assalamualaikum.
selamat tahun baru, sahabat.
:)
pagi tadi saya tidak terasa pun untuk menulis post tahun baru sebagaimana tahuntahun yang sebelumnya.
aneh, hari ini saya rasakan seperti harihari yang lain juga.
apa mungkin ini yang dipanggil orang sebagai midlife crisis?
err.
namun, petang tadi mendapat khabar mengujakan dari seorang teman baik di zaman persekolahan. teman berjalan, duduk makan semeja di kantin sewaktu di tingkatan dua. kami dari kelas yang berbeza. kerana itu hanya bersua muka pada waktu rehat sahaja.
[click gambar untuk bacaan lebih jelas] |
pengajaran:
ringanringankan mulut untuk bertanya bila nampak teman baik pakai cincin segala. bukan semua orang pakai cincin tanda cinta mamabah macam saya.
haish!
saya kira berita ini jadi pembuka tahun baru yang baik untuk saya.
excited sungguh bila ada sahabat baik saya membina baitul muslim seawal usia 22.
saya sangat gembira untuknya,
meskipun ia bermakna saya sudah kurang seorang teman untuk beraktiviti waktu summer break nanti.
eh,
tapi, siapa tahu pulangnya saya nanti Allah hadiahkan anak saudara sebelum terbang pulang ke UK?
*mata bersinarsinar*
moga Allah permudahkan segalanya buat saya sepanjang tahun baru ini,
dan kalian juga.
:)
No comments:
Post a Comment