Friday, May 28, 2010

hidup yang sangat hectic.

saya sangat rindu maw ber-blogging setiap hari.
tapi, masa yang ada sangat lah terhad.
hidup sangat hectic.
persepsi tentang hidup sangat free selepas exam adalah sangat salah.
indah khabar dari rupa.
adessss~
tak percaya?
meh jenguk jadual saya minggu ini:


1. isnin
rushing ke kelas pada jam 9 pagi. mr e. nk jumpa. still, saya lambat. kena sound 3 posen. never mind lah. next time i wont be late anymore ok sir? hee~ lepas 2 ada taylor. no. giliran saya - 48. tak pasal-pasal kena stay back sampai pukul 2. huk. seterusnya, saya lupa saya buat apa. yang saya ingat, malamnya ada praktis zapin. mula jam 9.45. sampai la 12 lebih. susah lah zapin. sepatutnya saya stick dengan sumazau je. eyh, tapi ok juga. look for some changes - additional colour for your life. tak kan maw hidup hitam putih saja kan?

2. selasa
ke kelas awal pagi. (ya, masih harus ke kelas walaupun da abes exam) di kelas amat sibuk dengan persiapan untuk dinner. gunting itu. potong ini. dan saya jadi glittering princess. berkilau from top to toe. semuanya kerana saya in charge taburkan glitter pada decoration untuk backdrop. yalah, itu saja yang mampu. nak mintak saya melukis, saya tak pandai. sesuatu yang best tentang selasa adalah: saya, deep n yash keluar ke ipoh parade untuk shoe hunt. muahaha. we spent 4 hours to look for 3 pairs of shoes. sempat break setengah jam untuk dinner di merrybrown. kemudian sambung shoe hunt lagi sampai masing-masing gembira dengan kasut masing-masing. hee~ lepas balik, aktiviti belum habis lagi. praktis zapin dulu. zapin. zapin. zapin dan zapin. masuk bilik, tak boleh rest lagi. harus siapkan decoration untuk backdrop. saya, yash, deep dan berusaha untuk stay up. tapi tak mampu. malam tu, kami tertidur dengan ditemani kilauan glitter dan kertas dan polisterin di sisi.

3. rabu
pagi-pagi ke kelas lagi. ada sesi dengan mr yus pasal tem building. seronok! kami buat scavenger hunt. team saya: geng bakso. haha. tak glamour langsung. patut la kami sangat down-to-earth. handkerchief kami gantikan dengan kain lap yang dipinjam dari makcik cleaner. alah, kain buruk pun boleh lah.yang penting, mission accomplished! hee~ kemudian, kami kena cipta the fastest and most further moving vehicles. dengan orang lain sibuksibuk cipta da boom punya vehicle, kami cuma buat troli bakso. kecik dan comel saja. walaupun nampak tak hebat, it is the most further moving vehicle. cuma bukan the fastest lah. alah, namanya juga troli bakso. mana mungkin gerak cepatcepat. hee~ habis sesi dengan mr yus, sesi dengan mr e. pulak. kemudian, balik. balik dengan amat rushing kerana decoration masih tak siap. sedangkan pukul 2.30 sudah maw bergerak ke hotel. adus, life was really tiring at that moment. sampai di hotel, kami hias backdrop. dan oh, stage tu lagi besar dari apa yang kami jangkakan. lalu, terpaksa buat ad hoc plan. campak item itu ini, supaya backdrop nampak penuh. walaupun ad hoc, cantik juga. tak percaya? jenguk sini. lebih kurang jam 6, backdrop siap. rush ke bilik untik siapkan diri pulak. sesi make-up memang seronok. rasa macam menghadiri prom night la pulak. tehee~ the dinner was REALLY splendid, fun and fun and fun. lebih fun sebab saya da rasa diri sendiri macam tuan puteri. ahaha. perasan! ini gambar princesses pada malam tu. yang dress pink itu sayalah. tapi, ouch! nampak sgt gemuk ok?

4. khamis
dinner da habis, tapi tetap hectic. pagi-pagi ke kelas lagi. ada sesi dengan kaunselor dan juga postmortem dinner. ada sedikit emotional atmosphere semasa sesi postmortem. whatever the issue was, i still think that we have done a great job. tapi macam yang ell selalu cakap, "there is always room for improvement." balik dari kelas, sibuk handle esaimen. kemudian, rushing pula ke farewell party organized by our juniors. habis farewell, berlari ke bilik untuk tukar baju, kemudian ke hep untuk hantar esaimen dan menjenguk parcel. lepas tu, rushing pula ke pulako. ada rehearsal family gathering. zapin kami tak jadi. huu~ tak pe, lepas alya balik nanti kita praktis lagi k, kawan-kawan? habis rehearsal, praktis zapin 2-3 round. kemudian, keluar minum dengan deep, mish qish dan izzul. malam tu, saya lepak dengan gemuk yang bahagia yang sudah sedikit emo sebab annoy dengan ke-busy-an saya yang amat sangat. terasa di-abandoned agaknya. heheh. sorry la yep, mok. walaupun busy, gemok tetap di hati. heh. ok. amat taley blah. hahak!

5. jumaat
yes! ini adalah hari yang paling dinanti-nanti. akhirnya, cuti menjengah jua. cuti! cuti! cuti! tapi, walaupun cuti, there's lotsa things to be done. packing untuk btn. packing untuk balik. cari barang-barang untuk btn. basuh baju. dan praktis zapin. huhu. harap-harap boleh settlekan semua ni by sunday.

ok, that's all for now. minggu depan konfem tak de update sebab saya tak kan dapat mengakses internet sewaktu btn. oh, tatkala bercakap tentang btn, teringat pula pada parcel saya yang masih tak kesampaian. huhu. parcel di manakah kamu? huuuu~

4 comments:

Anonymous said...

oh. sy pn terase penat membace post ini huhu. tp your life seems, interesting. mine is dull huk huk.

oh and i like your dress! gorgeous! where did you get in then? and kasut, ouh i don't get to see your shoes. dress labuh sgt hehe.

good luck for btn, zapin, dan mengemas baju hehe.

by the way, sy ade awad utk kamu kat blog. sudi lah terime yea. :D

Anonymous said...

bnyk buat typo. @_@

1. where did you get *it? (and tade then

2. sy ade *award

mgkin fikiran tgh serabut huhuhu

and, sekali lagi, i like your dress! :D

Mohamad Shahrilniza said...

kamu maw kene ketok x??
anda mencuri gambar dari blog saya secara tidak langsung...
saman bakal dikeluarkan..
hahahaha

gemuk vs double gemuk said...

heh...kalo dh bz biawak dpn mata pn xnmpk...hahaha...