Friday, January 1, 2010

selamat pagi 2010. :)

hari ni saya bangun pagi-pagi lagi. lepas subuh, terus tak tido lagi dah - tak seperti hari-hari semalam. bila bangun, saya kelip-kelip mata. hulur tangan capai handphone. kelip-kelip mata lagi. 07:00 ; 01.01.2010. wow! otak saya seakan baru diaktifkan semula. it's 2010 everyone! awesome~ :D

pagi-pagi begini, tidak tahu apa yang harus dilakukan. di dalam selimut pink itu, saya pejam kan mata. tapi saya tidak tidur. otak saya bergerak menerobos pintu masa, kembali ke tahun 2009. banyak suka duka yang saya hadapi tahun lalu. tidak terkira. warna-warninya melebihi tahun-tahun hidup saya yg sebelumnya. banyak pengalaman baru saya yang saya dapat tahun lalu. banyak perkara yang saya belajar tentang hidup. dan hadiah paling bermakna saya dapat di penghujung tahun 2009. memang terbaik. kredit untuk sahabat saya nadia yg meng-emelkan novel itu setahun lalu. ouch! teruk betul saya ni. setahun di-emelkan baru nak baca. huhu~ apa pun, terima kasih ya. membaca novel itu membuatkan saya ingin dilahirkan semula. ingin menjadi marini yang baru. baru-sebarunya.

azam tahun 2010 saya sangat mudah. tahun 2009 mengajar saya supaya jangan menjadi seorang yg terlalu ambitious. jadi, tahun ini azam saya memang sgt simple. tingkatkan ibadah, tingkatkan prestasi pelajaran, jadi lebih berdisiplin, jaga dan perbaiki ukhuwah, serta terbang ke warwick. 5 bulan pertama 2010 ingin saya habiskan dgn belajar dan dekatkan diri dgn Dia. 3 bulan kemudian baru akan saya habiskan dengan bersuka-ria sepuas2nya. dan insya-Allah, oktober nanti sambung bersuka ria di Warwick. wee~ warwick, tunggu saya oktober nanti. :)

2010 saya pasti akan jadi tahun yang menggembirakan. amalin akan pulang dari mesir jun nanti. nadzipah juga akan balik bercuti tahun ini. ini kesayangan saya yg sangat saya rindukan. tak sabar nak jumpa kalian. apa lgi ea? oh, plan utk tour malaysia bersama farah, deep dan amalin. hehehe. pasti seronok! hah, ada lagi. saya sudah berjaya mengeluarkan diri dari kisah lama. tiada sejarah membelenggu diri. kali ini, memang betul2 bebas bernafas. bahagia. :) dan perkara terbaik yang saya harapkan tahun ini pastinya untuk boarding the plane to uk. ucap selamat buat saya dan sahabat2 yang lain k. oh, dan kalau impian itu jadi nyata, pastinya akan bertambah memori bahagia dalam kalendar 2010 saya. sambutan hari jadi ke-19 di negara orang. dan tentunya dgn sahabat2 saya. wee~ tahun ni, insya-Allah tercapai jugaklah impian deep, k.Qist dan farah maw mandikan saya dgn tepung di malam hari jadi nanti.

ok. sudah cukup dengan angan-angan. saya tidak boleh berangan-angan saja. 5 bulan pertama ni harus pulun habis-habisan. barulah segala kegembiraan yg saya bayangkan tadi akan jadi kenyataan. semoga Allah memudahkan segala urusan saya tahun ini. dan kawan-kawan juga. amin. akhir kata, selamat pagi 2010. semoga segala impian akan jadi kenyataan. :)

4 comments:

Zulhelmi said...

aku pun balik tahun ini, hehe

DoDu@HaHA said...

amin....

.deep©. said...

amin sayang~
let's work it out together..!

hahaha..baik 291110 siap laa ko..
hahaha jd nenek tem 2 yer..
ngn uban segala bagai..hahahaha

Shahril said...

baguslah...