Thursday, December 20, 2012

catching up v.1

assalamualaikum.

it's been a while since my last entry. lots of things had been happening - ups and downs of life intercepted, making my life more wonderful and much appreciated than ever. i just returned from Turkey this evening. one of the best vacations i have ever had so far. alhamdulillah! 
:D

 more catch up later. hopefully, i'll start to blog more frequently after this just as how i used to do it before. i'm kinda miss scrabbling my thoughts and sharing my stories right here. 
till then, fi amanillah!
:)

Wednesday, November 21, 2012

i am currently in the state of disliking myself.

assalamualaikum.

"Medan khayal lebih besar dari medan cakap. Medan cakap sudah tentunya lebih besar dari medan amal. Medan amal pula lebih besar dari medan jihad. Dan, medan jihad lebih besar dari medan jihad yang muntij." - Imam Hassan al-Banna

i guess i have been speaking too much, that eventually i only manage to do little. while palestinians are mourning for the death of their loved one, i am crying for my dying heart. tragic.

Friday, November 16, 2012

Dan Gaza berdarah lagi.

assalamualaikum.


gaza berdarah lagi
untuk ke sekian kali.
lalu ummah menggegar kembali --
dengan lantang melaung slogan anti yahudi.
dalam saf rapat teguh berarak berdemonstrasi.
laman sosial marak dengan amarah,
banjir dengan tangis,
sarat dengan doa:
"Tuhan, selamatkan saudara kami!"
"Tuhan, hancurkan Zionis yang sedang enak memamah bumi Palestin itu!"

namun setelah -
sehari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun - kemudian nanti,
apakah masih kita akan peduli?

hari ini,
kita dapati ummah ini menangis
melihat wajah kanak-kanak mati dibom yahudi.
sebulan nanti,
kita akan menemukan
ahli ummah sedang gembira menyambut hari jadi di mcD.
begitulah,
begitulah lemahnya sensitiviti ummah hari ini
refleksi lembiknya ummah waktu ini.
-- dan ini, termasuk aku.

Maafkan aku, Allah.
Maafkan aku, Gaza.
Maafkan aku, Palestina.
Maafkan aku, dan maafkan juga ummah ini atas kelemahan iman kami.

ratap rasa 1 Muharam,
Marini.
Coventry - in solidarity with Gaza.
151112, 10:15 am.

Monday, October 22, 2012

all the hopes and dreams are just a du'a away.

assalamualaikum.

[credit]
kita bermimi,
kita berharap,
kemudian kita bekerja.
jangan dinafi,
pasti ada gusar dalam hati
bimbang setiap impian dan harapan tak dapat direalisasi.
namun,
ragukah engkau akan firman Tuhanmu:
"Berdoalah kepadaKu,
nescaya akan Aku perkenankan bagimu."
(Al-Ghafir: 60)

balut semua harap dan mimpimu,
dan hadapkan padaNya,
(terindah di sepertiga malam)
dengan penuh keyakinan
bahawa Dia pasti akan kabulkan!

dan jika
mimpi-mimpi mu tewas,
harapmu terkambus waktu,
yakinlah:
apa yang kau mahukan itu bukan yang terbaik untukmu.
Dia Yang Maha Penyayang, Yang Maha Memelihara
sedang melindungimu dari cita-cita besar yang pasti akan menyakitimu.

rawat rawan di hatimu dengan redha akan qadarNya.
lepaskan mimpimu dan rasakan cintaNya:
"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu. dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 216) 

Friday, October 19, 2012

"ajarkan aku mendidik hati, untuk sering mengenal -Mu sampai jatuh, mencintai -Mu." - kak umy.

Allahu. 
basah. 
meresap ke lubuk jiwa paling dalam.

sahabat,
berhentilah seketika dari bicara soal cinta manusia dan cinta dunia.
tundukkan wajah ke bumi.
tekuni hati sendiri -
"selama aku terbuai dengan cinta manusia dan terleka dengan cinta dunia,
di mana pula letaknya Dia - yang mengalirkan cinta tanpa putus, meski aku sering melupakanNya?"

--

jazakillahkheir kak umy.
buat setiap tulisan yang membasahkan jiwa
yang sentiasa menarik hati untuk bermuhasabah
yang sering membuatkan iman kembali bernafas.
tidak jarang air mata ini tidak tumpah kala membaca tulisan-tulisanmu.
untuk setiap getaran iman yang dirasa,
moga Allah kurniakan pahala buatmu, kak. 

--

membaca tulisan kak umy buat saya rindu pada ukhti syafiqah.
yang juga tak pernah gagal buat mengejutkan hati dan iman yang tertidur,
dengan cara yang paling nyaman,
sarat dengan kasih sayang lillahi ta'ala.
ukhti fillah, apa sahaja yang awak sedang perbuatkan di sana,
semoga Allah memelihara awak dalam rahmatNya senantiasa.
semoga bayu di Tanah China menyampaikan bingkisan rasa yang saya kirimkan dari seberang benua.
:')

Thursday, October 18, 2012

Kita semua adalah jiwa-jiwa yang pada akhirnya akan balik menghadap Tuhannya.

namun pulangnya jiwa ini dengan memikul identiti mana -
apakah jiwa tenang yang dipanggil dengan penuh kasih untuk menempati syurgaNya?
atau jiwa nista yang bakal dihumban ke dalam nyala api neraka?

contengan rasa saat tadabbur 90: 27-30.

