Assalamualaikum.
Tanpa sedar
aku yang memilih untuk
kurang cinta,
kurang tunduk,
kurang 'jiwa'.
kian menjauh,
dan mendiam.
Saat jiwa ku sebal,
dan hati sesak bernafas dalam kegelapan,
tanpa sedar
yang pertama harus aku bunuh pada saat itu adalah
'aku'.
aku yang malas.
aku yang lemas.
aku yang lalai.
aku yang sering lupa.
aku yang enak berselimut dosa.
kan sudah ku bilang --
aku sebenarnya yang memilih untuk
kurang cinta,
kurang tunduk,
kurang 'jiwa'.
kian menjauh,
dan mendiam.
---
menjejak usia baru,
Batu penanda umur yang makin pendek,
moga amal dan jiwaku tidak semakin jelek.
Kematian berlari menghampiri,
semoga aku tidak mati sebelum mati.
Selamat 'menghidupkan' usia mu yang berbaki, marini.
:)
Seoul, Korea.
0935. 011213.
1 comment:
semoga Allah sentiasa melimpahkan kasihNya kepada awak :')
jatuh tidak salah,
tapi bangkit lah semula,
kerana Allah tidak pernah
jemu menunggu kita
inshaAllah,
kejatuhan itu mungkin mengajar
untuk kita mengutip sesuatu di bawah.
love you fillah! *lama rasanya tak ucap ini pada awak :') *
Post a Comment