Assalamualaikum.
Sedari kecil, saya disogok dengan ideologi cinta yang sungguh kebaratan. pada saya, cinta itu indah bilamana ianya ala-ala kisah cinderella - ada putera raja berkuda putih datang mengetuk pintu bertanya apa kasut kaca itu kepunyaan saya. atau juga ala snow white mahupun sleeping beauty - sang pencinta datang menyelamatkan kekasih hatinya pada saat nafas di hujung nyawa. atau juga ala romeojuliet - berkorban jiwa dan raga demi membuktikan ketulusan cinta.
bertahun ideologi kisah cinta itu bertapak di otak saya. sehingga adakala saya berharap untuk menjadi sebahagian dari kisahkisah cinta dongengan itu. namun, itu dulu. sekarang persepsi saya tentang 'cinta yang indah' sudah berubah. alhamdulillah. kefahaman yang lebih mendalam tentang ad-deen ini menunjukkan pada saya akan makna cinta indah yang sebenar.
dan pada pemerhatian saya, bukan sahaja saya. generasi seumur saya dan adikadik saya juga dipamerkan dengan ideologi yang begitu. idea cinta dari barat sungguh berpengaruh sehingga jutaan saudara seagama saya menghitung waktu untu menyambut hari valentine a.k.a hari kekasih. di facebook, saya terjumpa satu page yang menganjurkan contest 'kekasih paling hot' sempena hari itu. ironinya, kebanyakan peserta adalah saudara seakidah saya. tidak ada pula terlihat mereka dari agama selainnya yang menyertai contest ini. sungguh, saya sedih, kecewa, dan terkilan.
kerana itu, saya rasa peripentingnya menyebarkan kisah para pencinta yang hebat, yang indah cintanya kerana disandarkan pada Allah. biar terdidik jiwa pemuda pemudi Muslim dengan makna sebenar cinta.
untuk itu, saya persembahkan kepada anda kisah cinta indah yang mungkin tidak pernah anda ketahui, sebagaimana saya juga tidak pernah tahu tentangnya sebelum ini.
hayatilah.. :)
lelaki ini adalah salah seorang ideolog Ikhwanul Muslimin.
orang kedua yang sangat berpengaruh setelah Hasan AlBanna, pada Harakah (Jemaah) itu..
dia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. namun gadis desa itu menikah 3 tahun setelah lelaki ini pergi ke luar negeri untuk belajar. hal ini membuat dia sedih namun dia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
lalu, kisah cintanya dia mulakan dari awal kembali. dia kemudiannya jatuh hati pada seorang wanita di Kaherah. meskipun tidak terlalu cantik, dia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tesebut. tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan laki-laki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini terhadapnya. lelaki ini hanya inginkan wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal maupun hatinya. akhirnya dia membatalkan niat untuk menikahi gadis tersebut. hal ini sebenarnya membuatkan lelaki itu bersedih untul satu ketika yang cukup lama. sehingga kemudiannya dia memutuskan untuk menerima kembali wanita tersebut.
namun apa yang terjadi?? lamarannya ditolak. inilah yang kemudiannya membuatkan lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya. yang luar biasa adalah, lelaki Ini sedar dirinya berada di alam realiti. dan bukannya dalam dunia ideal yang melulu posesif, indah dan ideal. Baginya, jika cinta tidak mahu menerimanya, biarlah dia mencari energi lain yang lebih hebat dari cinta - “Allah”.
energi itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. juga menginspirasikannya untuk menulis karya monumentalnya, Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an” (dalam naungan al qur’an). dan turut membuatkan dia tidak gentar untuk syahid di tiang gantungan, sendirian. tidak ada air mata, tidak ada kucupan, tidak ada sentuhan wanita. benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah:
SAYYID QUTHB.
Lelaki yang Allah Maha Tahu..
Bahawa dirinya lebih dihajatkan bidadari di langit.
Daripada wanita di bumi.
No comments:
Post a Comment