assalamualaikum.
kami bicara tanpa nama. berteman kopi dan buku Memali. kami bicara segala: isu politik, ekonomi, pendidikan, budaya, falsafah-falsafah hidup dan sedikit peribadi. 2 jam 30 minit saya menadah mutiara katanya. dia adalah insan biasa yang luar biasa kerana kebijaksanaannya. tapi, yang paling uniknya adalah: kami bicara tanpa nama, mengenali masing-masing sebagai 'stranger' semata.
sepuluh pesannya dia:
- Rahsia kejayaan ada dua: sabar dan amanah. Hiduplah dengan keduanya, kamu pasti berjaya.
- Seberjaya apa pun kita, hiduplah dengan berpijak di bumi. Jangan pernah meninggi diri. Kalau kaya, jangan riak, apalagi menunjuk-nunjuk. Kamu fikir, bilamana segala kekayaanmu dipertontonkan, kamu bisa hidup tenang dan aman? Macam kita lepak-lepak bersahaja petang ni. Kamu rasa Tony Fernandez pernah lepak Starbucks tanpa bodyguard?
- Walaupun satu sen. Ya, walaupun satu sen, jangan pernah makan duit haram. Biar kita hidup tak senang, asal rezeki tak hilang berkat.
- Keluar dari kepompong kamu. Buka minda, kamu akan dapati kamu menjadi seorang yang baru.
- Jadi manusia, perlu ada identiti sendiri. Orang yang mudah dapat culture shock adalah kerana mereka tak punya identiti, tak teguh jati diri.
- Kalau kamu berjaya, 50% kejayaan itu adalah kerana usaha dan doa kedua ibu-bapamu. Berterima kasihlah kepada mereka. Anak yang melupakan ibu bapa setelah berjaya adalah manusia yang paling sombong dan tidak tahu menghargai.
- Read politics, understand politics. Bukan untuk kita jadi politician. Tapi sebagai cara kita yang marhaen ni nak jaga negara.
- Kamu pelajar scholar luar negeri? Nanti baliklah berbakti di sini. Lambakan expertise kita di luar sana, tak ada untungnya buat negara. Kalau bukan anak bangsa sendiri yang memajukan Malaysia, kita nak harapkan siapa?
- Pemodenan mampu mencalarkan identiti jika tak diselari dengan membumikan agama dalam diri masyrakat kita. Kenapa tidak belajar dari sirah Nabi? Baginda bina tauhid, kemudian baru bina negara. Kita sibuk nak 'meng-eropahkan' tanah Malaysia sehingga melupai pembangunan rohani rakyatnya. Sampai masyarakat koyak rabak pun, kita dah lupa cara nak cantumkannya kembali.
- Jaga akhlak, jaga peribadi. Perempuan ni kadang-kadang sibuk nak cantikkan rupa, tapi akhlak entah ke mana. Ya, lelaki memang pandang perempuan cantik. Tapi mereka pilih yang berakhlak baik.
betullah, tarbiyyah Allah tu ada di mana-mana. tidak dihantarkan stranger ini dengan sia-sia melainkan untuk saya belajar daripadanya. *senyum* it is indeed an evening to remember.
No comments:
Post a Comment