Sunday, February 28, 2010

saya cikgu fatin. :)

assalamualaikum.

pada hari ini, iaitu 28 feb 2010, bermulalah program SBE saya yg dijalankan di SMK Perempuan. saya tiba di sekolah tebabit pada jam 7.15 pagi. memang awal untuk seorang fatin marini yang selalunya lambat ke kelas. heh. setibanya di sana, saya ke pejabat untuk menemui penolong kanan pentadbiran. di pejabat, saya bertemu dengan 3 orang senior dari upsi yang melapor diri untuk praktikum pada hari ini juga. oh, saya rasa amat kerdil. mereka sudah berumur 24, 25, dan 26. sedangkan saya baru nak menjangkau 19 tahun. heh.

hari ini hari ahad. maksudnya, hari perhimpunan. untungnya, kami tak perlu menghadiri perhimpunan itu kerana sehingga jam 8.00, kami tak sempat lapor diri lagi pun sebab pkp amat sibuk. oleh itu, kami membawa diri ke kantin. di situ saya banyak diam. dengar saja mereka bercerita. oh, hal orang dewasa budak2 tak boleh masuk campur. hahaha! sejam kemudian, senior2 itu dapat arahan untuk ke makmal komputer. lalu, tinggallah saya seorang diri berjalan-jalan ke gazebo berhampiran. oh, cantik. ada pokok-pokok. ada air terjun. dan..ada pakcik sedang sapu sampah. dia lah yang menjadi teman berbual saya pagi tadi. hee. terima kasih pakcik! :D

perhimpunan pagi tadi ada dua sesi - perasmian penutup bulan disiplin dan juga majlis anugerah kokurikulum dan penyampaian biasiswa. selepas habis sesi pertama, saya terserempak dengan abah yg sedang dalam perjalanan ke kantin. mungkin kerana terlihat muka sedih anaknya yang kesepian, abah menyuruh saya beredar ke biliknya dan melepak di sana. oh, best! bilik abah ada air-cond. lalu tidurlah saya dengan nyaman selama sejam. haha.

bila perhimpunan sudah tamat, saya bergerak untuk bertemu dengan pkp. kemudian saya dibawa ke bilik guru untuk bertemu dengan mentor saya. namanya puan nik anizah. dia memang peramah. tapi saya segan. jadi, tak boleh nak cakap banyak-banyak. hee. selepas berbincang, kami plan aktiviti untuk saya. esok, saya akan buat observation di kelas form 1. hari rabu pula, masuk buat observation di kelas f4. ok la 2. usai berbincang, saya bergerak ke bilik unit peperiksaan, tempat di mana saya dan senior-senior yang buat praktikum tu ditempatkan. tapi, bila saya masuk bilik tu, tak kelihatan pulak kelibat diorang. saya rasa diorang da balik kot. oh, tak aci!

pukul 12, abah panggil saya. ada guru english minta saya ganti kelas form 1. erk. nervous pada tahap petala langit ke 7. saya memang tak pandai handle budak-budak. pengalaman yang saya ada cuma ganti mama ajar budak darjah 5 tuisyen. dan itu pun cuma 15 orang je. di depan saya sekarang ada 20++. gulp, telan air liur.

bila saya msuk kelas, diorang pandang saya dari pintu masuk sehingga saya duduk di meja guru. huh, memang seram. "Erm, Assalamualaikum. Saya Cikgu Fatin." heh. time introduce diri pun sudah nerves. budak-budak tu jawab salam lalu diam. lepas tu saya tanya, "cikgu maznah ada bagi latihan kan? jadi, sila buat kerja masing-masing ea." lepas habiskan ayat tu, saya duduk. alamak! saya terlupa. seorang cikgu yang hebat dalam class management tak akan duduk goyang kaki dalam kelas. opss! sudah salah langkah. dan dua saat lepas saya duduk memang disaster. kaki-kaki kecil itu sudah mula berlegar-legar di dalam kelas. dan mulut-mulut mereka mula mengeluarkan bunyi dengan kuat. aduh! saya panik. macam mana nak tenteramkan budak-budak ni? huhu.

