Friday, May 28, 2010

hidup yang sangat hectic.

saya sangat rindu maw ber-blogging setiap hari.
tapi, masa yang ada sangat lah terhad.
hidup sangat hectic.
persepsi tentang hidup sangat free selepas exam adalah sangat salah.
indah khabar dari rupa.
adessss~
tak percaya?
meh jenguk jadual saya minggu ini:


1. isnin
rushing ke kelas pada jam 9 pagi. mr e. nk jumpa. still, saya lambat. kena sound 3 posen. never mind lah. next time i wont be late anymore ok sir? hee~ lepas 2 ada taylor. no. giliran saya - 48. tak pasal-pasal kena stay back sampai pukul 2. huk. seterusnya, saya lupa saya buat apa. yang saya ingat, malamnya ada praktis zapin. mula jam 9.45. sampai la 12 lebih. susah lah zapin. sepatutnya saya stick dengan sumazau je. eyh, tapi ok juga. look for some changes - additional colour for your life. tak kan maw hidup hitam putih saja kan?

2. selasa
ke kelas awal pagi. (ya, masih harus ke kelas walaupun da abes exam) di kelas amat sibuk dengan persiapan untuk dinner. gunting itu. potong ini. dan saya jadi glittering princess. berkilau from top to toe. semuanya kerana saya in charge taburkan glitter pada decoration untuk backdrop. yalah, itu saja yang mampu. nak mintak saya melukis, saya tak pandai. sesuatu yang best tentang selasa adalah: saya, deep n yash keluar ke ipoh parade untuk shoe hunt. muahaha. we spent 4 hours to look for 3 pairs of shoes. sempat break setengah jam untuk dinner di merrybrown. kemudian sambung shoe hunt lagi sampai masing-masing gembira dengan kasut masing-masing. hee~ lepas balik, aktiviti belum habis lagi. praktis zapin dulu. zapin. zapin. zapin dan zapin. masuk bilik, tak boleh rest lagi. harus siapkan decoration untuk backdrop. saya, yash, deep dan berusaha untuk stay up. tapi tak mampu. malam tu, kami tertidur dengan ditemani kilauan glitter dan kertas dan polisterin di sisi.

3. rabu
pagi-pagi ke kelas lagi. ada sesi dengan mr yus pasal tem building. seronok! kami buat scavenger hunt. team saya: geng bakso. haha. tak glamour langsung. patut la kami sangat down-to-earth. handkerchief kami gantikan dengan kain lap yang dipinjam dari makcik cleaner. alah, kain buruk pun boleh lah.yang penting, mission accomplished! hee~ kemudian, kami kena cipta the fastest and most further moving vehicles. dengan orang lain sibuksibuk cipta da boom punya vehicle, kami cuma buat troli bakso. kecik dan comel saja. walaupun nampak tak hebat, it is the most further moving vehicle. cuma bukan the fastest lah. alah, namanya juga troli bakso. mana mungkin gerak cepatcepat. hee~ habis sesi dengan mr yus, sesi dengan mr e. pulak. kemudian, balik. balik dengan amat rushing kerana decoration masih tak siap. sedangkan pukul 2.30 sudah maw bergerak ke hotel. adus, life was really tiring at that moment. sampai di hotel, kami hias backdrop. dan oh, stage tu lagi besar dari apa yang kami jangkakan. lalu, terpaksa buat ad hoc plan. campak item itu ini, supaya backdrop nampak penuh. walaupun ad hoc, cantik juga. tak percaya? jenguk sini. lebih kurang jam 6, backdrop siap. rush ke bilik untik siapkan diri pulak. sesi make-up memang seronok. rasa macam menghadiri prom night la pulak. tehee~ the dinner was REALLY splendid, fun and fun and fun. lebih fun sebab saya da rasa diri sendiri macam tuan puteri. ahaha. perasan! ini gambar princesses pada malam tu. yang dress pink itu sayalah. tapi, ouch! nampak sgt gemuk ok?

