Saturday, October 18, 2014

istiqamah; jalan ini sumpah panjang.

hati berbunga-bunga tatkala melihat jiwa-jiwa yang disapa hidayah.
terkenang waktu diri ini di awal fasa tarbiyyah --
bagai dicandu cinta,
segalanya manis belaka.
indah.

tahun demi tahun tarbiyah,
yang manis mula berbaur rasa,
kelabu mula muncul di antara yang hitam dan yang putih,
amanah yang digendong mula memberat,
dan muncul ketika diri menggelupur penat.

dan hari ini,
ku fikir usia tarbiyyahku sudah mencapai umur matang:
7 tahun, alhamdulillah.
setelah sekian banyak yang dilewati,
aku jadi faham jikalau yang paling payah dalam perjuangan ini
adalah istiqamah.

melihat diri sendiri --
aku merasa kerdil sekali.
kerana aku ini jwa yang ternyata paling mudah mengalah,
lebih asyik tenggelam,
dan mungkin sekali paling kelam.

untuk 7 tahun bertaut cinta dengan Ilahi,
aku bersyukur kerana Dia tidak jemu-jemu memberi hidayah pada diri.
juga pada tangan-tangan ghaib yang mendoakan.
mungkin sahaja aku terus di sini atas papahan doa kalian.
dan pada hati-hati yang menghulur sejuta kebaikan dan sentiasa terus menghulur pertolongan,
jazakumullah khairan katsira untuk semuanya,
jujur, aku tidak akan sekuat ini tanpa kalian.

untuk jiwa-jiwa yang berkongsi struggle yang serupa:
moga Allah ganjari kesabaran kalian untuk tetap taat dalam amal kepadaNya.
mintalah kekuatan dariNya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Menguatkan.
meski jatuhmu sudah yang keseribu kali, bangun lah lagi lagi dan lagi.
didik iman, bina taqwa -- berdikit-dikit juga tak apa,
insya-Allah setiap jerih payah kita dihitungNya,

istiqamah; jalan ini sumpah panjang.
tapi di hujung jalan, insya-Allah ada syurga.
dan ada Dia.
:)