Friday, June 25, 2010

weekdays yg best.

thank you to miss nur syamimi bt kamarudin.
weekdays saya minggu ni jadi sangat warna-warni.
dan adventurous. heh.

mula dengan AHAD.
untuk kali pertama dalam hidup saya, saya drive sampai ke kb mall. jauh tu ok dari pasir mas. seumur hidup ini, saya drive tak permah lebih dari pasar besar yang tak sampai 10 minit pun dari rumah. tiba-tiba boleh sampai ke kb mall. hehe. memang menakjubkan. keajaiban itu tak mungkin terjadi tanpa sokongan, dorongan dan panduan daripada cik mimi. dan jugak puan sri asseela dan dr. aimuni. hehe. erm, next time nak angkut mereka ke rantau panjang la pulak. heh.

seterusnya ISNIN.
isnin hari yang tak best. sebab saya terlibat dengan kemalangan kecil. ada budak sekolah telah merempuh kancil kecik yang saya pandu lalu menyebabkan kereta itu kemek. dengan teruk. huhu. saya yang panik tak taw nak react macam mana. budak tu hidup pun saya da cukup-cukup bersyukur. rasa trauma sekejap nak drive.

kemudian, SELASA.
saya, mimi, c-la, aimuni, fatima and 4 other boys gi picnic di erm..satu air terjun yang telah saya lupa namanya. tujuan utama picnic tu adalah supaya cik muni yang akan ke india tak lama lagi dapat bersua muka bertentang mata dengan sahabat-sahabat saya yang lain-lain ni. picnic tu okay jugak la. banyak ketupat kami masak hari tu. lagi banyak dari makanan yang kami bawa rasanya. hoh. patut la semua makan sikit je. kenyang makan ketupat agaknya. huhu. tentang picnic ni ada part yang adventurous jugak. banyak yang adventurous. tapi yang terpaling adventurous adalah sewaktu kereta kancil yang dipandu oleh sahabat saya pecah tayar belakangnya. uish. memang suspen la. da la pecah depan kilang getah. memang seronok jugak lah lepak di tepi highway sambil menghirup oksigen berbau sementara menunggu tayar yang pecah itu ditukar. nasib baik ada tayar spare..kalau tak, memang berkelah di tepi highway la kami agaknya..

kemudian lagi, RABU.
hari rabu saya keluar untuk job hunting dengan mimi. dari pasir mas sampai ke kota bharu. tapi sebab trauma pasal kejadian hari isnin tu, saya bagi dia je yang drive. penat lah job hunting ni. keluar pukul 11. balik pukul 4. tapi satu kerja pun tak dapat. huhu. akhirnya, saya decide untuk buat tuisyen di rumah sendiri. lebih mudah dan praktikal. pelajar sasaran da ada. kena tunggu ahad nanti untuk confirm kan semuanya. harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. insya-Allah..

hari semalam, KHAMIS.
khamis, mimi ajak keluar lepak lagi di warung mak su. kalau di pasir mas, warung ni memang famous. walaupun warung, tapi high standard. ada serve western food taw. memang mantap. tapi sebab da janji dengan abah untuk ikut keluar dengan family petang tu, saya tak jadi pergi. erm, sedih. kalu tak boleh jumpa cik muni dengan c-la lagi. haish. kalau tak jumpa sekarang, entah bila lagi boleh jumpa mereka. erm, yang best pasal semalam ialah abah belanja pizza. yummy! dan abah bawak survey handfon. best3. ingat nak beli fon baru. tapi tengok la dulu macam mana. retro saya ni elok lagi kot walaupun ianya memang retro.

jadi, itulah kisah weekdays saya. heh. berjaya jugak qada semua cerita yang tak diupdate dalam satu post. dan erm..tolong doakan saya dapat pelajar yang cukup untuk buka kelas tuisyen ek? nanti saya belanja kalian kasih sayang yang banyak. hehehe. boleh kan? ;)

3 comments:

assilla shaeera said...

hahahhaha.. kte p jeram linang la cik fatin 0ii..
h0liday yg srn0k brsme kwn2..
slpas hmpir 2 taun k0t x brtemu..

Shahril said...

Deep, sile bagitau kawanmu ini
bahawa die sangat ngekk...
sekian...

aPpLePiE said...

cla:
huhu. btol 2 la..oh, skrg ak igt blk dh. haha

charil:
knp kah anda berkata sedemikian rupa?