Assalamualaikum w.b.t.
Subhanallah walhamdulillah. tak terucap kesyukuran bilamana diri ini menyedari Allah telah memberi nikmat umur sehingga saya kembali berpeluang bertemu dengan Ramadhan. alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah. :')
berbanding tahun-tahun sebelumnya, saya merasakan inilah tahun yang mana saya paling tidak bersedia untuk menyambut ramadhan. bahkan, terdetik juga di dalam hati akan betapa masih kotornya diri untuk memasuki bulan mulia yang penuh barakah ini. perasaan itu berterusan sehinggalah pagi tadi. seorang sahabat telah share video ini di facebook. dan dalam video ini dibacakan satu hadis yang sangat menggegarkan jiwa, yang menjadikan saya sangat excited dan bersyukur dapat dipertemukan kembali dengan ramadhan.
"Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat daripada Allah swt, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu." (HR Bukhari dan Muslim)
Allahu Allah. Ramadhan adalah bulan yang akan membersihkan segala dosa-dosa kita yang lalu. Kerana Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang nya Allah, maka dihadiahkan kita dengan Ramadhan - demi memberi peluang kepada kita untuk kembali membersihkan hati dan jiwa dan berlari pulang kepadaNya dengan fitrah asal kita -- bersih sebersihnya! Fa bi ayyi alaa irabbikuma tukazziban?
Subhanallahi wabihamdih. Subhanallahil 'adzim. Can you feel the ultimate Love of Allah?
Kerana Allah telah mengurniakan Ramadhan kepada kita dengan cinta, maka selayaknya kita juga membalas kurniaan ini dengan cinta. Untuk diri saya, gunakanlah Ramadhan ini untuk membina kembali taqwa dalam diri, untuk menjahit semula sejadah iman yang telah rabak, untuk kembali memaknai ikhlas dan ihsan, juga berusaha untuk menanam sepenuh jiwa rasa berTuhan. moga Allah memudahkan jihad saya dan jihad kalian juga dalam madrasah Ramadhan tahun ini.
Ramadhan Kareem! :)
Ramadhan Kareem! :)
No comments:
Post a Comment