Tuesday, August 24, 2010

sekadar di pinggiran.

muahaha. tajuk memang taley blah kan? tapi entry ini tiada kena mengena dengan sebarang lagenda cinta ok? ini adalah tentang setting hidup pilihan saya. hee.

saya lahir di pinggir bandar. hidup di pinggir bandar. membesar di pinggir bandar. dan bersekolah di luar bandar. bila da habis sekolah, kerajaan hantar saya untuk sambung belajar di maktab yang agak jauh dari bandar. sekarang, terbuktikan betapa saya dan bandar memang tak ada chemistry? jadi, bila tiba-tiba kena datang kl 3 kali dalam sebulan, rasa canggung juga lah. itu tak taw. ini tak taw. setakat kl, boleh lagi menyesuaikan diri. tapi, bila di hantar ke putrajaya, saya terus lost. moden sangat. heh. ni belum gi merempat kat cyberjaya lagi. bandar cyber tu. tak taw la apa nak jadi kalau betul harus ke sana nanti.

masing-masing ada taste tersendiri dalam menentukan lifestyle mereka. dan tempat tinggal adalah setting yang amat mempengaruhi lifestyle. kerana itulah ada orang yang suka hidup di bandar. ada pula orang yang suka hidup di kampung. dan bagi saya pula, saya tergolong dalam golongan orang yang suka hidup di pinggir bandar. hidup seadanya, sekadarnya. yang penting, membahagiakan! tehee~
:D

jadi, orang-orang bandar tak boleh la nak masuk meminag saya ek? tak lulus. kesh3. tapi, kalau setakat tempat di penghujung benua asia tu tade la bandar moden sangatsangat kan? heh.
;)

Tuesday, August 17, 2010

visa tak siap lagi. :(

bila dihitung-hitung,
maka genaplah 7 hari visa saya diproses. banyak rakanrakan saya dapat maklumbalas menyatakan visa mereka da siap diproses. walaubagaimanapun, setelah dicheck sebanyak saya-juga-dah-lupa-berapa-kali-sebab-banyak-kali-sangat, visa saya masih lagi under process. hal ini amat merisaukan ok? saya da msg yash ajak g kl 19. sebab nanti 20 blh g amek visa.
dan 23 nanti lepas siap briefing boleh terus balik kelantan.
(sorry, hafiz. mungkin tak sempat nak jumpa awak. huhu)
tapi, apa motifnya ke kl lusa kalau visa masih tak siap-siap.
alahai.
risau betul.
harap-harap petang ini akan dapat berita baik dari pihak VFS.
tolong la siap kan visa saya hari ni.
oh, pleaseeee...
:((



p/s:
when do u think i can get my visa done eyh?

Monday, August 16, 2010

sungguh. mereka sangat cantik.



percutian ke kl baru-baru ini menampakkan kepada saya kecantikan yang selama ini tenggelam dalam arus pemodenan dunia fesyen. di sana saya banyak bertemu orang-orang yang memakai niqab juga tudung labuh. dan setelah melihat mereka untuk beberapa ketika, saya nampak mereka kelihatan sangat cantik. ada sesuatu pada mereka yang cantik untuk dilihat padahal mereka cuma berpakaian seadanya. ada suatu sinar pada wajah mereka. ada keayuan pada aturan langkah dan gerak laku mereka. juga ada kelembutan pada setiap nada bicara mereka. meski cuma berpakaian yang menampakkan mata, mahupun berbaju kurung sederhana dan bertudung labuh, mereka tampak anggun sekali pada pandangan mata saya. pada saya, itulah kecantikan yang hakiki. kecantikan yang sedayanya disembunyikan namun masih terlihat. mungkin saja Allah melimpahkan nur pada diri mereka setelah berpakaian selengkapnya mengikut syariat. wallahualam..

Saturday, August 14, 2010

tak. kita bukan loser.

satu malam, anda berjalan di suatu lorong yang gelap pekat sambil membawa dua batang lilin yang sudah dinyalakan. di pertengahan jalan, anda terjumpa dengan seseorang yang terkapai-kapai mencari arah dalam kegelapan. dia tidak pasti jalan mana yang harus dituju kerana suasana yang amat gelap menyukarkannya mencari arah untuk meneruskan perjalanan. oleh kerana simpati dengan keadaannya, anda hulurkan sebatang lilin kepadanya - dengan ikhlas. dia tersenyum dan berterima kasih kepada anda. kini, dia sudah boleh meneruskan perjalanan dengan bantuan lilin tersebut. di pihak anda pula, suasana yang terang menjadi sedikit malap. walaupun agak payah, namun anda masih tetap boleh sampai ke destinasi yang dituju. begitu juga dengan dia, dengan bantuan lilin anda, dia juga sampai ke destinasi yang dituju.

merujuk kepada situasi di atas, adakah anda yang membantu itu loser? tidak bukan?