Monday, October 15, 2012

Metafora perempuan.

Perempuan itu ibarat satu puisi 
yang dibaca dan dipuja kerana indah susun bahasanya
namun sedemikian diperhalusi
masih tidak dimafhumi akan maknanya
tapi tetap juga kau mengaguminya.

ya, begitulah perempuan.
terwujud indah kerana kompleksiti mereka -
barangkali.

Thursday, October 4, 2012

salam dari coventry. :)

assalamualaikum.

4 oktober.
hari keenam saya kembali menjejak bumi coventry,
kembali menghirup nyaman udara musim luruh,
kembali terasing di bumi yang ramai.

saya rindu malaysia
dan serpihan-serpihan hati yang tertinggal di sana.
semoga semuanya baik-baik belaka.
saya tinggalkan kalian pada Tuhan untuk dijaga
sebagaimana saya di sini juga dipelihara olehNya.
:')

pada satu permusafiran yang baru dimulakan,
semoga setiap langkahan ada keberkatan.
saya tidak mahu jadi 'buih' di bumi ini -
hadir tidak dipeduli,
pergi juga tiada erti.
saya mahu jadi besi berguna
buat ummah, buat dunia.

"Muslims should be positive contributors to the society,
because our beloved - Prophet Muhammad s.a.w -
came as mercy to the entire world."
- Sheikh Ninowy

semoga permusafiran ini adalah pemangkin jalan menuju 
cita-cita, Allah, dan syurga.

Wednesday, September 26, 2012

yang pertamanya hanyalah Dia.

assalamualaikum.

"Keluarga berlegar-legar dalam kehidupan kita; ada masanya mereka memberi, ada masanya mereka menerima. Ada masa mereka mengukuhkan, ada masa mereka melemahkan. Semuanya bergantung kepada ketepatan kita pada meletakkan diri, keluarga, perjuangan dan kehidupan di posisi-posisi yang betul - posisi yang sentiasa di tempat kedua. Selepas yang pertamanya hanyalah Dia."
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
  Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu

sesuatu terjadi seminggu yang lalu. sesuatu yang menyebabkan banyak air mata ditumpahkan dalam rumah ini. sesuatu yang meluluhkan hati segenap penghuninya. sesuatu yang menyedarkan saya: tiada patut sesuatu yang lain diletakkan sebagai yang pertama dalam hati selain Dia!

keluarga itu antara aset yang paling berharga dalam dunia, perkara yang paling kita cinta. namun cintailah sekadarnya sebagai yang nombor dua selepas Dia. sekurangnya, jika semua pergi meninggalkan kita, tidak dirasakan sudah kiamat dunia kerana kita masih ada Dia. jika ada yang menyakiti, kita ada Dia yang sentiasa melindungi. sekiranya ada yang berbuat salah, kita rendah hati untuk memaafkan kerana kita sedar Dia sentiasa memaafkan hamba-hambaNya termasuk kita.

belajarlah untuk hidup dengan hati yang diserahkan hanya padaNya, yang mencintai selainNya dengan pengharapan untuk mendapatkan cintaNya semata.

Sunday, September 23, 2012

selamat hari-hari, abah. ;)

assalamualaikum.

kalau dengan mama, perkataan mengalir laju dari lidah. tapi kalau dengan abah, kami lebih senang diam. dan seperti itu jugalah bila mahu menulis satu dedikasi, bukan tidak pernah saya cuba menukilkan sesuatu buat abah, cumanya tidak pernah berjaya.

lebih handsome berbanding aaron aziz -
sekurangnya aten nampak macam tu.
;)
pada rahsia rasa yang kami simpan sama-sama daripada mata dunia
yang kami tunjukkan kepada sesama pada cara yang difahami kami sahaja,
kasih yang seperti itulah, yang ikat hati saya padanya.
kerana hari jadi abah cuma sehari, 
(walaupun tahun ini kita sambut 3 hari dengan 3 versi)
aten ucapkan selamat hari-hari buat abah.
kerana sayangnya aten pada abah bukan cuma di hari jadi,
tapi hari-hari.
:)




Friday, September 14, 2012

Refleksi picisan-picisan dari Batu-Bata Kehidupan tulisan Hilal Asyraf.

assalamualaikum.

I
"Kita kena nampak bahawa Islam itu adalah matlamat kita dalam semua hal. Kita buat apa pun,  untuk membawa Islam itu naik." - Ustaz Abdul Hadi (Bab Ustaz dan Duta)
Saya jadi terfikir selepas membaca bab ini: Saya rasa saya sudah 'memeluk' Islam. Tapi, itu mungkin boleh jadi cuma rasa saya sahaja. Sejauh mana akhlak, amal, corak pemikiran dan tindakan saya memanifestasikan erti 'saya menjunjung Islam" itu seakannya perlu dihitung kembali.

Mula menghitung mulai sekarang.
Dan mulai memperbaiki mulai sekarang.

