Wednesday, June 18, 2014

Bila kau temui Allah. kan kau temui segala positiviti dalam hidup.

sebagaimana erat Bilal memeluk kalimah 'Ahad' saat dadanya ditindih batu besar di gering padang pasir,
sebagaimana teguh Sumayyah mendepani siksaan sehingga syahid,
sebagaimana tawakal sekalian sahabah waktu menyambut perintah hijrah;

kan hilang gusar hatimu bila kau tahu kau punya Allah,
kan gagah langkahmu bila yang kau tuju adalah Allah,
kan cekal tekadmu bila kau paksikan niatmu kerana Allah.

lantas,
apakah ada yang lebih utama untuk kau cari
selain Allah?