4. khamis
dinner da habis, tapi tetap hectic. pagi-pagi ke kelas lagi. ada sesi dengan kaunselor dan juga postmortem dinner. ada sedikit emotional atmosphere semasa sesi postmortem. whatever the issue was, i still think that we have done a great job. tapi macam yang ell selalu cakap, "there is always room for improvement." balik dari kelas, sibuk handle esaimen. kemudian, rushing pula ke farewell party organized by our juniors. habis farewell, berlari ke bilik untuk tukar baju, kemudian ke hep untuk hantar esaimen dan menjenguk parcel. lepas tu, rushing pula ke pulako. ada rehearsal family gathering. zapin kami tak jadi. huu~ tak pe, lepas alya balik nanti kita praktis lagi k, kawan-kawan? habis rehearsal, praktis zapin 2-3 round. kemudian, keluar minum dengan deep, mish qish dan izzul. malam tu, saya lepak dengan gemuk yang bahagia yang sudah sedikit emo sebab annoy dengan ke-busy-an saya yang amat sangat. terasa di-abandoned agaknya. heheh. sorry la yep, mok. walaupun busy, gemok tetap di hati. heh. ok. amat taley blah. hahak!

5. jumaat
yes! ini adalah hari yang paling dinanti-nanti. akhirnya, cuti menjengah jua. cuti! cuti! cuti! tapi, walaupun cuti, there's lotsa things to be done. packing untuk btn. packing untuk balik. cari barang-barang untuk btn. basuh baju. dan praktis zapin. huhu. harap-harap boleh settlekan semua ni by sunday.

ok, that's all for now. minggu depan konfem tak de update sebab saya tak kan dapat mengakses internet sewaktu btn. oh, tatkala bercakap tentang btn, teringat pula pada parcel saya yang masih tak kesampaian. huhu. parcel di manakah kamu? huuuu~

Saturday, May 22, 2010

hi peeps!

exam was OVERRRRRRRRRRRRRRR!!!
yeay!!
and it was 3 days ago.
it ended on thursday.
yet i didnt have much time to update this blog.
wow!
lotsa things seemed to happen in this virtual world when i was away.
it's sad that i could not keep up with all the latest news about my buddies.
it's sad either that i have abandoned my blog for sometimes.
i'm missing u very much, deary bloggie.
erm. what else to talk about eyh?
nothing much.
btw, this is only a random update.
so that you people know that i'm still around in this blogging world.
sorry for stealing some of your precious time to read this typical ridiculous post.
hehehe.
till then, see ya!
:D

Sunday, May 2, 2010

ayuh sepahkan dapur! ;p

yeppi!
berjaya sepahkan dapur.
maaf kan kakak, bibik.
nanti kakak bersih kan lepas siap on9 ok?
ngeh3.
sebijik kek coklat lembap dah siap.
hadiah kasih sayang buat isteri saya, cik deep adeeba.
ada lagi satu yang kena buat.
untuk enchik charil.
oit, charil. ko share dengan deep boleh x?
aku kemalasan ney.
muahaha!
gemok yang bahagia maw rasa custard.
oh2. saya suka custard.
makan dgn aiskrim.
yummy!

erm.
malam ni balik ipoh.
borang tak isi apa pun lagi.
berlaku miscommunication.
entah macam mana info tentang madam kana nak sign borang esok tak didigest oleh otak saya.
lalu, saya tak bawa balik pun borang2 tersebut ke kelantan.
maka, esok akan jadi hari yang amat kalut.
ada sape2 sudi tolong saya isi borang tak?
huhu.

dan.
cuma tinggal 2 minggu lagi untuk exam.
perasaan bercampur baur,
gembira. exited. nervous. cuak. and the list goes on.
harap-harap tiada aral melintang.
semoga kami semua dapat menjawab dengan baik.
dan lulus.
tidak cemerlang tidak mengapa.
asal kan boleh fly, itu adalah rahmat yang cukupcukup besar buat kami.

ok.
nak ke dapur lagi.
taa~
:)

ditag oleh org jauh dari jordan. :)

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real .. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question."

What is your name: Fatin. eh, tukar. Marini lah. :D

A four letter word: Miss..you. hee~

A boy's name: Mustaqim

A girl's name: Mahirah

An occupation: Maid

A color: Maroon

Something you'll wear: Muffler

A type of food: Mihun sup

Things found in the bathroom:
Mirror

A place: Malaysia

A reason for being late: Mak saya sakit perut. Tunggu jiran sebelah rumah hantarkan. heh.

Something you'd shout: Maaaa! (Ok. ini memang merepek.)

A movie title: Madagascar

Something you drink: Mirinda Strawberry.

A musical group: My Chemical Romance

An animal: Monkey

A type of car: Mazda

A type of fruit: Mango


p/s:
yang mengetag ini memang jauh di mata. tapi dekat di hati.
beliau antara best buddy saya di plurk.
sayang sama arina!
^^

aish.
rasa terkilan pulak tak sempat nak wish birthday beliau 6 April lalu.