Wednesday, February 6, 2013

Sesat.

Sesat.
Keseorangan.
Sendirian.
Kau gusar tak tahu mana jalan.
Setiap langkah mu lencong.
Dan untuk setiap rebah,
cedera mu tambah parah.
Berkecamuk akal dan jiwamu:
"Kenapa aku sentiasa dalam kepayahan
sedangkan diriku mahu menuju kebaikan?"
Sesak dan berang,
kau pecah,
pasrah, 
lalu tertunduk menyerah -
"iyyakana'budu wa iyyakanasta'in.
ihdinassiraathal mustaqim."

2 comments:

Anonymous said...

aq rase yg nie la kn...harap2 x salah lg otak aq mntafsir...MNABM

fatinmarini said...

Bukan, bukan yang ni. Yang tu tak siap lagi. Masih diusahakan.