Thursday, October 28, 2010

habis.tamat.sudah.

habis.tamat.sudah.
mungkin sampai situ saja.
bila kenangan juga menjauh,
yang tinggal hanya ingatan.
tapi bila ingatan juga luput,
yang tinggal nantinya apa?
sejarah?
sejarah untuk disimpan.
diingat sepanjang zaman.
jadi, sejarah juga tidak.
hmm.
mungkin sudah takdirnya
kisah itu sampai sini saja.

habis. sudah. tamat.
sekian.

[coretan ditulis setelah mendapati tulisan onenotebook yang disimpan selama bertahun hilang begitu saja selepas memformat laptop. hurm.]

uk is not bad, really.

assalamualaikum.
:)

alhamdulillah. penyakit homesick da sembuh (agaknya). kerana itu sudah kembali ceria gembira suksukasuka. heh.

uk is not bad at all, really.
cuma diri ini saja yang pending untuk adapt dengan sekitar.
jadi sebab saya homesick bukanlah salah negara ini, tapi salah saya.
heh.

pagi tadi, bangun awal.
rasa baru.
rasa betulbetul baru.
entah kenapa secara tibatiba,
oksigen yang dihirup ada perasa malaysia.
tidak lagi sesak seperti selalu.
hati tak sakit lagi.
dada tak sempit lagi.
sudah nyaman.
sudah enak.
sudah normal.

bila sudah sembuh, kini sudah boleh kembali senyum.
senyum tanpa pura.

uk bumi indah.
saya suka uk.
:)

Wednesday, October 27, 2010

26 hari di uk.

assalamualaikum.

pesanan awal:
ini entry air mata sedikit. kalau tak suka, sila sila jangan baca. marini memang anak manja. tak boleh nak buat apa dah.

hari ni hari ke 26 di uk.
rasanya hari ni rasa paling down kot.
serius.
bangun pagi hati rasa kosong. gelap. sunyi.
saya rindu malaysia amat.banyak.sangat.
tak pernah serindu ini sepanjang sampai di bumi uk ni.
ini first time rasa macam ni.
dari semalam rindu mama.
cakap ketawaketawa gelakgelak untuk hilangkan pedih dalam hati.
nak cakap 'mama, i miss you.'
tapi tak leh keluar. tersekat kat kerongkong.
saya taw, kalau saya sebut itu, bukan perkataan yang jelas.
nanti hanya bunyi sobbing yang kedengaran.
saya taknak mama taw saya tak okey. nanti mama risau.
untuk sampai ke sini, banyak da saya menyusahkan mama.
jadi cukupcukup lah begitu. sampai situ saja saya menyusahkan beliau.
lagi, hati sangat rindu pada baby.
buka fesbuk baby, tengok profile picture, air mata tumpah lagi
dia memang adik yang paling annoying, tapi dia jugak yang paling saya rindu.
ikah, ayeh, adik, semua pun aten rindu jugak.
kadangkadang memang bosan dengan kerenah kalian, tapi bila jauh begini, aten rindu sangatsangat.
ingat maktok, tok ayah, lagi sedih sedih sedih.
sihat kah? atau bagaimanakah?
bila teringat katakata tok ayah before berangkat, hati rasa perit.
saya berdoa, mohon Allah berikan peluang untuk Allah pertemukan kembali dengan insaninsan terpaling saya sayang ini.
malaysia bukan tentang family semata, sahabatsahabat juga.
tihah, aku rinduuu mu amat. :(
jarak terasa seakan menjauhkan kita.
but, please know that u are always there in my heart.
love u.love u.love u.
ibah, yuu, yaa pun tin rindu jugak.
hari ni banyak sangat kebetulan yang mengingatkan saya pada kalian.
semoga Allah menyatukan kita kembali satu hari nanti. amin.

26 hari duduk uk, mimpi balik malaysia tak taw berapa banyak kali dah.
teruk kan penyakit saya?
in a way, uk memang best.
tapi, in other way, ipoh lagi bagus kot.
saya boleh balik 2 minggu sekali.
dan tak kan homesick terribly macam ni.
kalau lah homesick ini ada ubatnya...
nak tunggu bulan 7 tahun depan lambat lagi kot. :(

pesanan akhir:
maaf update pasal homesick saja dalam setiap entry. masih lagi sedang belajar menyesuaikan diri. sekarang msih lagi ada rasa hidup di planet asing. bila rasa itu sudah pergi, insyaAllah tak kan homesick lagi. doakan saya cepat sembuh ok? =]

nota kaki: rasamasihadarasamasihhadir.

