assalamualaikum.
in somalia,
even a thought counts -
what's more when it comes to a penny.
somalia itu jauh.
tak mampu kaki melangkah ke sana.
kerana itu,
apa sahaja tenaga dan kemampuan yang ada
saya usaha kerahkan untuk membantu saudarasaudara di sana.
hari ini bertindak sebagai sukarelawan yang memegang collection bucket.
tugas saya ialah
saya perlu berdiri di kawasan laluan orang ramai
dan mengutip donation daripada mereka selama sejam.
tak mudah.
tapi, alhamdulillah Allah permudahkan.
sejam itu dirasakan sekejap cuma.
sejam yang bermakna.
sejam yang mengajar saya tentang banyak perkara:
1. sifat kemanusiaan tidak punya batas kaum dan agama
yang menemani saya di checkpoint hadapan warwick art centre itu adalah seorang cina beragama buddha. saya berbesar hati bila mengetahui dia sukarela menyertai program charity ini memandangkan ianya adalah di bawah kelolaan islamic society (isoc).
2. cinta yang tersebar di mana-mana
meskipun perlu berdiri selama sejam, penatnya tidak terasa bila orang yang lalu-lalang dari pelbagai bangsa memberikan semangat kepada kami. senyuman dan ucapan "good luck" buat kami tidak patah semangat walaupun ada ketikanya terasa down bila tiada langsung yang menghulurkan donation.
3. jangan menilai luaran
yang menjadi target adalah asian, mungkin kerana kelihatan lebih ramah. tapi, yang lebih banyak memberi itu english dan europian juga, meskipun mereka nampak ignorant dan individualistic.
4. pertolongan Allah itu dekat
15 minit pertama, sambutan daripada passerby sangat hambar. saya jadi down kerana terasa sudah meletakkan segenap ikhtiar untuk menarik perhatian orang ramai tetapi hasilnya tiada. tarik nafas, muhasabah. saya sedar. saya berusaha, tapi saya lupa bertawakal. padahal untuk berjaya harus ada usaha, tawakal dan sabar. setelah saya menghidupkan ketiga-tiga elemen ini, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
hari jumaat nanti,
ada tugasan lain pula menanti.
dan ia juga dilakukan untuk somalia.
semoga semuanya baikbaik sahaja.
mohon doa dari semua.
:)