orang yang membantu bukan loser. dan TAK AKAN PERNAH JADI LOSER.

hidup perlukan pengorbanan: sama ada material atau perasaan. pengorbanan paling perit, kebanyakannya datang dari pengorbanan yang melibatkan perasaan. banyak orang dalam dunia ni bunuh kegembiraan mereka sendiri untuk buat orang di dekat mereka senyum. apa kamu anggap mereka loser? tak. mereka bukan loser. mereka mulia. manusia jarang tahu pengorbanan yang melibatkan perasaan. tapi Allah tahu. bila mereka korbankan kegembiraan sendiri demi kebahagiaan orang lain dengan ikhlas, saya percaya Allah sediakan ganjaran yang berlipat ganda buat mereka. loser kah mereka? tidak, bukan?

manusia tidak boleh hidup macam haji bakhil. hidup untuk kesenangan diri semata-mata. nanti matinya akan jadi papa kedana. manusia yang selfish, ada sedikit kawan. punya banyak lawan. berbeza dengan manusia yang ikhlas berkorban. mereka banyak kawan, sedikit lawan. mereka dihargai dan dimuliakan oleh Tuhan danjuga manusia. yang penting, kunci ke arah kemuliaan itu ada. iaitu IKHLAS.

kamu yang berani berkorban bukanlah loser. kerana hanya segelintir manusia yang terpilih saja punya keberanian begitu. loser yang sebenar-benarnya adalah manusia yang selfish itu. percayalah.

Thursday, August 12, 2010

ramadhan datang lagi.

yang dinanti akhirnya tiba jua.
ahlan wasahlan ya ramadhan.
:)
semoga ramadhan kali ini mampu membawa beberapa transformasi baru dalam hidup saya.
insya-Allah.
dan semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya.
siapa tahu ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita.

Sunday, August 8, 2010

sabar, sayang.

tadi rumet saya kol. katanya nenek dia meninggal sebab heart attack. innalillah..tersentap hati ssaya. baru pukul 5 tadi yash kol cakap nenekny kena admitted ke ward. sekarang da tade. bila yah kol, saya bagitaw yang saya akan datang menziarah malam ni. tapi saya lupa yg saya ada kelas tusyen. rasa bersalah sangat. rasa sedih sangat. nenek yah da saya anggap macam nenek saya sendiri. yelah, beberapa minggu kebelakangan ni asyik ke rumahnya. bermalam di ditu. kalau tak bermalam pun, memang saya akan spend masa yang lama di rumah yah. family yah da macam family saya sendiri. saya turut merasa kehilangan tu. sekarang rasa sedih sangatsangat tak dapat jumpa yah malam ni. tak dapat samasama dengan dia untuk kongsi kesedihan tu. time yah kol tadi dia nangis, saya sedih. tapi saya tak boleh nangis. takut yah tambahtambah nangis. saya betulbetul rasa nak peluk yah sekarang. hati rasa pedih. sebab tak boleh nak bagi support kat yah saat dia kehilangan macam ni. sabar ea, sayang. nanti esok kita jumpa, mayeeni peluk yah banyakbanyak. eraterat. sampai hilang semua sesak dalam hati yah. biar kurang rasa sedih tu? ok? mayeeni sayang yah.

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas allahyarhamah. mohon sahabat sedekahkan al-fatihah untuk nenek yah. semoga aman dia di sana.

Wednesday, August 4, 2010

mujurnya.

mujurnya Allah memberi saya kesempatan untuk dilahirkan.
mujurnya Allah mentakdirkan yang melahirkan saya itu adalah mama.
mujurnya Allah menganugerahkan abah sebagai ayah.
mujurnya Allah menempatkan saya dalam keluarga yang dibanjiri kasih sayang.
mujurnya Allah melimpahi rahmatnya ke atas keluarga sehingga hidup dalam kecukupan.
mujurnya Allah memberi saya usia sepanjang ini.
hingga saya punya masa untuk membesar.
juga belajar.
belajar abc, alif ba ta, 123.
belajar dari ilmu fardhu ain sehingga ilmu fardhu kifayah serta ilmu kehidupan.
mujurnya Allah mentakdirkan tempat-tempat menuntut ilmu yang kondusif buat saya.
sk sie. smkkb. mrsm yt besut. intec uitm. ip ipoh dan seterusnya university of warwick, insya-Allah.
mujurnya Allah menemukan saya dengan insan-insan baik yang digelar sahabat.
hingga diri tidak merasa sunyi walau sedetik waktu berjauhan dengan keluarga.
mujur juga Allah mempertemukan saya dengan insan-insan unggul bergelar guru, pensyarah dan juga naqibah.
teguh menyuluh ilmu, sehingga hati yang kosong rasa terisi, jiwa yang kelam menjadi terang.
sungguh.
mujurnya saya kerana Allah memilih saya untuk menjadi saya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.