Sunday, February 5, 2012

snowy winter.

assalamualaikum.

semalam, saya bangun tidur dengan hati berbunga-bunga. perasaan seakan di awang-awangan macam gadis remaja baru jatuh cinta. (oh, analogi apakah ini? tapi, ya. memang sebegitu perasaannya.) kebingungan juga empunya diri, apa sebenarnya yang menumbuhkan perasaan sebegini. tapi, tidak saya temukan jawapan sehingga asar menjelang...


oh, it's snowing in coventry! 

masih ingat lagi di waktu-waktu salji turun pada tahun 2010, saya pasti akan membungkus diri di dalam duvet. timbul keluh kesah rasa tidak senang dalam hati. sekembalinya dari summer break oktober lalu, saya bersungguhsungguh berdoa agar salji tidak turun lagi pada musim sejuk kali ini. pendek kata, saya memang tak suka salji. :|

namun, lain benar perasaannya kali ini. saya seakan tidak mahu berhenti berjalan dalam salji yang turun renyai awal petang itu. ini salji pertama di coventry untuk winter kali ini. (mungkin Allah makbulkan juga doa saya kerana salji tidak turun di penghujung tahun 2011 sebagaimana tahun sebelumnya.) angin tidak berhembus kencang seperti kebiasaan buat udara jadi sangat nyaman. saya rasa hidup - hati dan jiwa. saya rasa dihantar ke satu dunia yang di dalamnya cuma ada saya dan alam. sunyi, tapi tenteram. indah. :)

setiap butiran ais yang jatuh menyentuh wajah, saya rasakan seperti elusan lembut penuh cinta seorang ibu. saya dongak wajah ke langit, merenung satu persatu butiran yang turun. bergetar hati. tidak tergambar oleh kata apa yang dirasakan pada waktu itu. apa yang saya tahu, saya semakin jatuh cinta kepadaNya. :)

pagi ini, kepala yang berat buat saya sedikit liat untuk bangun dan bergerak ke westwood untuk usrah adikadik. tapi, perasaan semalam datang mengusir segala rasa-rasa yang negatif itu. dan subhanallah, Allah hadiahkan pemandangan yang sangat indah buat saya sehinggakan sepanjang perjalanan saya jadi senyum sendiri dengan hadiah yang satu ini. sesi usrah bersama adik-adik pula sangat menggembirakan buat saya seketika lupa pada sakit tekak dan selesema. bahagia! :)

snowman hasil kerja tangan adikadik usrah kesayangan.

untuk pulang ke rumah, saya mengambil jalan yang jarang dilalui orang. dan saya mengambil keputusan yang tepat. sejuk mata dan hati dengan pemandangan di sekitarnya. cantik nian. sepanjang perjalanan, saya berdoa supaya salji ini tetap berterusan - kalaupun paling kurang untuk tiga hari lagi. moga Dia makbulkan. :)




err. tak cantik?
tak mengapa. munkin saja definisi cantik kita berbeza.
:)

2 comments:

Rossarina™ said...

i can feel you, Mayeni. Mayeni describe perasaan Mayeni dengan sangat teliti sampai saya pun bole rase indahnye tu. hehehe. selamat ber-salji! :D

tepianmuara said...

camne eh nak buat snowman besar camtu? kitorang usaha bagai nak rak pun dapat cinonet je.

err, tak sabar kot.