II
"Jadilah da'ie yang berblog. Bukan sekadar blogger yang berdakwah." - Hilal Asyraf (Bab Blogger  = Da'ie)
Dua kali saya membaca patah-patah kata di atas untuk mencerna maknanya. Ternyata, ada perbezaan yang membuka satu dimensi perspektif yang baru. dan juga membuatkan saya terfikir: siapakah saya selama ini?

III
"Hubungan kamu dengan sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kepada Allah. Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kamu atas kebaikan kamu. Tetapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan kamu." - petikan kata seorang ulama di Jordan (bab Sahabatku, Aku bukan Sahabatmu)
Ukhuwah yang acapkali dikhabarkan dibina atas dasar keimanan, seringkali dihiasi dengan seribu macam emosi yang negatif. Ironi bukan?  Dulu saya tertanya juga. Dan kali ini saya temui jawapannya: kita (terutamanya saya) lupa yang mana ukhuwwah itu hadir bersama tanggungjawab. Jika dibumikan dalam jiwa rasa tanggungjawab ini, boleh jadi ukhuwah itu lebih indah selepas ini. Dan itu mungkin definisi terma 'ukhuwahfillah' yang sebenar-benarnya.

IV
"Diri kita adalah salah satu daripada bata yang hendak membina bangunan bernama ummah. Apakah kita suka menjadikan diri kita sebagai bata yang rapuh, punca kepada keruntuhan ummah?" - Hilal Asyraf (bab Oh, Pemuda-pemudi!)
Menangis. Dengan jahiliyyah yang masih lagi berselirat dalam diri, apakah saya batu yang menguatkan atau merapuhkan?

V
"Baitul muslim apabila diteliti, lebih dari sekadar isu ciri-ciri pasangan, istikharah mencari pasangan, jodoh dan cinta semata-mata. Baitul muslim juga menitikberatkan pembinaan peribadi Mukmin itu sendiri dalam diri  kita." - Hilal Asyraf (bab Muslimah Lembik)
Heh. Saya ketawa membaca bab ini. Alangkah bagus jika muslimah-muslimah kita punya kesedaran yang perkahwinan itu bukan sekadar tentang punya imam buat diri dan jadi pelengkap rusuk seorang lelaki. Terserlah kelembikan muslimah-muslimah di facebook bila terlalu asyik berkongsi status dan gambar berkaitan imam dan pemilik tulang rusuk yang entah di mana. Di sinilah hadir tanggungjawab bagi yang sudah sedar dan punya kefahaman: mengevolusikan kijang-kijang jinak ini menjadi singa-singa perisai ummah.

Monday, September 3, 2012

an eccentric evening: of cups of coffee and a wise stranger.

assalamualaikum.

kami bicara tanpa nama. berteman kopi dan buku Memali. kami bicara segala: isu politik, ekonomi, pendidikan, budaya, falsafah-falsafah hidup dan sedikit peribadi. 2 jam 30 minit saya menadah mutiara katanya. dia adalah insan biasa yang luar biasa kerana kebijaksanaannya. tapi, yang paling uniknya adalah: kami bicara tanpa nama, mengenali masing-masing sebagai 'stranger' semata.

sepuluh pesannya dia:
  1. Rahsia kejayaan ada dua: sabar dan amanah. Hiduplah dengan keduanya, kamu pasti berjaya.
  2. Seberjaya apa pun kita, hiduplah dengan berpijak di bumi. Jangan pernah meninggi diri. Kalau kaya, jangan riak, apalagi menunjuk-nunjuk. Kamu fikir, bilamana segala kekayaanmu dipertontonkan, kamu bisa hidup tenang dan aman? Macam kita lepak-lepak bersahaja petang ni. Kamu rasa Tony Fernandez pernah lepak Starbucks tanpa bodyguard? 
  3. Walaupun satu sen. Ya, walaupun satu sen, jangan pernah makan duit haram. Biar kita hidup tak senang, asal rezeki tak hilang berkat.
  4. Keluar dari kepompong kamu. Buka minda, kamu akan dapati kamu menjadi seorang yang baru.
  5. Jadi manusia, perlu ada identiti sendiri. Orang yang mudah dapat culture shock adalah kerana mereka tak punya identiti, tak teguh jati diri.
  6. Kalau kamu berjaya, 50% kejayaan itu adalah kerana usaha dan doa kedua ibu-bapamu. Berterima kasihlah kepada mereka. Anak yang melupakan ibu bapa setelah berjaya adalah manusia yang paling sombong dan tidak tahu menghargai.
  7. Read politics, understand politics. Bukan untuk kita jadi politician. Tapi sebagai cara kita yang marhaen ni nak jaga negara.
  8. Kamu pelajar scholar luar negeri? Nanti baliklah berbakti di sini. Lambakan expertise kita di luar sana, tak ada untungnya buat negara. Kalau bukan anak bangsa sendiri yang memajukan Malaysia, kita nak harapkan siapa?
  9. Pemodenan mampu mencalarkan identiti jika tak diselari dengan membumikan agama dalam diri masyrakat kita. Kenapa tidak belajar dari sirah Nabi? Baginda bina tauhid, kemudian baru bina negara. Kita sibuk nak 'meng-eropahkan' tanah Malaysia sehingga melupai pembangunan rohani rakyatnya. Sampai masyarakat koyak rabak pun, kita dah lupa cara nak cantumkannya kembali.
  10. Jaga akhlak, jaga peribadi. Perempuan ni kadang-kadang sibuk nak cantikkan rupa, tapi akhlak entah ke mana. Ya, lelaki memang pandang perempuan cantik. Tapi mereka pilih yang berakhlak baik.
betullah, tarbiyyah Allah tu ada di mana-mana. tidak dihantarkan stranger ini dengan sia-sia melainkan untuk saya belajar daripadanya. *senyum* it is indeed an evening to remember.

