Wednesday, June 30, 2010

pernah tak?

pernah tak anda kehilangan duit sebanyak rm 260 dalam rumah sendiri?
pernah tak sos rojak kat dapur rumah anda hilang tanpa dikesan?
pernah tak duit syiling dalam dashboard kereta anda lesap tak tahu ke mana?
pernah tak anda tidur dengan baki prepaid sebanyak 3 ringgit tapi bila bangun pagi cuma tinggal 3 sen?
pernah tak telefon anda yang letakkan di bilik tidur beralih ke ruang tamu tingkat bawah rumah anda?
pernah tak?
tak pernah?
hurm. saya pernah.
dan saya memang amat BENGANG sekali sampai tak taw nak cakap apa lagi da.
kalau kejadian sedemikian berlaku terhadap anda,
tu bukan salah hantu raya.
jangan jugak disalahkan toyol.
sila tanya pembantu rumah anda.
mungkin dia punya jawapannya.

ergh. susah betul bila ada maid yang panjang tangan.
MENYAMPAH.

Friday, June 25, 2010

weekdays yg best.

thank you to miss nur syamimi bt kamarudin.
weekdays saya minggu ni jadi sangat warna-warni.
dan adventurous. heh.

mula dengan AHAD.
untuk kali pertama dalam hidup saya, saya drive sampai ke kb mall. jauh tu ok dari pasir mas. seumur hidup ini, saya drive tak permah lebih dari pasar besar yang tak sampai 10 minit pun dari rumah. tiba-tiba boleh sampai ke kb mall. hehe. memang menakjubkan. keajaiban itu tak mungkin terjadi tanpa sokongan, dorongan dan panduan daripada cik mimi. dan jugak puan sri asseela dan dr. aimuni. hehe. erm, next time nak angkut mereka ke rantau panjang la pulak. heh.

seterusnya ISNIN.
isnin hari yang tak best. sebab saya terlibat dengan kemalangan kecil. ada budak sekolah telah merempuh kancil kecik yang saya pandu lalu menyebabkan kereta itu kemek. dengan teruk. huhu. saya yang panik tak taw nak react macam mana. budak tu hidup pun saya da cukup-cukup bersyukur. rasa trauma sekejap nak drive.

kemudian, SELASA.
saya, mimi, c-la, aimuni, fatima and 4 other boys gi picnic di erm..satu air terjun yang telah saya lupa namanya. tujuan utama picnic tu adalah supaya cik muni yang akan ke india tak lama lagi dapat bersua muka bertentang mata dengan sahabat-sahabat saya yang lain-lain ni. picnic tu okay jugak la. banyak ketupat kami masak hari tu. lagi banyak dari makanan yang kami bawa rasanya. hoh. patut la semua makan sikit je. kenyang makan ketupat agaknya. huhu. tentang picnic ni ada part yang adventurous jugak. banyak yang adventurous. tapi yang terpaling adventurous adalah sewaktu kereta kancil yang dipandu oleh sahabat saya pecah tayar belakangnya. uish. memang suspen la. da la pecah depan kilang getah. memang seronok jugak lah lepak di tepi highway sambil menghirup oksigen berbau sementara menunggu tayar yang pecah itu ditukar. nasib baik ada tayar spare..kalau tak, memang berkelah di tepi highway la kami agaknya..

kemudian lagi, RABU.
hari rabu saya keluar untuk job hunting dengan mimi. dari pasir mas sampai ke kota bharu. tapi sebab trauma pasal kejadian hari isnin tu, saya bagi dia je yang drive. penat lah job hunting ni. keluar pukul 11. balik pukul 4. tapi satu kerja pun tak dapat. huhu. akhirnya, saya decide untuk buat tuisyen di rumah sendiri. lebih mudah dan praktikal. pelajar sasaran da ada. kena tunggu ahad nanti untuk confirm kan semuanya. harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. insya-Allah..

hari semalam, KHAMIS.
khamis, mimi ajak keluar lepak lagi di warung mak su. kalau di pasir mas, warung ni memang famous. walaupun warung, tapi high standard. ada serve western food taw. memang mantap. tapi sebab da janji dengan abah untuk ikut keluar dengan family petang tu, saya tak jadi pergi. erm, sedih. kalu tak boleh jumpa cik muni dengan c-la lagi. haish. kalau tak jumpa sekarang, entah bila lagi boleh jumpa mereka. erm, yang best pasal semalam ialah abah belanja pizza. yummy! dan abah bawak survey handfon. best3. ingat nak beli fon baru. tapi tengok la dulu macam mana. retro saya ni elok lagi kot walaupun ianya memang retro.

