Saturday, November 26, 2011

catatan rambang.

assalamualaikum.

1. ummah ini tidak akan mampu bangkit selagi mana rijalnya lebih banyak menangis sendu kerana wanita atau berangan-angan tentang mereka berbanding rukuk dan sujud pada Allah Taala.

2. saya teringat-ingat kata-kata seorang akh sewaktu berdaurah di nottingham. intipati ucapannya adalah gerak kerjanya di jalan dakwah ini merupakan satu jual beli dengan Allah. dia menginfakkan harta, masa dan dirinya di jalan dakwah untuk melihat anaknya membesar dalam keadaan ummah yang lebih baik - sambil matanya melirik anak lelakinya yang berlari-lari sekitar dewan.

3. alhamdulillah. sudah mampu melepaskan separuh dunia yang sepertinya sebelum ini kembali membalut hati. kalau lama saya tidak menulis, itu tandanya saya sedang 'kering': kering iman, kering himmah, kering hamasah. kefuturan adalah mimpi ngeri bagi saya, senantiasa. tetapi saya masih belum mampu lari darinya bahkan larut pula dalam kefuturan itu. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.

4. sejak akhir-akhir ini, saya banyak mendapat tarbiyyah tentang 'being judgemental'. sungguh, manusia tidak punya hak untuk judge orang lain. jangan memandang serong pada sahabat-sahabat yang pada pandangan mata sedang melakukan dosa. refleksi diri: pada satu ketika, saya juga pernah melakukan hal yang sama. saya juga berdosa. dengan rahmat dan belas kasih Allah jua saya mampu meninggalkan maksiat-maksiat itu. segala kebaikan yang berlaku ke atas saya adalah atas iradahNya. entah mungkin esok lusa, atau sebentar lagi sahaja dia akan menjadi seseorang yang lebih baik berbanding saya.

5. sudah lebih sebulan dia pergi. saya redha, insya-Allah. tapi rindu. lucu kan bilamana orang tersebut sudah tiada, baru saya sedar betapa sebenarnya saya menyayangi dia. hurm.

6. awal Muharram 1433H. selamat tahun baru, kalian! :D saya semakin menghargai masa kerana saya sedar entah berapa sedikit lagi umur saya yang tersisa. saya tidak perlukan umur yang panjang, saya cuma mohon Allah kurniakan saya usia yang berkah. biar pendek, tak mengapa. asal cukup amalan untuk Dia izin saya melihat wajahNya di syurga. Allahumma amin. :')

7. adik kedua saya berumur 15 tahun hari ini. selamat hari jadi, ayih. semoga cemerlang dunia akhirat. aten sayang ayih infinity. *hugs.kisses.&prayers*

3 comments:

Nadzipah said...

Fatin sayang, futur itu akan sentiasa menyelubungi kita. Namun jangan pernah berputus asa untuk terus bangkit darinya. -Mencari cahaya. Saya pun sama juga.

Saya akan sentiasa doakan awak. Semoga terus kuat dan tabah melalui hari-hari yang mendatang. Jalan ke syurga itu sememangnya penuh dengan onak dan duri. Itu memang sudah lumrah.

Yang nyata, apabila matlamat kita jelas, kita akan terus menapak ke hadapan.- Menggapai syurga impian. Walaupun kaki dan badan bersalut luka.

Selamat tahun baru 1433 Hijrah, Fatin. Semoga hari ini dan hari yang mendatang kita makin menjadi lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. Insya-ALLAH.


Missing you, dear.

fatinmarini said...

nadzipah, sayang sayang sayang. apparently, satu sayang tak cukup sebab saya memang sayang awak banyak sangat. ;)

nak cakp satu benda je:
i'm touched. really. T___T

jzkk atas doanya, sayang. moga malaikat mendoakan yang lebih baik lagi untuk awak. :)

*hugs*

Mohamad Shahrilniza said...

Akhirnya dia berceloteh..yeszaa