD

erm. keesokan harinya bangun awal pagi. iron baju raya siapsiap. kemudian bergegas ke bus stop pukul 7.15 pagi. oh, lupa nak cakap. sekarang ni da masuk winter. memang gigilgigil lah kami semua pakai baju kurung dengan jubah jalan keluar rumah pagipagi. huhu. tapi, demi nak solat sunat hari raya ditabahkan jugak hati ni. sampai kat prayer hall lebih kurang jam 8. ingatkan kami da lambat, rupanya kami antara yang terawal kot. melayu tak rami lagi first round solat sunat tu. arab je la ramai. memang kami kepala pusing lah tengok style dorang solat. macammacam ada. huhu. tapi seronok juga. sisters kat sini peramah semuanya. anak dorang pun comelcomel. dan dorang ada jugak bawak manisan untuk breakfast. da la beraya ikut arab saudi, solat pun sekali dengan dorang, breakfast pun dengan manisan. memang ada baubau arab dah saya lepas ni. kesh3. oh, bukan itu sahaja. kat sini mana ada orang wish selamat hari raya aidiladha. atau pun happy raya day ke apa. semua duk eid mubarak. ades! memang style arab habis lah.

da habis bermesra-mesra dengan muslimat di prayer hal tu, kami ke warwick art centre untuk breakfast. nak taw tak apa makanan pagi raya kami? nasi putih, ayam goreng, sup ayam, dan sayur goreng. sedih kan? huk3. tapi nak buat macam mana. dan nasib la jadi anak perantau. huhu. nasib baik jumpa akak-akak jiran kami kat art centre tu. lepas habis makan, dorang ajak kami ke rumah abang fuad, pakcik yang jual nasi di prayer hall. beliau malaysian. memang excited habis lah kami nak gi open house rumah beliau. sebab dengar nya ada macammacam makanan malaysia kat situ. suka!
:DD

time kat rumah abang fuad tu sebak juga lah. pertamatamanya sebab dengar khutbah raya dalam bahasa melayu. huhu. sekarang da faham nikmat dengar khutbah jumaat dalam bahasa sendiri. selama ni duk dengar khutbah jumaat dalam bahasa inggeris accent arab tak pun pakistan. khutbah raya tadi pun dalam bahasa inggeris accent arab juga. cakap lajulaju macam ferrari nak kejar mclarens. tak suka betul. tade feel lah. nak menjiwai khutbah pun susah taw. huhu. yang keduanya sebab teringatkan mama waktu salam peluk cium makcikmakcik selepas habis khutbah. hurm, memang tersentuh sangat lah. yalah kan, 19 tahun hidup setiap kali pagi raya duk salam mama abah. tapi kali ni, tak dapat buat camtu da. sape yang tak sedih kan? huhuhu.

lepas da siap-siap salam semua tengok jam da pukul 10.25. alamak! makan belum lagi. (haruslah asyik fikir pasal makan aje kan?) pukul 11 ada kelas encik mukul la pulak. lalu, apalagi, berkejarkejaran lah kami mengutip makanan apa-apa yang patut lalu minta izin dari tuan rumah untuk balik ke uni lalu makan lemang sambil berlari-lari di tengah jalan menuju ke bus stop. alahai tak sopan sungguh. heh. tapi nak buat macam mana. kalau lambat nanti kena fire dengan encik mukul la pulak. terpaksa la tu.

kami menghabiskan siang hari raya kami dengan menimba ilmu di kelas. lepas kelas mukul, ada kelas seong sook pula. terbaik kan pengorbanan kami? heh. lepas habis kelas seong sook, saya bergerak ke warwick art centre. ada discussion culture dengan k.long, nad, k.siti dan jugak norma. rasa kelakar pula bilamana kami bersungguhsungguh pakai baju raya cantikcantik, tapi kemudiannya anggun ayu bergaya bersila di tingkat atas warwick art centre untuk discuss culture. time tu, memang raya ni tade maknanya lah.

selepas tamat discussion, tunggu kesayangan bertiga balik kelas. kami gerak ke rumah abang fuad untuk second round. adeh, tak pemalu betul. eh, tapi bukan pergi semata-mata untuk makan. kami pergi untuk escort wawa dengan erna lah. hehe. balik dari rumah abang fuad, kami tesco pulak untuk cari lidi nak cucuk sate. balik rumah, usai saja solat isya' semua orang pun berbungkus dalam duvet dan hanyut ke alam mimpi sebelum jam 8 malam lagi.

hurm, itulah kisah hari raya kami. best kan? erm. best lah sangat. tak kira. raya puasa tahun depan memang saya sampai malaysia lah!

