Wednesday, August 29, 2012

Hidup ini indah kerana misterinya: Kompilasi entry pendek.

assalamualaikum.

Satu: Hidup ini kan indah kerana misterinya.

Pernah atau tidak awak terfikir begini: "Ah, mudahnya andai aku bisa tebak masa depan. Langsung segala kesulitan tak terasa beban kerana sudah tahu hikmah yang menanti di hadapan. Takkan pernak terkocak kolam hati kerana tahu gerangan yang bakal jadi peneman diri. Tak perlu gelisah memikir dan mengusahakan rezeki kerana tahu kapan akan mendapatkannya nanti. Hidup jadi lebih senang barangkali. Santai." Pada setiap mengimaginasikan yang indah-indah itu, pernah tidak awak terfikir begini pula: "Tanpa rahsia, apa seninya hidup? Bukankan hidup ini indah kerana misterinya?"

Dua: No entry.

Selepas habis episod lima tahun itu, dia sentiasa ingin jadi perempuan di balik tabir. Tersembunyi. Biar tidak dikenal sesiapa, tak mengapa. Dia bahagia dengan cinta dari perempuan-perempuan di sekitarnya. Tapi, masyarakat yang kurang faham menekan. Waktu gadis-gadis di sekitar dirisik, dilamar, dia rasa biasa-biasa sahaja. Tapi, masyarakatnya pula yang jadi tertekan. Mohon dia membuka pintu. Dia buka, tanpa rela. Pintunya dibuka. Tapi, di pintunya digantung tanda "No entry." Lalu, bagaimana?

Tiga: Bangkit, Iman. Bangkit!

Jatuh lah untuk kali ketiga ribu sekali pun. Dia akan bangun lagi untuk kali ketiga ribu satu - meski kau kau kau pandang dia sebelah mata, senyum sinis berkata yang bangkitnya itu sia-sia kerana dia pasti akan jatuh lagi. Hey, kalau bukan untuk berjuang, apa maknanya hidup? Tuhan menanti, pasti. Pintu taubat terbuka, senantiasa. Fikir saja, jika perjuangannya selama ini membawanya sejengkal ke syurga. Tatkala rebah, dia sibuk menangis mengaduh kesakitan. Kemudian, duduk bersenang-lenang tak mahu berlari sampai mati kerana takut kesakitan lagi. Lalu, tinggalnya nanti dia di mana? antara syurga dan neraka itu tidak ada yang tengahnya. Memikirkan itu, dia tidak rela berhenti. Kalau harus tersungkur sejuta kali pun, tak mengapa. Asal Tuhan sudi memandangnya, meredhainya, untuk menempati syurga.

Empat: Selamat hari raya! 

Salam 11 Syawal. Selamat hari raya, sahabat. taqabbalallahu minna wa minkum. Selepas 11 hari, moga kita masih istiqamah dengan 'jiwa' Ramadhan. :)

p/s: Family saya tiada potret raya tahun ini kerana anak perempuan sulung mereka terlalu ralit beraya dengan kek-keknya di dapur dari pagi sehingga jam 12 tengah hari. haih.

Sunday, August 5, 2012

spirit booster.

assalamualaikum.


"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(An-Nahl:119)

.

perjalanan mencari Tuhan itu memang panjang,
lagi-lagi setelah kau jauh kesesatan.
namun asal tekad mu jitu, semangat mu kuat,
kau akan menemukan Dia dengan izinNya.
mohon doa agar dikuatkan, 
dan teruskan langkahan.
selelah apa pun, 
jangan pernah kau berputus asa pada rahmatNya.
bukankah Dia sudah berjanji:
“Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari.”
(Hadis Qudsi)

insya-Allah, 
kau pasti menemukan Dia kembali.
:')

Wednesday, August 1, 2012

yang benar: aku yang masih mencuba.

Doa - Chairil Anwar
Tuhanku
dalam termangu
aku masih menyebut namaMu
biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mngetuk
aku tidak bisa berpaling
__________________________________________________________________

12 Ramadhan. 1 Ogos.
Hampir satu bulan kepulangan yang tak tersangka rupanya adalah satu perjuangan yang amat panjang dan melelahkan. Awak faham gelisah dan retak hati bila sedar rupanya sendiri yang mempersulit pengislahan diri?