Wednesday, August 29, 2012

Hidup ini indah kerana misterinya: Kompilasi entry pendek.

assalamualaikum.

Satu: Hidup ini kan indah kerana misterinya.

Pernah atau tidak awak terfikir begini: "Ah, mudahnya andai aku bisa tebak masa depan. Langsung segala kesulitan tak terasa beban kerana sudah tahu hikmah yang menanti di hadapan. Takkan pernak terkocak kolam hati kerana tahu gerangan yang bakal jadi peneman diri. Tak perlu gelisah memikir dan mengusahakan rezeki kerana tahu kapan akan mendapatkannya nanti. Hidup jadi lebih senang barangkali. Santai." Pada setiap mengimaginasikan yang indah-indah itu, pernah tidak awak terfikir begini pula: "Tanpa rahsia, apa seninya hidup? Bukankan hidup ini indah kerana misterinya?"

Dua: No entry.

Selepas habis episod lima tahun itu, dia sentiasa ingin jadi perempuan di balik tabir. Tersembunyi. Biar tidak dikenal sesiapa, tak mengapa. Dia bahagia dengan cinta dari perempuan-perempuan di sekitarnya. Tapi, masyarakat yang kurang faham menekan. Waktu gadis-gadis di sekitar dirisik, dilamar, dia rasa biasa-biasa sahaja. Tapi, masyarakatnya pula yang jadi tertekan. Mohon dia membuka pintu. Dia buka, tanpa rela. Pintunya dibuka. Tapi, di pintunya digantung tanda "No entry." Lalu, bagaimana?

Tiga: Bangkit, Iman. Bangkit!

Jatuh lah untuk kali ketiga ribu sekali pun. Dia akan bangun lagi untuk kali ketiga ribu satu - meski kau kau kau pandang dia sebelah mata, senyum sinis berkata yang bangkitnya itu sia-sia kerana dia pasti akan jatuh lagi. Hey, kalau bukan untuk berjuang, apa maknanya hidup? Tuhan menanti, pasti. Pintu taubat terbuka, senantiasa. Fikir saja, jika perjuangannya selama ini membawanya sejengkal ke syurga. Tatkala rebah, dia sibuk menangis mengaduh kesakitan. Kemudian, duduk bersenang-lenang tak mahu berlari sampai mati kerana takut kesakitan lagi. Lalu, tinggalnya nanti dia di mana? antara syurga dan neraka itu tidak ada yang tengahnya. Memikirkan itu, dia tidak rela berhenti. Kalau harus tersungkur sejuta kali pun, tak mengapa. Asal Tuhan sudi memandangnya, meredhainya, untuk menempati syurga.

Empat: Selamat hari raya! 

Salam 11 Syawal. Selamat hari raya, sahabat. taqabbalallahu minna wa minkum. Selepas 11 hari, moga kita masih istiqamah dengan 'jiwa' Ramadhan. :)

p/s: Family saya tiada potret raya tahun ini kerana anak perempuan sulung mereka terlalu ralit beraya dengan kek-keknya di dapur dari pagi sehingga jam 12 tengah hari. haih.

Sunday, August 5, 2012

spirit booster.

assalamualaikum.


"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(An-Nahl:119)

.

perjalanan mencari Tuhan itu memang panjang,
lagi-lagi setelah kau jauh kesesatan.
namun asal tekad mu jitu, semangat mu kuat,
kau akan menemukan Dia dengan izinNya.
mohon doa agar dikuatkan, 
dan teruskan langkahan.
selelah apa pun, 
jangan pernah kau berputus asa pada rahmatNya.
bukankah Dia sudah berjanji:
“Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari.”
(Hadis Qudsi)

insya-Allah, 
kau pasti menemukan Dia kembali.
:')

Wednesday, August 1, 2012

yang benar: aku yang masih mencuba.

Doa - Chairil Anwar
Tuhanku
dalam termangu
aku masih menyebut namaMu
biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mngetuk
aku tidak bisa berpaling
__________________________________________________________________

12 Ramadhan. 1 Ogos.
Hampir satu bulan kepulangan yang tak tersangka rupanya adalah satu perjuangan yang amat panjang dan melelahkan. Awak faham gelisah dan retak hati bila sedar rupanya sendiri yang mempersulit pengislahan diri?

Monday, July 23, 2012

among my happiest moment in life is every time i see my parents smiling.

johor trip.
senai international airport
190712.
and to know that i am the reason behind those smiles,
my heart flutters up and away above the sky.

