Saturday, October 31, 2009

suara hati.

suara hati 1: intec in memory.
tadi saya jenguk-jenguk album kawan saya, nadzipah.
lihat gambar2 mostalgia semasa di intec.
oh, serius saya rindu.
saya di sana mungkin sebulan cuma.
tapi memori selama sebulan itu cukup untuk membuatkan saya ingat kepada tempat itu sepanjang hayat saya.
saya rindu belajar bahasa korea.
saya rindu soalan matematik dan fizik yg memeningkan otak saya.
saya rindu para sonsengnim (lecturer).
saya rindu classmates saya.
saya rindu roommates saya.
saya rindu group usrah saya.
saya rindu naqibah saya.
saya rindu cemara.
saya rindu bilik saya.
saya rindu meja study saya.
saya rindu air jus yg murah di kafe itu.
saya rindu mydin itu.
saya rindu semua ttg intec.
bangunannya.
librarynya.
pejabat pentadbirannya.
dan juga makmal komputer tmpat saya menaip surat keluar program itu.
huk.
ada banyak lagi yang saya rindu ttg intec dan hidup saya di sana.
opss!
jgn salah faham.
saya rindu hidup di sana bukan kerana saya menyesali hidup saya di sini.
tapi saya rindu kerana hati saya ingin rindu.

.
.

suara hati 2: aku rindu kamu, lin.
tadi saya upload gambar aidilfitri baru2 ini di friendster.
akaun friendster saya sebenarnya tidak aktif lagi.
tapi atas permintaan amalin kesayangan yang jauh di perantuan, saya upload juga gambar2 itu.
huhu.
sebak hati bila melihat gambar famili yg tidak lengkap.
arwah tok ayah tiada.
arwah umi tiada.
amalin tiada.
kimi juga tiada.
lin, kamu harus pulang tahun depan.
i miss you sooooooooooooo much!
i'll keep my words.
we'll go for a tour around malaysia next year before i'm flying to uk.
genting.
terengganu.
kl.
those places are in the list.
so promise me you'll return next year ok?

.
.

suara hati 3: biarkan ia pergi.
pergilah.
pergi.
pergi.
pergi.
dan sila jangan datang lagi.
hidup saya okay begini.

.
.

suara hati 4: saya maw sendiri.
jelaskan?
saya maw hidup sendiri.
biar hati ini selamanya 3/4 kosong.
sampai tiba waktunya nanti.
hati itu sudah saya tutup rapat.
tapi masih belum dikunci.
kerana saya menunggu 1/4 yg terisi itu pergi.
tidak lama lagi.
kemudian saya akan kunci pintu hati.
supaya nanti tidak ada lagi yang akan menyakiti dan disakiti.
dan kamu.
jangan dekati jika niat maw memiliki.
jangan hampiri jika niat ingin mencuri hati.
kerana saya ingin bebas menikmati hidup ini.
sendiri.
ya, sendiri.
hingga tiba masanya nanti.

Tuesday, October 27, 2009

updates!

oh, lama sungguh x update blog. rindu. rindu. rindu. hee~

update 1:
saya sudah bebas dari assignment-assignment yg menekan jiwa itu. tidak bebas sepenuhnya kerana masih berbaki dua tasks untuk english study - play dan juga reflection. staging play itu akan diadakan malam esok. saya harap kami dapat melakukan yg terbaik. full-dressed rehearsal tadi macam okay saje. cuma jangka waktu play yg mencapai dua jam setengah itu buat saya mengantuk. huhu~ lalu, dgn penuh rasa tidak bertanggungjawab, saya curi2 tidur di bahagian atas gymnasium bersama fara dan deeba sewaktu act 4. saat kami sedar, audience sudah bertepuk tangan dan lampu sudah dipasang. (maksudnya, play itu sudah tamat.) oh, memang cemerlang lah!

update 2:
seorang junior saya telah meninggal dunia akibat kemalangan pada hari ahad lepas. usianya sebaya dgn saya. baru 18. awal sungguh dia pergi. saya tergamam seketika. sungguh ajal itu tidak mengira usia. teringat pula tentang rakan zaman kanak-kanak saya yg meninggal pada tahun lepas. juga akibat kemalangan. kalau dikira, ajalnya lebih awal. 17 tahun. belum pun sempat menduduki ujian spm, dia pergi menemui Tuhannya. soal kematian amat menggetarkan jiwa saya. ianya seakan terjadi pada saat yg tidak diduga. saya takut andai ajal itu tiba pada waktu di mana saya masih tidak bersedia. masih banyak kotoran dosa yg belum dihapus. dan amalan2 soleh juga masih sikit untuk ditunjuk dihadapan-Nya. doa saya semoga kita semua beroleh husnul khatimah. amin..

update 3:
jingga semakin gemuk. SANGAT GEMUK. oh ya, untuk pengetahuan org yg masih tidak tahu, jingga itu seekor hamster peliharaan fafa. hee~ dan..err..bukan sahaja jingga. tuan punya jingga juga semakin gemuk. sobs! tmbah lagi dua kg. oh!

