Saturday, September 26, 2009

bersyukurlah.

manusia memang tidak pernah puas dgn apa yang dimiliki. kekurangan diri dianggap sebagai dugaan yg membebani tetapi kelebihan diri tidak pula mahu disyukuri. aneh. tp itulah hakikat kejadian manusia apabila iman tunduk kepada nafsu. kadangkala saya juga begitu. sekali nikmat ditarik, mengeluh berkali-kali. bertanya di mana kesilapan diri sehingga nikmat itu ditarikNya kembali. seketika sy lupa bahawa apa yg ada di dunia ini adalah pinjaman semata-mata. tiada apa di dunia merupakan milik manusia yg kekal abadi sekalipun nyawanya sendiri. bila-bila masa saja hayat ini boleh ditamatkan dengan kehendakNya. harta, keluarga, sahabat handai, ilmu dan cinta juga begitu. semuanya adalah pinjaman dari Dia. oleh itu, hargailah mereka tatkala segalanya masih ditangan kamu. sekiranya salah satu terlepas dari genggaman, jgn menangis dan bersedih. bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kamu pernah merasa nikmat saat memilikinya. dan ingatlah bahawa Tuhan itu Maha Adil. Dia akan menggantikan apa yang telah diambilNya dengan sesuatu yg lebih baik. Sesungguhnya cuma Allah sahaja yg paling mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

1 comment:

Anonymous said...

fuhhhhhhhhhhhhhhh...
sgt3 bermakne dow...



and ak sukekannya ^^

say Alhamdulillah..thank you Allah~~

>.<