.

And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word. And lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small."
(Al-Isra': 23-24) 

Friday, July 13, 2012

pada cinta yang tertumpah lalu langsung melaju mengalir bersama nil.

White Dessert, Bahria
sunrise 070712.
sarat merindui mesir.
untuk nil, sinai, dan siwa,
biiznillah, saya akan kembali.

Sunday, June 24, 2012

exam's overrrr! :D

assalamualaikum.

alhamdulillah 'ala kulli hal.
setelah bersusah payah menelaah dan bersengkang mata selama lebih sebulan, akhirnya kami semua berjaya menamatkan pengajian tahun kedua (dengan jayanya, insya-Allah). sehari-hari menumbangkan satu paper sepanjang minggu ini, cuma satu perkataan je yang boleh describe perasaan setelah tamat peperiksaan:
alhamdulillah.
:)

wajah-wajah merdeka yang bahagia.
oh, inilah keluarga b.ed saya.
:')
picture kredit

Sunday, June 17, 2012

final's approaching in two days.

assalamualaikum.

  1. 52 pelajar tesl tahun dua university of warwick akan menduduki peperiksaan akhir bermula 20 jun nanti. 4 paper. 4 hari berturut-turut. usaha sehabis daya, tinggal tawakal kepadaNya. mohon doa dari semua. :')
  2. menelefon abah untuk ucap selamat hari bapa. sambil-sambil mohon didoakan supaya saya berjaya. dialog paling awesome abah bagi pada saya hari ni: "abah doakan aten score, insya-Allah. tapi, tak payah la further study. stay di kampung. jadi anak dan isteri yang baik. jadi cikgu." er. er. er. hah. itulah abah. masih konservatif orangnya. mahu menyimpan saya di rumah. oh, ini bukan marini yang cakap. mama marini yang cakap. :p
  3. walaupun abah tak bagi aten further study (hari ni), aten tetap nak ucap happy father's day. aten tahu, kalau Allah izin, nanti nnati abah akan bagi lampu hijau juga. kan? abah has always been that one person who never fails to support me regardless of  which ever path i choose, what ever choice i make. dan aten yakin, you will still be that one person for now and ever. :'D
  4. okay, sambung study literacy. till then, fi amanillah. 

Thursday, May 24, 2012

Love in the present tense.

assalamualaikum.

love in the present tense
adakah sama dengan forever love?

.

cintanya Allah,
cintanya Rasul,
cintanya ibu,
cintanya ayah,
ini semua cinta yang benar,
dan senantiasa mekar -
forever love.

sedang aku --
sebagai hamba,
sebagai pengikut,
sebagai anak,
sebagai anak,
belum tentu benar cintanya.
sering melupakan,
terkadang mengabaikan.
love in the present tense.

(ah, sungguh sifatnya manusia.
sedikit memberibanyak meminta.)

belajarlah.
jika kena dengan caranya
love in the present tense
boleh jadi forever love juga sebenarnya.

tamat.

Thursday, May 17, 2012

Mencerna erti bahagia.




manusia berkelana
melewati jalan hidup
demi menemukan satu makna -
bahagia.


di mana wujud bahagia itu sebenarnya?


apakah --
pada riak tenang wajah ibu?
pada girang tawa sang anak?
pada damai irama ombak berlagu?
pada milikan emas dan perak?
pada selembar surat cinta yang berbalas?
pada segulung sijil di hari graduasi?
pada saat ayah menjadi wali?
pada setiap mimpi yang berjaya direalisasi?


sesungguhnya,
bahagia itu ada di mana-mana.
cuma, terpulang pada cara kita memandangnya.
bahagia hakiki yang selama ini kita cari pula
ada pada hati. dan tergantung pada 
hubungan ia dengan Ilahi.
rapatkan hati padaNya,
nescaya akan ditemukan bahagia.


tanpa manusia sedar
bahagia yang dicari
sebenarnya sangat hampir dengan diri.
tinggal cara kita mendefinisi -
sama ada menafi atau merai keberadaannya.


"Sesungguhnya 
di dalam hati terdapat ruang kosong 
dan kekurangan yang tidak dapat diisi 
oleh sesuatu pun 
kecuali Allah."
- Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru, mama! :)

assalamualaikum.


pada redup wajah mama,
aku belajar makna tenang.
pada senyum mama,
aku memahami makna ikhlas,
pada girang ketawa mama,
aku temukan makna bahagia,
pada saat basah lengan bajunya menyeka air mata,
aku jadi tahu makna tabah.
pada rukuk sujud mama,
aku dikenalkan makna menjadi hamba.
pada melihat mama dan seluruh hidupnya,
aku belajar makna menjadi manusia.


mama guru pertama --
mengenalkan aku pada huruf rumi dan jawi
mengajar aku alif ba ta sehingga fasih mengaji
membenarkan aku untuk bebas melukis mimpi
menceritakan padaku tentang kebesaran Ilahi
menghikayatkan sirah perjuangan baginda Nabi
mendidik aku untuk berakhlak Islami
mengasuh aku supaya jadi perempuan terpuji.


dari tadika sehingga di universiti,
aku belajar banyak perkara,
tapi mama mengajarkan aku lebih banyak lagi.
mama bukan sempurna,
tapi dialah sesempurna manusia 
yang dihadiahkan Tuhan
untuk jadi matahari penerang siang,
bulan peneman malam,
bidadari menghias kehidupan.


buat guru yang terbaik dalam hidup ini,
untuk segala ilmu dan curahan budi, 
jazakillah khairan kathira.


selamat hari guru, mama!
:)

Sunday, May 13, 2012

ada ketikanya, sang penulis juga lupa akan makna puisinya sendiri.


kalau sesat,
berbaliklah ke permulaan.
bimbang
andai diteruskan langkahan
terus lupa jalan pulang.