saya melangkah dengan konfiden dan berdiri di tengah-tengah kelas. "Assalamualaikum.......saya ada kat depan ni. boleh bagi perhatian tak?" tanya saya dengan intonasi yang biasa-biasa saja. saya tak marah langsung. cuma cuak. huhu. "waalaikumussalam kak..." jawab mereka dengan nada yang saya faham sebagai sinical. hoho. suka hati korang lah. "korang, buat latihan tu. jangan bising." kata saya. habis je saya mengucapkan ayat tersebut, mereka bising lagi. kali ni kerana gelakkan saya. di hujung sana, "kak! bla bla bla.." di hujung sini, "kak! bla bla bla.." di belakang sana pun sama. oh, apakah??? panas. panas. saya mula berpeluh. bukan sebab marah. tapi panik. macam mana nak control budak-budak kecik ni? kalau nyamuk, boleh jugak saya guna shieldtox. tapi ini...???? bingung 10 saat. huhuh.

tak cukup dengan itu. 2 orang pelajar dari tingkat bawah muncul depan pintu kelas saya. "hai kak!" *senyum kambing* "nak apa?" tanya saya. "nak jumpa kawan boleh?" tanya mereka. "tak boleh. gi balik kelas awak semula." jawab saya. "oh, tak. tak. saya nak jumpa adik saya." "haha. mengada kau budak." kata hati saya. "mana ada adik awak kat sini." mulut saya bersuara. tiba-tiba daripada tingkap, saya nampak ada badan kecil kedek-kedek menuju ke depan. "awak tu. saya nampak awak." kata saya. satu kelas gelak. suka hati korang lah. "ni la adik saya." kata budak kecik yang berdiri di depan kelas. tiba-tiba kedengaran satu suara dari dalam kelas, "abang dan adik apa macam tu. satu putih. satu hitam." "haha. memang sengal kau budak." satu kelas terkekek-kekek ketawa. haha. suka hati. suka hati. gelak la korang puas-puas. saya kat depan ni dah pening dah.

setelah berjumpa dengan 'adik'nya, saya ingat pelajar tadi nak beredar. tapi dia masih lagi berdiri di depan pintu. dan mengeluarkan keropok ikan bilis dari poket seluarnya. "akak, sebenarnya saya naik atas sebab nak makan keropok ni. kat bawah tak boleh makan. ada cikgu. nak sikit?" adeh. sakit kepala layan budak kecik ni. nampak macam dorg nak kenakan saya je. "sudah la tu awak. gi balik kelas. kawan-kawan awak nak belajar ni." kata saya dengan senyuman yang paling manis. hoho. nasib baik berkesan. "ok. bye kak." *senyum kambing lagi* haha, awak memang comel budak kecik. suka hatilah. fuh..selamat. selesai satu masalah.

"kak, tak pandai la nak buat soalan ni." kata seorang pelajar lelaki. "awak tak taw buat soalan mana?" tanya saya. "semua!" jawab mereka serentak. dush! *marini ketuk dahi sendiri* korang memang da berpakat ke apa? huhuhu. "yelah. kita bincang ea." jawab saya dengan suara setenang air di kali. hoho. padahal hati sudah berkecamuk. dan otak da rasa serabut. ades. saya pun mula membaca soalan. "dan jawapan bagi solan pertama ialah ..em.." "hahaha. kakak pun xtaw." ceh. gelakkan saya. orang sedang pilih jawapan. bukan xtaw. tercabar ego seorang guru. hoho. "eyp, bukan saya xtaw la. jawapan bagi soalan pertama ialah a. sebab passage ni dalam past tense. kita dapat lihat melalui..." "kak, x yah cakap sebab dia. kami taw dah. hahahah" huu. terkedu saya apabila cakap saya dipotong sebegitu. suka hati korang lah. orang nak share ilmu ni tak nak. huhu. lalu saya pun proceed memberikan jawapan kepada mereka sebab mereka memang tak nak bincang pun. sekali lagi, suka hati koranglah. huhu.