.jingga.

Tuesday, October 20, 2009

assignment cheklist.

1. Numerical Literacy
*report-done
*presentation-will be done by tomorrow :)
*individual reflection-i'll try to finish it by tomorrow

2. English Study
*mov poster-95% complete. their pictures left.
*progress report-nad's gonna do this. heheh.
*individual report-i'll finish it this weekend.

3. Social Study.
*survey-done.
*articles-where to find the book? huu~
*GO-not yet.
*group report-not yet.
*individual reflection-not yet.

[this tons of assignments really makes me want to faint.]

short update.

**i have safely arrived at ipip at 4.30 a.m.
**jigglypuff has died. and sharil found a big huge cage for jingga.
**tons of assignments are killing me softly. tp demi warwick ku tabahkan jua hati ini. huu~
**lds test will be coming soon. only two words to describe my feeling - i'm dead!!
**i need to be very particular about my daily expenses. kemerosotan ekonomi melanda. haha!
**i have gained weight. (=_=!!)

[the end]

Monday, October 19, 2009

hari ini yg lebih baik dari semalam. :)

assalamualaikum. :)

beberapa hari lalu saya ada menulis tentang alignment hidup saya yg sudah menjauh lari. saat menulis, saya bermuhasabah diri - merenung kembali apa yg kurang dan apa yg lebih dalam perbuatan saya sehari2. kenapa saya merenung perbuatan? kerana setiap perbuatan merupakan refleksi peribadi yg terbaik. orang yg buat begitu, begini sifatnya. dan orang yg buat begini, begitu pula sifatnya. benar kan?

setelah seharian saya berfikir, saya menemui jawapan bagi banyak perkara yg menyerabutkan hidup saya. saya sudah menemui persimpangan untuk keluar dari dunia yg aneh ini. dan sememangnya saya telah pun bertatih keluar dari tempat yg telah memutasikan personaliti saya. kenapa saya bertatih; tidak berjalan atau berlari? kerana saya takut rebah. saya takut saya akan tersungkur dan tidak mampu bangkit lagi. oleh itu, saya ambil keputusan untuk bertatih. biar lambat, asal selamat.

meskipun sy masih jauh dari landasan asal yg saya tuju, ketenangan hati yg saya cari semakin hampir dengan saya. gunung ego itu telah saya runtuh kan. dan saya sudah belajar untuk berani menyingkap kebenaran yg pahit.

hidup saya semakin normal. otak masih rajin berfikir, tapi fikiran saya tidak lagi sekusut dulu. hati pula jelas semakin tenang dan jiwa saya sudah tenteram. saya gembira sekarang. perjalanan membetulkan alignment hidup akan saya teruskan sehingga tiba saat itu. saat di mana saya merasakan dunia saya sudah sempurna dan ketenangan hati sudah menjadi milik saya yg abadi.

Sunday, October 18, 2009

ngee~ :D

the blog layout is now back to normal.
suda comey mcm dulu semula.
ngee~
:D

Saturday, October 17, 2009

saya: antagonis.

saya lah antagonis itu. ya, biarkan watak itu jadi milik saya dalam cerita kita. cerita saya dan kamu. cerita kamu dan kamu. juga cerita saya dan kamu. sungguh saya tidak kisah. kerana perwatakan seorang antagonis semuanya wujud dalam diri saya. the ugly, the wicked, the silly. semua itu sifat saya. kamu, kamu, kamu dan kamu, silakan saja jadi bintang. kerana kamu, kamu, kamu dan kamu memang selayaknya memegang status itu. dalam kisah kita, semua kesedihan dan kelukaan lahir akibat kesilapan saya. sebab itu saya layak jadi antagonis saja. pandang rendah pada saya, saya tidak kisah. caci, maki diri saya juga saya tidak kisah. kerana saya cuma seorang antagonis. dan kamulah bintang.

.
.
.

bintang-bintang sekalian, maafkan sy kerana pernah muncul dalam hidup kalian.