Friday, May 11, 2012

the stitched wound.& death.

assalamualaikum.

buat satu jiwa yang telah pergi menghadap Tuhannya,
moga awak benar-benar bahagia di sana.


sudah hampir 7 bulan sepeninggalannya.
kedengaran seperti satu tempoh yang lama.
tapi hakikatnya, 7 bulan ini sekejap cuma.
Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk saya rawat hati.
Lohong kosong yang wujud sementelah pemergiannya,
hari ini tiada lagi.
Hati dan semangat saya sudah pulih, insya-Allah.
*senyum*

The hardest lesson in life is learning to let go.
rabak juga hati dalam cubaan melepaskan itu.
sakit tahu?
jadi, jangan terlalu bergantung kepada makhluk.
belajar dan belajar dan belajar
untuk meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.
kenapa memilih berpaut di dahan yang rapuh,
bila berpeluang untuk bergantung di satu tali kukuh yang tidak akan putus?

.

"kullu nafsin za iqatul maut"
7 bulan lepas masanya tiba,
entah esok lusa malaikat izrail datang menjemput kita pula.

adakah saya, anda, kita, sudah bersedia?

don't only live well, but live wisely. 
we don't live once, we live TWICE. 
who we are in this life will determine who we will be in the life afterwards. 

livng life as an ahlul jannah or ahlunnaar - the choice is your hand.


-peringatan itu perlu kerana mati itu pasti.

Monday, April 16, 2012

a comeback - finally.

assalamualaikum.

setelah sebulan lebih menghilangkan diri,
akhirnya marini kembali menulis.

sebulan yang berlalu, banyak juga perkara yang berlaku.
menghadap assignment yang bertali arus sehinggu minggu pertama cuti sekolah,
jaulah ke perancis (which supposed to be perancis-italy) yang disastrous,
sambutan hari jadi kak melur jasmin,
demam yang membuatkan saya berkurung di dalam rumah selama 10 hari,
keberangkatan deep dan sahabat ke mekah,
peristiwa sahabat-sahabat kehilangan ibu dan ayah,
dan macam-macam lagi.

hidup memang begitukan?
singkat, tapi penuh rencah.

*awkward silence*

setelah sebulan lebih menyepi,
saya tiba-tiba terasa canggung menulis di sini.
jadi, cukup sampai sini dahulu coretan comeback saya.


till then,
wassalam.
:)

Sunday, March 4, 2012

review februari.

assalamualaikum w.b.t.

dah hampir sebulan blog ini terabai. 
bukan hilang rasa menulis, tidak. 
tapi, februari adalah bulan yang sangat sibuk,
dan istimewa juga.
:)

1) bumi coventry bersalji. penuh. indah.

2) tahun ini tahun lompat, kan? 
apa yang kalian gunakan dengan 24 jam lebih masa yang Allah kurniakan? kami pelajar-pelajar TeSL uni of warwick menghabiskannya dengan menekuni killer assignment yang perlu dihantar keesokan harinya. 

3) NISE di leeds.
nise adalah pertandingan nasyid tahunan yang mengumpulkan pelajarpelajar malaysia di uk. istimewanya pertandingan ini, ianya melibatkan kaum hawa sahaja. dari peserta, audiens, judges sehinggalah ajk teknikal. kaum adam tidak dibenarkan hadir. dan kami dari team wariwck, kalah dengan bergaya. heh. 


4) Warwick Malaysian Night 2012.
dari leeds, kami berkejar balik ke coventry untuk menghadiri event ini. ini kali pertama saya dan housemate menghadirinya, dan kali terakhir juga mungkin. kepada semua yang terlibat, tahniah! i can see the high effort you guys put up to make the show a night to remember.
:)

5) Kunjungan tetamu istimewa dari mesir
kawan sekolah rendah saya, farah auni datang berkunjung ke uk. singgah di coventry untuk dua malam dan saya melayani tetamutetamu ini seadanya kerana kekangan masa yang disebabkan oleh NISE. sempatlah juga membawa mereka berjalanjalan sekitar bandar coventry. keesokannya, melepaskan mereka ke birmingham bertemankan peta yang dilukis omma dan malamnya membawa mereka ke universiti untuk ikut sama experience malaysian night ala uk. heh.