di akhir perbincangan, ada pelajar perempuan memanggil saya ke tempat duduk mereka bertanyakan vocabulary dan jugak grammar. ok la. boleh la saya explain macam yang diajar oleh mr lim. hehehe. lagi best sebab dorang faham. hehehe. oh, tak patut bangga diri. itu cuma grammar f1. klo lulus mengajar f5, baru boleh bangga kan? heh. di dalam kebanggaan itu, saya fikir pelajar-pelajar lelaki sudah habis kenakan saya. rupanya tidak. sewaktu saya melalui meja mereka, seorang pelajar berkata, "akak, kalau salah kita bagitaw cikgu yang akak kasi jawapan ni." kedengaran rakan-rakannya ketawa. saya cuma senyum je. tapi..uwuwuw. sampai hati. erm..suka hati lah. kalau betul semua jawapan saya tadi, alhamdulillah. kalau salah, nampaknya saya kena study grammar dengan lebih lagi. itu saja konklusinya. err..tapi mesti malu dengan puan maznah. kata nak fly g uk. tapi grammar f1 pun salah. memang hampeh. ades. *ketuk dahi lagi skali*

pukul 12.20, aunty saya masuk kelas untuk ajak saya balik. oh, sayang che la. che la memang saviour aten hari ni. heh. bila keluar, saya senyum je pada diorang. malas nak cakap banyak lah. dalam hati saya terdetik, "kelas 1 tabah, korang memang ajar saya untuk jadi guru yang tabah." hoho.

tamat.


nota:
dialog saya
dialog pelajar satu tabah
dialog budak comel depan pintu
suara hati saya

Saturday, February 27, 2010

emergency.

my grandmother was hospitalized yesterday due to heart attack.
currently, her condition is not so good.
she is admitted to the ICU because she does not only have heart problem but she also faces some complication with her kidneys and lungs.
i pray hard that everything would be fine.
things ought to be fine.
or else, only HE knows what's gonna happen next.
huhu.
);


Friday, February 26, 2010

home! again~ :D

assalamualaikum.
:D

pengumuman:
cik fatin marini kini dengan selamatnya sudah menjejakkan kaki di rumah beliau.
dan beliau tidak pulang dengan tangan kosong.
tapi membawa bersama i'm-craving-for-these-food-and-i-definitely-must-have-them list.
hoho~
beliau memang banyak makan - memang tak dinafikan.
oh, lupa pulak nak cakap.
kepulangan beliau kali ini adalah bersempena dengan program SBE (school based experience).
dan tak lain tak bukan, beliau telah memilih sekolah tempat abahnya mengajar.
SMK PEREMPUAN, PASIR MAS.
[jgn tertipu dgn nama tersebut. di sekolah itu ada pelajar lelaki]
hmm..bukan sebab beliau anak manja ya.
tetapi sekadar memenuhi objektif pihak maktab membenarkan kami menjalankan SBE di kampung halaman masing-masing iaitu :
1. membolehkan para guru pelatih mendapat transport dgn mudah.
2. keselamatan para guru pelatih lebih terjamin
bila beliau memilih sekolah abahnya, sudah tentu pergi dan balik bersama abah.
jesteru, jaminan keselematan meningkat sehingga 99.9%.
hehehe.
:D
hah, ada lagi.
di samping i'm-craving-for-these-food-and-i-definitely-must-have-them list, beliau turut membawa pulang 2 assignment dan a-long-to-do list yang mesti disempurnakan.
harap-harap beliau berjaya.
yelah, susah sikit nak buat assignment dan study bila takde kawan-kawan around.
dia macam..emm..x de inspirasi.
huhu~
tapi, bak kata nako,
"when your friends are not there not burn you up, you just have to set yourself on fire."
jadi, apa susah sangat.
inspire diri sendiri la ek cik fatin marini.
semoga beliau berjaya.
amin.
kepada beliau dan jugak kawan-kawan beliau,
selamat menempuhi 2 minggu SBE dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
dan selamat menyiapkan task SBE dan assignment SS dengan jayanya jugak.
dan paling penting,
JANGAN LUPA STUDY!!!
masa sudah semakin suntuk.
ingat pesan mr. yus,
"face the book. not facebook."
heh, ok sir. marini does remember that.
sampai jumpa lagi.
saya sayang kawan-kawan saya.


nota kaki:
-minggu yang membingungkan tapi best. :)

-saya semakin cepat lupa. kenapa ya?

