assalamualaikum.
"Keluarga berlegar-legar dalam kehidupan kita; ada masanya mereka memberi, ada masanya mereka menerima. Ada masa mereka mengukuhkan, ada masa mereka melemahkan. Semuanya bergantung kepada ketepatan kita pada meletakkan diri, keluarga, perjuangan dan kehidupan di posisi-posisi yang betul - posisi yang sentiasa di tempat kedua. Selepas yang pertamanya hanyalah Dia."
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu
sesuatu terjadi seminggu yang lalu. sesuatu yang menyebabkan banyak air mata ditumpahkan dalam rumah ini. sesuatu yang meluluhkan hati segenap penghuninya. sesuatu yang menyedarkan saya: tiada patut sesuatu yang lain diletakkan sebagai yang pertama dalam hati selain Dia!
keluarga itu antara aset yang paling berharga dalam dunia, perkara yang paling kita cinta. namun cintailah sekadarnya sebagai yang nombor dua selepas Dia. sekurangnya, jika semua pergi meninggalkan kita, tidak dirasakan sudah kiamat dunia kerana kita masih ada Dia. jika ada yang menyakiti, kita ada Dia yang sentiasa melindungi. sekiranya ada yang berbuat salah, kita rendah hati untuk memaafkan kerana kita sedar Dia sentiasa memaafkan hamba-hambaNya termasuk kita.
belajarlah untuk hidup dengan hati yang diserahkan hanya padaNya, yang mencintai selainNya dengan pengharapan untuk mendapatkan cintaNya semata.
No comments:
Post a Comment