assalamualaikum w.b.t.
dah hampir sebulan blog ini terabai.
bukan hilang rasa menulis, tidak.
tapi, februari adalah bulan yang sangat sibuk,
dan istimewa juga.
:)
1) bumi coventry bersalji. penuh. indah.
2) tahun ini tahun lompat, kan?
apa yang kalian gunakan dengan 24 jam lebih masa yang Allah kurniakan? kami pelajar-pelajar TeSL uni of warwick menghabiskannya dengan menekuni killer assignment yang perlu dihantar keesokan harinya.
3) NISE di leeds.
nise adalah pertandingan nasyid tahunan yang mengumpulkan pelajarpelajar malaysia di uk. istimewanya pertandingan ini, ianya melibatkan kaum hawa sahaja. dari peserta, audiens, judges sehinggalah ajk teknikal. kaum adam tidak dibenarkan hadir. dan kami dari team wariwck, kalah dengan bergaya. heh.
4) Warwick Malaysian Night 2012.
dari leeds, kami berkejar balik ke coventry untuk menghadiri event ini. ini kali pertama saya dan housemate menghadirinya, dan kali terakhir juga mungkin. kepada semua yang terlibat, tahniah! i can see the high effort you guys put up to make the show a night to remember.
:)
5) Kunjungan tetamu istimewa dari mesir
kawan sekolah rendah saya, farah auni datang berkunjung ke uk. singgah di coventry untuk dua malam dan saya melayani tetamutetamu ini seadanya kerana kekangan masa yang disebabkan oleh NISE. sempatlah juga membawa mereka berjalanjalan sekitar bandar coventry. keesokannya, melepaskan mereka ke birmingham bertemankan peta yang dilukis omma dan malamnya membawa mereka ke universiti untuk ikut sama experience malaysian night ala uk. heh.
6) daurah tamhidi nasional di manchester
alhamdulillah, Allah memilih saya untuk turut sama berada dalam taman syurga yang satu ini. Allahu, input-input yang dapat di sana sangat mengesankan jiwa. dan saya sedikit sebanyak berjaya belajar mengurangi sifat introvert yang beraja dan pada masa yang sama menjadi diri sendiri juga. Allah pertemukan saya dengan banyak insan-insan hebat di jalan dakwah dan tarbiyyah. kagum sangat. dan daurah ini sangat comel sebab dapat belajar banyak topik sampingan seperti merancang belanjawan majlis perkahwinan.
:p
7) bulan assignment datang dan pergi tanpa henti.
seriusly, assignment perlu disubmit hampir setiap minggu. kalau tak submit assignment, dapat result assignment. kalau tak ada assignment, reading menggunung dan senggang waktu diisi dengan latihan nise. sebab tu tak cukup masa sampai nak update blog pun payah.
8) menyambut birthday alya
ini antara gadis kesayangan saya. 23 februari yang lalu hari jadi beliau. tapi, disebabkan kami sangat sibuk, sambutannya diadakan 3 hari kemudian. pada hari yang sama, saya baru pulang dari manchester. memang sangat penat sampaikan sewaktu majlis berlangsung, saya tertidur di bilik omma. dan disebabkan kepenatan juga, saya tak mampu nak menyumbang tenaga dalam persiapan majlis. tapi, sebab rasa macam nak menyumbang walau barang sedikit, bangun je dari tidur terus turun dapur masak sos nasi ayam.
9) new usrati, new family.
selepas balik dari manchester, Allah hadiahkan saya dengan satu bulatan gembira yang baru. foundernya k.azwa. kami tiada naqibah. sekadar sharing antara satu sama lain. objektif utama adalah untuk mempelajari 99 nama Allah dengan lebih dekat. tapi, usrah ini lebih istimewa sikit. kerana insya-Allah, akan ada seorang non-muslim bersamasama kami. namanya Andy. a briton and a christian. semoga Allah memberi taufik dan hidayah buatnya satu hari nanti.
:)
ini antara 9 perkara yang mewarnawarnikan februari 2012 saya. saya tidak pasti bila saya akan kembali menulis. dua minggu lagi mungkin. oh, dua minggu lagi spring break akan bermula. kami akan bercuti selama sebulan lebih. saya, yash, dan omma akan berjaulah ke france dan italy selama dua minggu, insya-Allah. tiket flight sudah dibeli. tapi, details jaulah belum sediakan lagi. perihal jaulah nanti saya update kemudian okay?
till then,
fi amanillah.
:)
No comments:
Post a Comment