Saturday, February 20, 2010

allignment lari lagi.

assalamualaikum.
allignment lari lagi. kali ini allignment saya terbabas jauh. sudah amat sangat jauh. tapi saya nampak jalan pintas untuk mengejar dan membetulkannya. patutkah? patutkah? saya rasa jawapannya patut. tapi, saya tidak boleh jadi selfish. saya hidup bukan utk diri sendiri sahaja. ya, saya memang ignorant. tapi saya cuma jadi ignorant pada mereka yg tiada kaitan dengan kehidupan saya, bukan kepada mereka yang dekat di hati saya. jadi, bagaimanakah? sekali lagi saya teringat ayat itu:
"makruh mendahulukan orang lain dalam ibadah."
tapi..........huhu. sesungguhnya jalan pintas itu amat payah. semoga Dia menghadirkan kekuatan dalam diri saya untuk membetulkan keadaan. amin.
******
nota ringkas:
1. hidup ini penuh dgn kejutan
2. otak kusut masai.
3. esok balik ipoh. hurm~

how to forget the one you love?

somebody asked me this question a few days ago. and sincerely, i dont have any answer for it. this is because i personally think that it is impossible for us to forget the one whom we love. to get over the feeling, i dont think forgetting the person is the best way. the more you try to forget him, i think the more will you think of him. so, the most efficient way is letting go and moving on. but hey, talking is far much easier than doing so. believe me. i'm talking from experience. huhu.

well, i've ever written about this once. you can read it here. may it help. :)

Friday, February 19, 2010

cuti CNY.

assalamualaikum. :)

lama sudah tak update blog. rindu. rindu. rindu sgt. cuti da nak abes. dan tade apa yang menarik pun tentang cuti ni. so far, perancangan nak study mov tinggal perancangan semata-mata. assignment ie takde progress. manakala homework ldv lena diulit mimpi dalam fail kelabu itu. hahaha. bagus la marini. exam tak lama lagi. tapi masih tak sedar diri. satu dush untuk diri sendiri. *dush!*

tade yg menarik pun tentang cuti ni. banyak masa dihabiskan utk lepak dengan family. satu hari saya habiskan dengan fatihah. huu~ saya rindu dia banyak2. kemudian semalam keluar mendapatkan rawatan resdung. huhu! serius sakit sehingga mengeluarkan air mata secara tak sengaja. oh, lupa pulak. ada juga kami buat family dinner. seronok! sebab amek gambar guna dslr k.long. hehe. best3. sape2, tolong hadiahkan saya encik dslr november nanti boleh? hee~ ;)

emm..ok. saya rasa itu sajalah kisah cuti CNY saya. tak sabar nk balik maktab. maw peluk cium cik deep adeeba juga farah azwa. dan mish qist juga. oh, saya rindu kamu banyak2 kesayanganS! ada cerita2 best untuk dikongsi ni. hehehe. haa. tak sabar jugak nk tgk muka deep saat bertemu dgn kawan beep2 nanti. hahak. oh, sy sgt excited! ^^

sampai ketemu lagi. doakan saya selamat siapkan ie.
:D

nota ringkas:
1. semoga batuk ni cepat hilang. penat sudah ni.
2. kena makan ubat hari2 pulak lepas ni. xbest!
3.bila petikan gitar bunyi mcm piano...