Tuesday, October 26, 2010

kisah birmingham.

assalamualaikum.
:)

weekend lepas, saya dan jugak kesayangan seisi rumah telah membuat kunjungan ke birm secara ad-hoc. oh, kami memang suka buat bendabenda secara ad-hoc neyh. sebab selalunya kalau plan awal-awal tak kan jadi. kan kawankawan? heh.

oleh kerana ini blog dan bukan diari, rasanya tidak sepatutnya saya menulis seperti begini:

we arrived at birm at 10 a.m. bla bla bla...

kan?

heh.

cuma nak cakap yang saya memang sangat sukakan birmingham.
kenapa?
kerana birmingham itu ABSOLUTELY AWESOME!
serius, birm is far way awesome-r than coventry.
kenapa?
sebab kat sana kami jumpa asam jawa dengan ikan keli sama ikan talapia!
oh, lengkuas pun ada.
heaven kan bila jumpa ikan di uk?
ikan sungai lagi tu.
lagi satu, barang makanan di birm memang la banyak sangat yang murahmurahmurah.
dan kami memang suka benda murahmurah ni.
jadi, bagaimana untuk kami tidak sukasukasuka-kan birm?
heh.
erm. lagilagi sebab saya suka tempat tu kerana di sana ada masjid yang cantik.
hati tenang damai dapat singgah situ sebab lama da tak kunjung rumah Allah.
asyik-asyik masuk coventry market aje mengadap muka abang pakistan jual sayur tak sudahsudah.
hurm. bosan.
but then, do u wanna know something?
no matter how awesome birmingham is, MALAYSIA is far far way awesome-r than that.
enough said kan?
tak faham?
erm, ok.
in short, marini masih lagi homesick.
huk.
:(

Thursday, October 21, 2010

the fat me.

assalamualaikum.

uk menjadi semakin sejuk hari demi hari.
kesejukan yang melanda sekarang sudah unbearable bagi saya.
sudah mula pakai baju stokin dan seluar berlapislapis dalam rumah.
kadangkadang pakai sweater + winter coat lagi dalam rumah.
bila tengok cermin, ada jugak gaya orang otak tak lurus seposen.
tapi, nak buat macam mana?
sejukkk ammmaatttt.
saya jeles ok arina boleh pakai jubah bungabunga di jordan.
jubah yang saya bawak ke uk buat pekasam aje lah.
nak pakai ke kelas memang jadi tugu ais tengah jalan agaknya saya ni.
huk!
melihatkan keadaan yang semakin mendesak,
saya telah mengeluarkan satu solusi yang diharapkan dapat membantu saya menangani masalah kesejukan ni.
nak taw tak apa dia?
.kegemukan.
ya.
betul.
percayalah.
i have to resort to getting fatter because i cant think of any way else to cope with this super-mad chilliness-which-slowly-kills-me-day-after-day.
hoh.
begitu detail sekali saya describe tentang kesejukan itu dengan harapan kalian dapat imagine mengapa saya pilih jalan yang pelik ini.
jadi mama, bersedialah melihat wajah baru anakmu yang comel ini dua minggu dari sekarang.
che su mesti tak sabar kan?
haha.
tapi kalau tak comel macam sekarang lagi, duk diamdiam aje taw?
jangan bisingbising.
nanti saya megurus balik,
kesian saya.