6) daurah tamhidi nasional di manchester
alhamdulillah, Allah memilih saya untuk turut sama berada dalam taman syurga yang satu ini. Allahu, input-input yang dapat di sana sangat mengesankan jiwa. dan saya sedikit sebanyak berjaya belajar mengurangi sifat introvert yang beraja dan pada masa yang sama menjadi diri sendiri juga. Allah pertemukan saya dengan banyak insan-insan hebat di jalan dakwah dan tarbiyyah. kagum sangat. dan daurah ini sangat comel sebab dapat belajar banyak topik sampingan seperti merancang belanjawan majlis perkahwinan. 
:p

7) bulan assignment datang dan pergi tanpa henti.
seriusly, assignment perlu disubmit hampir setiap minggu. kalau tak submit assignment, dapat result assignment. kalau tak ada assignment, reading menggunung dan senggang waktu diisi dengan latihan nise. sebab tu tak cukup masa sampai nak update blog pun payah. 

8) menyambut birthday alya
ini antara gadis kesayangan saya. 23 februari yang lalu hari jadi beliau. tapi, disebabkan kami sangat sibuk, sambutannya diadakan 3 hari kemudian. pada hari yang sama, saya baru pulang dari manchester. memang sangat penat sampaikan sewaktu majlis berlangsung, saya tertidur di bilik omma. dan disebabkan kepenatan juga, saya tak mampu nak menyumbang tenaga dalam persiapan majlis. tapi, sebab rasa macam nak menyumbang walau barang sedikit, bangun je dari tidur terus turun dapur masak sos nasi ayam. 

9) new usrati, new family.
selepas balik dari manchester, Allah hadiahkan saya dengan satu bulatan gembira yang baru. foundernya k.azwa. kami tiada naqibah. sekadar sharing antara satu sama lain. objektif utama adalah untuk mempelajari 99 nama Allah dengan lebih dekat. tapi, usrah ini lebih istimewa sikit. kerana insya-Allah, akan ada seorang non-muslim bersamasama kami. namanya Andy. a briton and a christian. semoga Allah memberi taufik dan hidayah buatnya satu hari nanti.
:)

ini antara 9 perkara yang mewarnawarnikan februari 2012 saya. saya tidak pasti bila saya akan kembali menulis. dua minggu lagi mungkin. oh, dua minggu lagi spring break akan bermula. kami akan bercuti selama sebulan lebih. saya, yash, dan omma akan berjaulah ke france dan italy selama dua minggu, insya-Allah. tiket flight sudah dibeli. tapi, details jaulah belum sediakan lagi. perihal jaulah nanti saya update kemudian okay?

till then,
fi amanillah.
:)

Wednesday, February 8, 2012

doa tanda cinta v.2

assalamualaikum.
"malam yang sepi bertemankan bintang. moga awak di sana diberi petunjuk menemui apa yang awak inginkan." - terfaktab@twitter.


semoga Allah menuntun setiap langkah, 
memelihara awak dari segala malapetaka dan bala bencana, 
juga kezaliman diri sendiri.
moga setiap nafas dihela dalam redhaNya.
amin.

doakan saya juga,
ya?
:)

Sunday, February 5, 2012

snowy winter.

assalamualaikum.

semalam, saya bangun tidur dengan hati berbunga-bunga. perasaan seakan di awang-awangan macam gadis remaja baru jatuh cinta. (oh, analogi apakah ini? tapi, ya. memang sebegitu perasaannya.) kebingungan juga empunya diri, apa sebenarnya yang menumbuhkan perasaan sebegini. tapi, tidak saya temukan jawapan sehingga asar menjelang...


oh, it's snowing in coventry! 

masih ingat lagi di waktu-waktu salji turun pada tahun 2010, saya pasti akan membungkus diri di dalam duvet. timbul keluh kesah rasa tidak senang dalam hati. sekembalinya dari summer break oktober lalu, saya bersungguhsungguh berdoa agar salji tidak turun lagi pada musim sejuk kali ini. pendek kata, saya memang tak suka salji. :|

namun, lain benar perasaannya kali ini. saya seakan tidak mahu berhenti berjalan dalam salji yang turun renyai awal petang itu. ini salji pertama di coventry untuk winter kali ini. (mungkin Allah makbulkan juga doa saya kerana salji tidak turun di penghujung tahun 2011 sebagaimana tahun sebelumnya.) angin tidak berhembus kencang seperti kebiasaan buat udara jadi sangat nyaman. saya rasa hidup - hati dan jiwa. saya rasa dihantar ke satu dunia yang di dalamnya cuma ada saya dan alam. sunyi, tapi tenteram. indah. :)

setiap butiran ais yang jatuh menyentuh wajah, saya rasakan seperti elusan lembut penuh cinta seorang ibu. saya dongak wajah ke langit, merenung satu persatu butiran yang turun. bergetar hati. tidak tergambar oleh kata apa yang dirasakan pada waktu itu. apa yang saya tahu, saya semakin jatuh cinta kepadaNya. :)

pagi ini, kepala yang berat buat saya sedikit liat untuk bangun dan bergerak ke westwood untuk usrah adikadik. tapi, perasaan semalam datang mengusir segala rasa-rasa yang negatif itu. dan subhanallah, Allah hadiahkan pemandangan yang sangat indah buat saya sehinggakan sepanjang perjalanan saya jadi senyum sendiri dengan hadiah yang satu ini. sesi usrah bersama adik-adik pula sangat menggembirakan buat saya seketika lupa pada sakit tekak dan selesema. bahagia! :)

snowman hasil kerja tangan adikadik usrah kesayangan.