Monday, February 8, 2010

fikir lagi. fikir lagi. fikir lagi.

alhamdulillah. lepas banyak2 hari yang gembira, hari utk saya KSE datang jugak. itu maksudnya saya masih punya perasaan lain selain dari gembira dan positif semata-mata. banyak benda yang jadi akhir2 ni membuat saya berfikir. itulah marini. asyik maw fikir je. semua benda juga nak difikirkan. memang patut saya jadi pemikir terulung walaupun segala yang fikirkan hanyalah benda2 yang merapu rapik. erk.

1- ada org bercakap dgn saya tentang blog muslimah. hurm, x taw. mungkin kerana saya masih lagi bukan seorang muslimah yg sempurna. ada cacat cela di sana sini. lalu segan ingin menulis sebagaimana mereka yang indah akhlaknya. saya ada keinginan untuk jadi sebegitu. siapa tidak maw jadi perhiasan terindah di dunia kn? sekarang masih sdg cuba memperbaiki diri. insya-Allah satu hari nanti marini akan menulis sprt seorg muslimah, sebagaimana yg sepatutnya. apa pun ia, terima kasih kerana mengingatkan. :)


2- marini mengalami krisis identiti. dan ini mmg membuatkan saya amat kusut sekali. kenapa saya tidak mampu bertegas? kenapa saya selalu melanggar prinsip sendiri lalu kemudiannya menyesal? hurm. saya dah xtaw mcm mana nk betulkan kesalahan saya. semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya di kemudian hari. amin.


3- saya sudah selamat menghantar esaimen earthquake yg memeningkan itu. membuat presentation pun sudah. tapi saya amat x puas hati dgn performance saya sendiri. serius. mungkin kerana banyak fikir, otak x mampu fokus. saya rasa saya sebut 'waiting to be rescued'. tapi mereka kata saya sebut 'waiting to be survived'. dan ejaan 's.a.t.u.r.d.a.y' pula berkali2 saya sebut sebagai 'sunday', bukan 'saturday'. oh, apakah? apakah? [=_="]


4- skrg sudah 8 februari. exam 17 may nanti. ada masa 3 bulan lebih je lagi. masa sangat suntuk. dan itu memang buat saya serabut. lagi tambah serabut bila tak mampu nak fokus. extra serabut bila tengok markah2 esaimen sem 1, 2, 3 + mock exam. saya nak fly. saya mesti fly. uk itu impian saya. tapi banyak lagi yang x study. banyak lagi yang x recover. banyak lagi yang saya x taw tapi perasan macam taw. huk. tolong lah jadi lebih fokes marini. saya rindu marini versi rajin di minggu pertama januari yang lalu.


5- erm. saya sudah fikir masak2. saya harus nekad. saya perlu harus-perlu-mesti-wajib reschedule. susun semula jadual hidup saya yg berterabur ni. biar jadi sedikit selfish, saya rasa itu x mengapa. utk dapat kan sesuatu, harus korbankan sesuatu bukan? xpe lah. utk 3 bulan saje. 3 bulan je. 3 bulan je. semoga saya dapat get through final nanti. dan jejak kan kaki ke warwick. ucapan selamat untuk saya. dan rakan2 yg lain jgk. good luck marini!

Tuesday, February 2, 2010

cik marini yang pemalas. haish~

terima kasih kepada encik malas, prestasi kerajinan cik marini merudum minggu ini. huhu. ini memang sangat tak patut. saat exam semakin hampir, saat tu jugak kemalasan memuncak. dari minggu lepas lagi, sudah kurang ke library. balik kelas je mesti maw tdo. kemudian malam-malam buang masa lagi dengan main game solitaire atau tido awal. kalau takde essay, xde lagi da keinginan untuk buat revision. ada esaimen tapi x pernah rajin nak menjenguk. due date jumaat nanti. dan marini cuma baru selesai mendapatkan artikel kedua beliau. ha..ha.ha..baguslah. *sigh* apa nak jadi ni cik marini? ades.. seseorang, sila hadir untuk bagi motivasi boleh? kasi marini semangat sikit nak study. heh. cik marini memang mengada! xD