.
.
.

kamu:
saya pergi sekarang. jauh dari kamu. sila mulakan hidup baru.
i'm sorry for ruining your life. and i'm sorry for the damage which cant be undone.

kamu:
sorry for the broken heart. sorry for being selfish. sorry for not being understanding. sorry for i may have betrayed our friendship.

kamu:
too many things to be said. let's make it simple - i'm sorry for any mistakes i've done.

kamu:
i'm sorry for whatever problem which has turned you down. i hope we still can befriend even though obviously everything wont be the same again.

Friday, October 16, 2009

pemikir yg berfikir.

ketika di sana saya asyik berfikir. balik ke sini pun saya masih berfikir. saat berdiam diri saya berfikir. semasa bergelak ketawa juga saya berfikir. ya, berfikir itu hobi baru saya. di mana-mana saja. bila-bila masa. otak saya tidak pernah kosong, pasti ada perkara untuk difikirkan. segala perkara saya ambil peduli, membuat timbang tara positif-negatif mereka. sebenarnya saya penat. kadangkala otak yang berfikir itu buat tidur saya tidak lena dan makan juga tidak lalu. hahah. melampau betul kan? kekerapan saya berfikir saya kira boleh menjana pendapatan yg lumayan seandainya ada bayaran dikenakan untuk setiap kali saya berfikir. (err..kamu fahamkah ayat ini? maaf. bm saya agak weng sekarang.) keinginan say sekarang cuma satu. untuk menghentikan hobi baru saya yg x menarik ini. saya sudah letih menjadi sang pemikir. saya maw jadi si tenang pula. ucap selamat buat saya ya?
:)

bila alignment sudah lari.

hidup saya agak kacau sekarang. salah siapa? hurm. saya tidak maw lg menunding jari kepada sesiapa. satu jari saya tunding ke arah mereka, empat jari lagi menunjuk ke arah saya. jadi, sudah jelas kan siapa yang salah? ternyata saya.

alignment hidup saya sudah lari. ke mana? entah. jangan ditanya. sebab saya sendiri juga tidak taw. apa yang saya taw hidup sy sudah kacau bilau. semuanya sudah tidak macam dulu lagi. saya semakin jauh dari landasan yang betul. fikiran resah dan hati berkeluh kesah. jiwa saya tidak tenteram. terlalu byk perkara yg berubah sehinggakan saya tidak mampu lg menyesuaikan diri dalam dunia yg aneh ini.

saya maw keluar dari dunia ini. terlalu banyak lakonan dan kepura2an dalam dunia ini. sy tidak lg menjadi diri saya yg dulu. dalam dunia baru ini, ego sy menggunung tinggi. banyak keputusan dibuat kerana kepentingan diri. kadang kala wujud juga sifat iri hati. huhuh. sy benci diri sy yg ini. sy rindu pada diri sy yg dulu. sy rindu pada diri sy yg lebih lembut hatinya dan halus sifatnya.

masih ada hari untuk sy berubah, untuk sy betulkan kembali alignment hidup sy yg menjauh lari. doa saya, semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. dan ketenangan hati menjadi milik sy yg abadi.

Thursday, October 15, 2009

happy deepavali.

thanks to deepavali celebration.
because of it, i'm going home tonight.
yes, i really can't wait to return home.
i've been missing those wonderful faces dreadfully.
to those who celebrate it, happy deepavali!
may the day full of joy and happiness.
:)

Sunday, October 4, 2009

offline.

dear my dearest blog,

i'll be offline for approximately 6 days. i'll be flying to sabah tonight. excited? naah. not at all. somehow, this trip is rather burdening than exciting. later after we return to ipoh, we have to replace all the classes which we miss for the sake of this trip. huk. i hate class replacement. but anyway, who knows that this journey is going to be fun and enjoyable once i've stepped my foot there. right? huhu~ well then, that's all for now. till we meet again next time. oh, i'm going to miss you bloggie. and facebook. and plurk. and friendster too. huu~

Thursday, October 1, 2009

feeling-less.

tired. tired. tired. oh, this feeling is very tiring! *sigh* . a lot of supposed-to-be-excited events are approaching, yet i feel nothing.

1. 2nd Oct 2009:
the send off of my seniors to warwick. they are leaving tomorrow. sobs. farewell brothers and sisters. see u there next year. insya-Allah.

2. 4th - 9th October 2009:
trip to sabah. after hundreds of obstacles coming along the way, finally we are able to make it. however, i can't feel the excitement of flying to sabah like the other. i am wondering whether i have lost my sense or what?

3. 28th October 2009:
the staging of mov. i am in the publicity committee. sometimes ago, i was eager to produce the poster and the banner for the play. but now, the excitement has faded away.