untuk pulang ke rumah, saya mengambil jalan yang jarang dilalui orang. dan saya mengambil keputusan yang tepat. sejuk mata dan hati dengan pemandangan di sekitarnya. cantik nian. sepanjang perjalanan, saya berdoa supaya salji ini tetap berterusan - kalaupun paling kurang untuk tiga hari lagi. moga Dia makbulkan. :)




err. tak cantik?
tak mengapa. munkin saja definisi cantik kita berbeza.
:)

Thursday, February 2, 2012

usrah minggu ini.

assalamualaikum.

"Allah baru ambil orang yang kita sayang seorang pun, kita dah mula menangis tak keruan. Ini belum Allah ambil tangan atau kaki kita lagi. Belajar untuk bersyukur bila berhadapan dengan ujian. Ujian itu pun nikmat sebenarnya."


hati rasa kejang. tangan menggigil kesejukan. melalui k.arah, Allah bagi teguran. inilah pukulan keras yang saya nantikan selama berbulan-bulan. pukulan padu yang menghentak hati. biar ia kembali sedar tentang hakikat hidup dan tidak terus menerus terikut emosi. 

melalui hari-hari seterusnya dengan lapang dada. melepaskan segala rasa. biar yang tinggal cuma rindu, cinta dan kenangan sahaja. 

Sunday, January 29, 2012

the recovering heart is crying.

assalamualaikum.

i am in my recovering phase.
judge me not, please.
a struggling soul, i am.
flawless, i am not.

i am building my imaan bricks by bricks.
shattered at times,
i fight to keep it standing high.
still, there were times when it crumbled and fall.

we always want people to be the way we want them to be.
we always have this thought that people should do things like the way we did.
no!

do note that everyone is designed to be unique and special.
we live life differently,
we acquire different lesson and experience along the way.
our brains do the same processing.
nevertheless, they work differently.
there will always be individual differences.
(e.g. people acquire different grammatical point at different level)
when the same brain do not perform the same function similarly,
what do you expect from the invisible fluctuating heart?


stop being judgmental, please?

Wednesday, January 25, 2012

i miss them dearly.

assalamualaikum.

i miss them very much
that it hurts deeply inside
every time the thought of
i will only be able to see them after seven months time
crosses my mind.

these are the gems in my life.
they love me wholeheartedly
and i love them even more.

look at how much haasya has grown up since i last saw her.
okay, right now i miss her chirpy voice calling me
"aten, ten, ten."
i miss cik's cooking and pineapple tart too.
tssk.
i miss spending time with
these awesomely wonderful people.
and i definitely miss this lady the most.
T___T

Monday, January 23, 2012

23012012 - mari raikan cinta. :D

assalamualaikum.

23012012.
tarikh ini tarikh istimewa buat saya -
tarikh merai cinta.

dua hubungan termeterai:
satu akad yang mengikat,
satu janji untuk menyatu.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
meski jasad saya tidak bersama di sana,
hati turut sama berbunga bahagia.
:)

I
barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil kheir buat sahabat tersayang, sazana sahaimi, yang sudah selamat bergelar isteri pagi tadi. semoga keluarga yang dibina menjadi baitul muslim yang mawaddah, sakinah, wa rahmah.
insya-Allah.
:)

II
tahniah buat k.anis yang ter-paling disayangi.
tidak lagi menjadi bunga di taman larangan.
sudah selamat disunting orang.
selamat mempersiapkan diri membentuk diri jadi hiasan terindah duniawi.
:)


.

susah juga tinggal jauh di bumi orang.
sudah dua kali saya terlepas event penting orangorang tersayang.
tahun lepas, majlis akad dan resepsi k.long.
tahun ini, majlis pertunangan k.anis pula.
mujur mummy baik hati sudi tunggu saya dan k.alin pulang dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan k.anis ogos nanti, insya-Allah.
thank you, mummy.
aten sayang mummy lebih.
*hugs*

sayang ayah jak juga.
sangat terharu bilamana pada jam 1 pagi waktu malaysia semalam,
 uncle saya mms-kan gambargambar sekitar persiapan majlis pertunangan k.anis beserta mesej berikut:

"hi fatin. we miss you very much. Here are some photos of bilik k.anis and picture of mama, che za dan che rah sedang berehat penat semuanya selepas membuat persediaan untuk function k.anis tomorrow morning. many of us talked about fatin - you should be with us for this grand event. 
love, ayah jak."

okay, serius rasa nak menangis bila baca. 
tapi sebab sedang tengok cerita hantu bersama omma dan yayash, tak jadi nak nangis.

dan lepas pulang sekolah siang tadi terus telefon mama bertanyakan tentang perjalanan majlis.
mama cakap semua orang cantikcantik belaka.
tengok ni:
cantik kan?
T______T

okay, penyakit homesick dah menjelma.
till then,
take care peeps!
wassalam.