assalamualaikum.
berpagipagi di bumi yang sudah sekian ketika dirindui,
bahagia yang dirasa tak tergambar dek kata.
malaysia agak panas.
err. sangat panas.
fuh. fuh.
tapi kasih sayang yang mencurahcurah di sini
mengalirkan rasa sejuk di hati.
sungguh:
home is where the heart belongs.
♥
perjalanan pulang sangat lancar,
alhamdulillah.
meskipun agak segan memakai kasut justin bieber,
tabah juga menapak demi adik kesayangan.
ketibaan di klia disambut oleh pegawai kastam sahaja.
heh.
setelah agak petang, barulah dijemput pulang ke rumah che za.
nenek sudah siap masakkan macammacam makanan untuk saya.
ouch!
terharu sungguh.
T____T
malamnya balik ke klia.
menyambung perjalanan pulang ke kelantan.
tiba di kelantan sekitar 11.30 malam.
penat sangat sampaikan sepanjang sejam penerbangan
saya tidur sahaja.
tapi bila nampak saja wajahwajah kesayangan di ruang ketibaan,
langsung hilang segala penat dan mengantuk yang ditahan.
belum sudah mendigest makanan,
(sudah 5 atau 6 kali makan sebelum naik flight ke kelantan)
abah singgah di restoran untuk supper.
hoh, makan lagi.
mama order segala makanan yang ada dalam senarai craving saya:
nasi goreng ikan masin, kuey teow kungfu, sate,
dan air bandung.
sampai di rumah,
terus adikadik geledah bagasi amek barang masingmasing.
mamabah pun turut serta.
tengok gembira mereka,
hilang lelah saya galas beg 6.5 kg sepanjang hari.
rasa serabut packing pun lupa juga.
kepulangan sehelai sepinggang juga saya tak peduli.
bangun pagi seawal jam [okay, lewat sebenarnya] 6.45.
dan terus tak tidur sampai ke petang tanpa ada rasa mengantuk yang mengganggu gugat.
wah!
ini petanda positif kalau kiranya saya bebas dari simptom jetlag.
alhamdulillah.
:DD
memandangkan hari ini hari bekerja,
saya jadi berdua dengan cik tipah saja di rumah.
tak betah bersendirian,
terus mengajak che rah ke rantau panjang.
niatnya maw shopping baju untuk dipakai sepanjang cuti ini.
tapi, cuaca panas yang amat menghalang proses membelibelah dengan banyak.
sudahnya, saya lebih banyak membeli makanan yang ada dalam list makanan-mesti-makan lalu terus pulang.
segala puji-pujian pada Allah S.W.T.
yang mengalirkan nikmat dan rahmatNya
melalui orangorang yang saya sayangi.
moga kepulangan ini juga akan dikira sebagai ibadah.
selamat bercuti untuk saya dan yang lainlain juga.
:D
melalui orangorang yang saya sayangi.
moga kepulangan ini juga akan dikira sebagai ibadah.
selamat bercuti untuk saya dan yang lainlain juga.
:D
5 comments:
waaaaaa best-nye suda sampai malaysia! :D happy holiday, Mayeni. cuti Mayeni bape bulan ye?
아이구~tiba-tiba lak homesick bila baca n3 awak ni..huhu..
kalau semalam hujan turun mencurah-curah di bumi suwon, pagi ni cuaca cerah di luar, tapi hujan di dalam bilik! ㅠ.ㅠ
(ok,sila abaikan luahan rasa ini. macam tak sesuai untuk yang sedang bergumbira^^)
selamat bercuti dan selamat meluangkan masa bersama family tersayang dan tercinta.:D
I miss Malaysia. I miss my family. I miss u indeed =)
arina:
hee. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. :D
thanks. arina pun slmt bercuti juga. hee. marini cuti 3 bulan lebih. :D
nadzipah:
hehe. sabar. sabar. Allah da tetapkan berada di Suwon itu terbaik untuk awak. dan berada di bumi kelantan ini lah yang terbaik untuk saya.jangan sedihsedih taw. nanti masa awak akan tiba juga. :)
*hugs*
thanks dear. & i miss u too, a lot!
selamat berbahagia mok cik patengg. haha :DD
mekasih ya omma. hihi! :DD
Post a Comment