Sunday, February 28, 2010

saya cikgu fatin. :)

assalamualaikum.

pada hari ini, iaitu 28 feb 2010, bermulalah program SBE saya yg dijalankan di SMK Perempuan. saya tiba di sekolah tebabit pada jam 7.15 pagi. memang awal untuk seorang fatin marini yang selalunya lambat ke kelas. heh. setibanya di sana, saya ke pejabat untuk menemui penolong kanan pentadbiran. di pejabat, saya bertemu dengan 3 orang senior dari upsi yang melapor diri untuk praktikum pada hari ini juga. oh, saya rasa amat kerdil. mereka sudah berumur 24, 25, dan 26. sedangkan saya baru nak menjangkau 19 tahun. heh.

hari ini hari ahad. maksudnya, hari perhimpunan. untungnya, kami tak perlu menghadiri perhimpunan itu kerana sehingga jam 8.00, kami tak sempat lapor diri lagi pun sebab pkp amat sibuk. oleh itu, kami membawa diri ke kantin. di situ saya banyak diam. dengar saja mereka bercerita. oh, hal orang dewasa budak2 tak boleh masuk campur. hahaha! sejam kemudian, senior2 itu dapat arahan untuk ke makmal komputer. lalu, tinggallah saya seorang diri berjalan-jalan ke gazebo berhampiran. oh, cantik. ada pokok-pokok. ada air terjun. dan..ada pakcik sedang sapu sampah. dia lah yang menjadi teman berbual saya pagi tadi. hee. terima kasih pakcik! :D

perhimpunan pagi tadi ada dua sesi - perasmian penutup bulan disiplin dan juga majlis anugerah kokurikulum dan penyampaian biasiswa. selepas habis sesi pertama, saya terserempak dengan abah yg sedang dalam perjalanan ke kantin. mungkin kerana terlihat muka sedih anaknya yang kesepian, abah menyuruh saya beredar ke biliknya dan melepak di sana. oh, best! bilik abah ada air-cond. lalu tidurlah saya dengan nyaman selama sejam. haha.

bila perhimpunan sudah tamat, saya bergerak untuk bertemu dengan pkp. kemudian saya dibawa ke bilik guru untuk bertemu dengan mentor saya. namanya puan nik anizah. dia memang peramah. tapi saya segan. jadi, tak boleh nak cakap banyak-banyak. hee. selepas berbincang, kami plan aktiviti untuk saya. esok, saya akan buat observation di kelas form 1. hari rabu pula, masuk buat observation di kelas f4. ok la 2. usai berbincang, saya bergerak ke bilik unit peperiksaan, tempat di mana saya dan senior-senior yang buat praktikum tu ditempatkan. tapi, bila saya masuk bilik tu, tak kelihatan pulak kelibat diorang. saya rasa diorang da balik kot. oh, tak aci!

pukul 12, abah panggil saya. ada guru english minta saya ganti kelas form 1. erk. nervous pada tahap petala langit ke 7. saya memang tak pandai handle budak-budak. pengalaman yang saya ada cuma ganti mama ajar budak darjah 5 tuisyen. dan itu pun cuma 15 orang je. di depan saya sekarang ada 20++. gulp, telan air liur.

bila saya msuk kelas, diorang pandang saya dari pintu masuk sehingga saya duduk di meja guru. huh, memang seram. "Erm, Assalamualaikum. Saya Cikgu Fatin." heh. time introduce diri pun sudah nerves. budak-budak tu jawab salam lalu diam. lepas tu saya tanya, "cikgu maznah ada bagi latihan kan? jadi, sila buat kerja masing-masing ea." lepas habiskan ayat tu, saya duduk. alamak! saya terlupa. seorang cikgu yang hebat dalam class management tak akan duduk goyang kaki dalam kelas. opss! sudah salah langkah. dan dua saat lepas saya duduk memang disaster. kaki-kaki kecil itu sudah mula berlegar-legar di dalam kelas. dan mulut-mulut mereka mula mengeluarkan bunyi dengan kuat. aduh! saya panik. macam mana nak tenteramkan budak-budak ni? huhu.

saya melangkah dengan konfiden dan berdiri di tengah-tengah kelas. "Assalamualaikum.......saya ada kat depan ni. boleh bagi perhatian tak?" tanya saya dengan intonasi yang biasa-biasa saja. saya tak marah langsung. cuma cuak. huhu. "waalaikumussalam kak..." jawab mereka dengan nada yang saya faham sebagai sinical. hoho. suka hati korang lah. "korang, buat latihan tu. jangan bising." kata saya. habis je saya mengucapkan ayat tersebut, mereka bising lagi. kali ni kerana gelakkan saya. di hujung sana, "kak! bla bla bla.." di hujung sini, "kak! bla bla bla.." di belakang sana pun sama. oh, apakah??? panas. panas. saya mula berpeluh. bukan sebab marah. tapi panik. macam mana nak control budak-budak kecik ni? kalau nyamuk, boleh jugak saya guna shieldtox. tapi ini...???? bingung 10 saat. huhuh.

