assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
:)
selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W.
titipan rahmat Tuhan yang paling berharga.
nilaian yang tiada tara.
salam cinta dan kasih yang tidak terhingga buatmu Ya Habiballah.
melaluimu aku merasakan nikmat iman dan Islam pada hari ini.
ini adalah bingkisan ringkas damba kasih dari seorang umat yang merinduimu.
sungguh tidak terbendung lagi rasa rindu padamu Ya Rasulullah.
rindu untuk menatap wajahmu.
rindu untuk bersua mendengar ucap kata darimu.
rindu untuk melihat setiap gerak langkahmu.
Rasulullah,
aku adalah antara seorang dari sekalian umat mu yang baru bangkit dari kisah hidup yang kelam.
masa lalu ku suram dengan palitan jahiliyyah.
hati ku penuh dengan noda dosa.
dulu, aku tidak pernah cuba untuk mengenal mu.
biodatamu ku hafal untuk ku muntahkan di atas kertas jawapan peperiksaan semata.
dulu, perjuangan mu ku pandang enteng sebelah mata.
apatah lagi untuk mencinta.
maafkan aku, ya Rasulullah.
sungguh.
aku adalah satu dari antara sekalian umatmu yang tidak pernah faham erti bersyukur.
tapi,
itu dulu.
pada waktu aku cuma mengenal mu dengan mata akal.
setelah hidayah menyapa,
aku belajar mengenal mu melalui mata hati.
dan sungguh,
aku jatuh cinta.
kerana itu aku mengarang coretan ini.
bingkisan ringkas tanda ingatan pada hari kelahiranmu.
ini adalah surat cinta pertama dari ku untuk mu.
titipan rasa dengan maksud moga Allah menyampaikan rasa rindu yang mendalam ini padamu.
Rasulullah,
baru kini aku mengerti perit perjuanganmu, tegar pendirianmu, kukuh kesabaranmu, dan besar kecintaanmu terhadap kami sekalian umatmu.
syukran ya Rasulullah.
untuk segala jasa dan pengorbanan yang telah kau lakukan.
bernafasnya Islam dalam jiwa ku hari ini,
adalah hasil dari segala tumpah darah, keringat, juga air mata mu.
dan alhamdulillah Ya Allah,
setinggi puji-pujian dan syukur ku panjatkan kepada Mu,
kerana memilih aku untuk tergolong dalam kalangan umat terbaik ini.
Ya Rasulullah,
moga dengan hidup rasa cinta ini dalam hatiku,
aku akan beroleh kekuatan untuk meneladani mu dalam setiap aspek kehidupan ku.
moga dengan kuasa cinta ini juga,
aku akan beroleh kegagahan untuk tetap tsabat pada jalan ini.
agar suatu hari ini,
kita dapat bertemu demi mengubat rasa rinduku yang menebal terhadapmu.
insya-Allah.
No comments:
Post a Comment