Tuesday, October 19, 2010

kisah donut.

assalamualaikum.

sukanya hati bila donut malaysia da smpai di uk.
tehee~
suka amat-amat sangat.
alhamdulillah.
jadi jugak donut tu.
cuak juga semalam takut kalau doh tu tak kembang.
nasib baik jadi.
next time boleh buat lagi.
tapi tak maw buat weekdays lagi.
maw nya pukul 11 ada kelas enchek mukul,
tapi pukul 9 masih lagi sedang uli tepung.
tak pasalpasal excercise 200m di pagi hari.
fuh! fuh! semput lah.
tape. dapat satu pengajaran hari ni:
kerjakerja bakery cuma sesuai di hari cuti.
hehe.
esok maw buat nasi lemak pulak, insya-Allah.
meskipun daun pandan tak sampai lagi,
tapi sebab craving punya pasal,
masak je lah apa adanya.
hee.
sape kate uk tade nasi lemak?
datanglah 16 oldfield road.
macammacam ada.
^^

Monday, October 18, 2010

konfius.

otak sedang konfius.
hati tidak tenang.
jiwa keliru.
muram.

malaysia, cepatla siang!
:(

Sunday, October 17, 2010

primark, rantau panjang & malaysia. :(

assalamualaikum.

semalam, saya dan housemates saya yang comel-comel ni telah berkunjung ke coventry dengan niat untuk membeli barang-barang rumah yang kelihatan da nak habis macam beras, minyak masak, telur, etc. walaubagaimanapun, niat kami tak tertunai kerana takdir telah membawa kami ke primark dan bukannya coventry market. semalam adalah hari sabtu, jadi masyarakat di primark adalah sangat ramai macam rantau panjang sewaktu cuti sekolah bulan disember. hurm. oleh kerana orang sangat ramai, mood shopping merudum ke paras negatif. time tunggu kanak-kanak riang pergi mencari winter coat mereka di children's department (percayalah. housemates saya memang beli baju di children's department kerana saiz mereka cuma ada di situ!), saya berlegar-legar di tingkat bawah sambil mengenang kisah silam.

melihatkan baju yang amat banyak di primark dengan haraga murah-murah versi britain, seriously membuatkan saya amat rindu rantau panjang dan kb mall. sobs! serius amat rindu ok? hati pilu teringatkan baju yang amat sikit dalam wardrobe. nak beli di primark banyakbanyak, tak mampu. walaupun harganya kelihatan seperti GBP 5 untuk satu dress yang cantik, tapi bila diconvert harganya itu adalah bersamaan dengan RM 25. sedangkan dress pattern sama saya boleh dapat di rantau panjang dengan harga RM 15 sahaja. huu.

bergerak ke bahagian kasut, saya teringatkan sneakers pink juga kasut croc si pink dan si hitam. hurm. hurm. kb mall! kb mall! saya rindu nak shopping kasut di kb mall! boots kat primark memang murah. dan cantik jugalah. tapi, saya lagi suka kasutkasut di kb mall. lagi canti kot. huhu.

huk. serius rasa nak balik sekarang juga. haish.

p/s:
meskipun, mood shopping merudum ke paras negatif, saya telah berjaya membawa balik 2 helai winter coat dengan jumlah keseluruhan GBP 38. pelis, jangan convert. nanti saya rasa bersalah. heh.

Friday, October 15, 2010

bila hati rindu.

rindu sama:
[kamu].[kamu].[kamu]
hati rindu pada semua.

missing Malaysia at 11.11 pm is truly sickening.
macam mana nak kol mama.
baru pukul 6 pagi.
sobs!
:(

p/s:
arina, dengan rasminya marini jadi geng homesick awak.
hehe.
:DD

Tuesday, October 12, 2010

UK.

assalamualaikum.
:)

kaki sudah berpijak di bumi uk.
alhamdulillah.
Dia mempermudahkan segala urusan.
semua ok.
cuma baju tak cukup.
mama, cepatcepat pos kan ya.
malas nak beli baju kat sini.
malas nak samak.
first hand mahal sangat.
heh.
;p

rumah kami ok.
sangat.
cantik rupawan macam gadisgadis yang mendiaminya.
sape nak datang melawat jemputlah.
kalau langkah kanan, dapat makan free.
pedot da banyak kali rasa,
sharil jangan jeles ya?
sape suruh tanak jadi jiran kami.
heh.
;p

namun, se-superb se-marvellous mana pun uk itu,
MALAYSIA TETAP DI HATI.
ok?
rindu budu.
rindu sambal belacan.
rindu nasi kerabu.
rindu nasi lemak.
rindu matahari!
sini sejuk amat,
tasuka!
haish.
:(

tahun depan mesti balik.
mesti.
mama tunggu di airport nanti ya.
hmm.
rindu mama juga.
:)