tak cukup dengan itu. 2 orang pelajar dari tingkat bawah muncul depan pintu kelas saya. "hai kak!" *senyum kambing* "nak apa?" tanya saya. "nak jumpa kawan boleh?" tanya mereka. "tak boleh. gi balik kelas awak semula." jawab saya. "oh, tak. tak. saya nak jumpa adik saya." "haha. mengada kau budak." kata hati saya. "mana ada adik awak kat sini." mulut saya bersuara. tiba-tiba daripada tingkap, saya nampak ada badan kecil kedek-kedek menuju ke depan. "awak tu. saya nampak awak." kata saya. satu kelas gelak. suka hati korang lah. "ni la adik saya." kata budak kecik yang berdiri di depan kelas. tiba-tiba kedengaran satu suara dari dalam kelas, "abang dan adik apa macam tu. satu putih. satu hitam." "haha. memang sengal kau budak." satu kelas terkekek-kekek ketawa. haha. suka hati. suka hati. gelak la korang puas-puas. saya kat depan ni dah pening dah.

setelah berjumpa dengan 'adik'nya, saya ingat pelajar tadi nak beredar. tapi dia masih lagi berdiri di depan pintu. dan mengeluarkan keropok ikan bilis dari poket seluarnya. "akak, sebenarnya saya naik atas sebab nak makan keropok ni. kat bawah tak boleh makan. ada cikgu. nak sikit?" adeh. sakit kepala layan budak kecik ni. nampak macam dorg nak kenakan saya je. "sudah la tu awak. gi balik kelas. kawan-kawan awak nak belajar ni." kata saya dengan senyuman yang paling manis. hoho. nasib baik berkesan. "ok. bye kak." *senyum kambing lagi* haha, awak memang comel budak kecik. suka hatilah. fuh..selamat. selesai satu masalah.

"kak, tak pandai la nak buat soalan ni." kata seorang pelajar lelaki. "awak tak taw buat soalan mana?" tanya saya. "semua!" jawab mereka serentak. dush! *marini ketuk dahi sendiri* korang memang da berpakat ke apa? huhuhu. "yelah. kita bincang ea." jawab saya dengan suara setenang air di kali. hoho. padahal hati sudah berkecamuk. dan otak da rasa serabut. ades. saya pun mula membaca soalan. "dan jawapan bagi solan pertama ialah ..em.." "hahaha. kakak pun xtaw." ceh. gelakkan saya. orang sedang pilih jawapan. bukan xtaw. tercabar ego seorang guru. hoho. "eyp, bukan saya xtaw la. jawapan bagi soalan pertama ialah a. sebab passage ni dalam past tense. kita dapat lihat melalui..." "kak, x yah cakap sebab dia. kami taw dah. hahahah" huu. terkedu saya apabila cakap saya dipotong sebegitu. suka hati korang lah. orang nak share ilmu ni tak nak. huhu. lalu saya pun proceed memberikan jawapan kepada mereka sebab mereka memang tak nak bincang pun. sekali lagi, suka hati koranglah. huhu.

di akhir perbincangan, ada pelajar perempuan memanggil saya ke tempat duduk mereka bertanyakan vocabulary dan jugak grammar. ok la. boleh la saya explain macam yang diajar oleh mr lim. hehehe. lagi best sebab dorang faham. hehehe. oh, tak patut bangga diri. itu cuma grammar f1. klo lulus mengajar f5, baru boleh bangga kan? heh. di dalam kebanggaan itu, saya fikir pelajar-pelajar lelaki sudah habis kenakan saya. rupanya tidak. sewaktu saya melalui meja mereka, seorang pelajar berkata, "akak, kalau salah kita bagitaw cikgu yang akak kasi jawapan ni." kedengaran rakan-rakannya ketawa. saya cuma senyum je. tapi..uwuwuw. sampai hati. erm..suka hati lah. kalau betul semua jawapan saya tadi, alhamdulillah. kalau salah, nampaknya saya kena study grammar dengan lebih lagi. itu saja konklusinya. err..tapi mesti malu dengan puan maznah. kata nak fly g uk. tapi grammar f1 pun salah. memang hampeh. ades. *ketuk dahi lagi skali*

pukul 12.20, aunty saya masuk kelas untuk ajak saya balik. oh, sayang che la. che la memang saviour aten hari ni. heh. bila keluar, saya senyum je pada diorang. malas nak cakap banyak lah. dalam hati saya terdetik, "kelas 1 tabah, korang memang ajar saya untuk jadi guru yang tabah." hoho.

tamat.


nota:
dialog saya
dialog pelajar satu tabah
dialog budak comel depan pintu
suara hati saya

2 comments:

Anonymous said...

hahaha comel lah ini cerite! :D

fatinmarini said...

ehee~ comel sebab melibatkan pelajar f1 kot. heh. :D