Sunday, November 14, 2010

wajah kesayangan hamba.

assalamualaikum.

erm. kenapa la asian ni mudah sangat distracted? kan da tak pasalpasal saya gi tengok gambar raya lepas taip 70 perkataan untuk esei culture. urgh. sengal! lagi maw salahkan budaya. padahal salah sendiri.
(>.<)

erm. tak tahu la apa yang merasuk otak rasa nak tengok gambar raya yang lepaslepas. kan tak pasalpasal da rindu malaysia banyakbanyak.
:(

nih. saya rindu mereka semua:











Thursday, November 11, 2010

reading week: haish!

assalamualaikum.

saya kira reading week is supposed to be a very productive week.
tapi saya telah habiskan masa reading week ni dengan buat benda-benda lagha yang tak sepatutnya la pulak. ades. nak menyesal pun da tak guna ni. hari ni da hari khamis pun. esok da jumaat. huhu. i've got tons of things to catch up, piles of works to finish up. tapi, hasil kerja, habuk pun tade ni. heh. padan muka awak, marini. gi main cafe world lama-lama lagi. kan da menyesal tak sudah ni. haish.

belajar untuk cinta.

hidup penuh dengan pelajaran.
dan aku sedang belajar untuk menumpahkan cinta pada Dia, dia, ia dan ia.

Dia,
Tuhan yang menjadikan aku siapa aku.
dia,
Muhammad Rasulullah S.A.W. yang menunjukkan aku jalan menuju syurga.
ia,
Islam yang memberi aku makna sebuah kehidupan.
dan ia,
Al-Quran yang jadi sahabatku sepanjang perjalanan ke dunia abadi.

bilamana kisah 4 cinta ini belum sempurna,
mana mungkin aku layak untuk menumpahkan cinta buat yang lain.
apatah lagi menagih cinta dari yang lain.

dan untuk melengkapkan kisah cinta ini bukan senang.
tarbiyah hati ini satu mujahadah.
namun, Insya-Allah aku akan istiqamah.

pada awalnya, mungkin pahit perjuangan yang aku hirup,
tapi aku yakin,
di akhir nanti ada kemanisan iman untuk aku teguk.


Tuesday, November 9, 2010

perihal hub kelab malam.

assalamualaikum.

sejarah mengajar kita,
kalau kiranya sesuatu tamadun mahupun kerajaan itu berkembang
kerana kekuatan para
ilmuwan nya.
agungnya baghdad,
agungnya bumi al-hambra,
perkasanya amerika,
majunya jepun,
semuanya kerana ilmu dan teknologi,
bukan hub kelab malam!

jesteru,
dalam memodenkan Malaysia,
kenapa harus ada hub kelab malam?

kenapa sibuk ingin me-Las Vegas-kan Lembah Klang?
kenapa sibuk ingin mem-Paris-kan Kuala Lumpur?

kenapa tidak kita berusaha meng-Al Azhar-kan UIA?
oh, terlalu Islamik?
tidak akan menarik pelancong asing?
lalu,
kenapa tidak pula kita berusaha meng-Oxford-kan UM?
atau meng-Cambridge-kan UiTM?

graduan-graduan yang lahir ini akan menggerakkan Malaysia,
dan melonjakkan ekonomi kita,
lebih baik daripada hub kelab malam!

payah?
ya, memang payah.
mungkin hub kelab malam itu lebih mudah.

tapi ingatkah kita,
jalan untuk memajukan Amerika juga payah.
jalan untuk memajukan Jepun juga payah.

jika tidak cuba, memang akan selalu payah.
bergerak dahulu, baru akan nampak jalannya!

"kenapa harus memilih kemudahan tapi mencari murka Tuhan?"

Monday, November 8, 2010

simpan saja.


bukan aku tidak punya rasa,
namun sengaja aku simpan semua,
biar jadi rahsia,
antara aku dan Dia.

diluah takut khilaf,
diucap takut leka,
jadi biarkan saja,
rasa itu pada tanganNya.

percaya aku,
rasa itu belum lagi mati,
malah tambah indah bilamana
didokong oleh iman,
dibajai dengan taqwa,
dihias dengan ikhlas dan redha.

beri ruang pada ku,
untuk membentuk rasa ini sesempurnya,
semoga jadi hadiah paling indah
buat dia yang punya hak,
juga Dia Yang Paling Berhak.