jadi, itulah kisah weekdays saya. heh. berjaya jugak qada semua cerita yang tak diupdate dalam satu post. dan erm..tolong doakan saya dapat pelajar yang cukup untuk buka kelas tuisyen ek? nanti saya belanja kalian kasih sayang yang banyak. hehehe. boleh kan? ;)

Friday, June 18, 2010

cari kerja.

cuti kali ni amat bosan. serius bosan. saya tataw nak buat apa di rumah. lantas saya fikir nak cari kerja. tapi nak kerja apa ea? bermacam jenis pekerjaan muncul di kepala saya. antaranya seperti berikut:

- cikgu tadika
- cikgu tuisyen bahasa inggeris
- cikgu ganti di sekolah
- personal tutor untuk mengajar bahasa inggeris
- kerja part time di mcD atau kfc
- buat business online

oh. pilihannya memang banyak. tapi saya tak boleh nak decide sebab macam banyak halangan je untuk semua kerja tu. lagi-lagi klo yang memerlukan saya bekerja pada weekdays. urm. cemana ea? haish. penat pikir. charil, ko ada idea tak ak harus kerja apa? heh. any additional ideas are most welcomed.

selain bosan, saya memang nak kerja sebab cash outflow skrg berada di tahap yang membimbangkan. saya perlu bekerja untuk menyeimbangkan cash outflow tu. huhu. harap-harap tak lama lagi i'll get the job. if not any of the stated above, jadi cashier di cc pun boleh lah. sambil kerja boleh main fb. muahaha. *ketawa jahat* sape-sape yang duk klantan yang ada kerja sesuai untuk ditawarkan kepada saya, sila inform ok? thanx. =D

ini antara sebab kenapa sy syg mama byk2. =)

mama pesan pada saya:

"jangan sekadar jadi orang islam. tapi jadi orang yang beriman. hari ini orang islam memang banyak. jenguk i/c semua melayu di malaysia. semua mereka adalah islam. tapi bukan semua mereka adalah islam yang beriman. nak jadi islam senang. tapi nak jadi orang islam yang benar-benar beriman itu susah. tapi di sebalik kesusahan tu ada ganjaran bersar yang sedang menanti..syurga Ilahi.."

semoga kita semua akan tergolong dlm golongan insan terpilih yang beroleh syurgaNya.
insya-Allah..


p/s:
saya hutang post hari jadi dengan mish Q dan ell.
bayar tahun depan boleh?
;)

Tuesday, June 8, 2010

hari ini dan hari esok.

hari ini:

hari ini cik marini mengalami masalah emosi yang kritikal. ergh. asyik maw emo saja. asyik maw sentap saje. asyik maw marahmarah orang, tenkingtengking orang. haish. haish. ini tak bagus. amat tak bagus. lantas, diambil keputusan untuk berkurung dalam bilik saja lepas tolong mama masak. yalah, saya tak boleh berdepan dengan manusia. rasa macam nak bunuh semua orang hari ni. urrghhh~ tak faham. amat lah tak faham dengan ketidak stabilan emosi yang sedang melanda. kenepakah? kenapakah? erm..dalam marahmarah itu, masih ada part yang emotional juga. sesudah bosan menonton how i met your mother, saya belekbelek gambar-gambar saya sewaktu di ipip. erm, amat nostalgic. dear teslians, i'm missing u people. terribly. sobs! :(( lagilagi cik farah dengan cik deeba: cinta hati intan payung kesayangan saya. rindu maw spend time dengan mereka. begitu juga dengan mish qish, melur jasmeen dan alya bucuk. rindu lah! pada k.long, jamie dengan si phani kecik, erm...rindu juga. tak lupa, saya turut merindui charil, chn'g dan sudah semestinya - IZZUL! guu~ tade sape nak buli saya lagi rumah...bosan lah..... :((

hari esok:

result akan diumumkan esok. ya, esok. guu~ takut lah. tapi dalam takut ada perasaan feelingless juga. oh, amat tidak normal. mungkin terlebih cuak sangat da saya ni. harapannya, esok berlalu dengan cepat dan lancar. semoga kesemua 52 orang kami: TeSL Cohort 2 IPGM Ipoh Campus akan lulus dan dapat melanjutkan pengajian kami ke warwick tanpa sebarang aral melintang. amin....kepada yang membaca post ini, mohon doakan kejayaan kami ya? doa anda tiadak akn siasia. pulangnya kami ke malaysia nanti, mungkin akan mendidik adikadik atau anakanak anda juga. heheh. :)

nota kaki:
saya percaya kalau jodoh dan pertemuan itu sudah tercatat di luh mahfuz. segalanya sudah termaktub di sana. kalau sememangnya ia telah ditakdirkan, saat itu pasti akan hadir satu hari nanti - meskipun bukan hari ini.