assalamualaikum.
lama sangat da tak update blog ni. kesian blog saya. terabai oleh kerana kesibukan tuannya yg asyik perasan sibuk walaupun tak de la sibuk sangat. jadi, post ini adalah fast-update yg akan merangkumi kisah 20 hari pertama saya di ipip.
1. kami, sekalian warga TeSL Cohort 2, telah mengisi application form untuk Warwick University. perasaan sewaktu mengisi form tu memang sangat indescribable. borang tersebut bukan hanya mengandungi personal details kami. tetapi bersamanya juga disisipkan seribu harapan, doa dan impian.
2. jadual hidup tiga sem yang lalu telah dirombak. tidak mungkin lagi untuk meninggalkan kelas sebelum pukul 1.30 petang. 1.30 petang itu menjadi waktu paling awal. kalau paling lewat boleh mencapai sehingga 3.30 petang. penat? memang penat. tapi itu lah namanya pengorbanan.
3. marini semakin rajin ke library. hahaha. memang bunyi macam kelakar. tapi saya suka habiskan waktu menekun di library sekarang. buat apa sahaja yang berfaedah. saya tidak kisah habiskan banyak waktu siang untuk belajar. sebab waktu malam saya memang banyak buat benda lain. heh.
4. minggu lepas saya, deep, farah dan tiqah menyertai mukhayyam anjuran karisma. seronok. saya belajar banyak perkara baru. juga discover perkara-perkara baru. juga berbangga kerana berjaya menerobos sempadan kemampuan diri. saya ingat saya tak mampu, tapi akhirnya saya berjaya juga daki bukit tu. saya takut, tapi saya boleh buat jugak flying fox tu. perkara paling best yg saya dapat dari mukhayyam ini adalah: kita tak kan tahu apa potensi diri kalau kita takut mencuba. saya juga belajar untuk tidak mengalah pada ujian dan cabaran. dengan kesabaran, usaha dan tawakal, insya-Allah kita akan mampu mengatasinya.
itu sajalah update saya untuk kali ini. ada juga beberapa perkara lain yg berlaku. tapi saya ingat-ingat lupa. sehingga jumpa lagi di post yg akan datang.
:D
nota ringkas:
- untuk seseorang yang baru menghadapi kehilangan, semoga ditabahkan hatinya melalui ujian tersebut.
2 comments:
jumpa lagi!
hoho!welcome back dear!!
ps: sedarlah, sesungguhnya allah itu lebih tahu..kehilangan orang tersayang amat menyakitkan, namun ia membuatkan kite sedar,tiada yang lebih menyayangi selain Allah
;D
(mayeni bagi support baeeekkk punye..
i like!i like!
Post a Comment