assalamualaikum.
I
"Kita kena nampak bahawa Islam itu adalah matlamat kita dalam semua hal. Kita buat apa pun, untuk membawa Islam itu naik." - Ustaz Abdul Hadi (Bab Ustaz dan Duta)Saya jadi terfikir selepas membaca bab ini: Saya rasa saya sudah 'memeluk' Islam. Tapi, itu mungkin boleh jadi cuma rasa saya sahaja. Sejauh mana akhlak, amal, corak pemikiran dan tindakan saya memanifestasikan erti 'saya menjunjung Islam" itu seakannya perlu dihitung kembali.
Mula menghitung mulai sekarang.
Dan mulai memperbaiki mulai sekarang.
II
"Jadilah da'ie yang berblog. Bukan sekadar blogger yang berdakwah." - Hilal Asyraf (Bab Blogger = Da'ie)Dua kali saya membaca patah-patah kata di atas untuk mencerna maknanya. Ternyata, ada perbezaan yang membuka satu dimensi perspektif yang baru. dan juga membuatkan saya terfikir: siapakah saya selama ini?
III
"Hubungan kamu dengan sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kepada Allah. Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kamu atas kebaikan kamu. Tetapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan kamu." - petikan kata seorang ulama di Jordan (bab Sahabatku, Aku bukan Sahabatmu)Ukhuwah yang acapkali dikhabarkan dibina atas dasar keimanan, seringkali dihiasi dengan seribu macam emosi yang negatif. Ironi bukan? Dulu saya tertanya juga. Dan kali ini saya temui jawapannya: kita (terutamanya saya) lupa yang mana ukhuwwah itu hadir bersama tanggungjawab. Jika dibumikan dalam jiwa rasa tanggungjawab ini, boleh jadi ukhuwah itu lebih indah selepas ini. Dan itu mungkin definisi terma 'ukhuwahfillah' yang sebenar-benarnya.
IV
"Diri kita adalah salah satu daripada bata yang hendak membina bangunan bernama ummah. Apakah kita suka menjadikan diri kita sebagai bata yang rapuh, punca kepada keruntuhan ummah?" - Hilal Asyraf (bab Oh, Pemuda-pemudi!)Menangis. Dengan jahiliyyah yang masih lagi berselirat dalam diri, apakah saya batu yang menguatkan atau merapuhkan?
V
"Baitul muslim apabila diteliti, lebih dari sekadar isu ciri-ciri pasangan, istikharah mencari pasangan, jodoh dan cinta semata-mata. Baitul muslim juga menitikberatkan pembinaan peribadi Mukmin itu sendiri dalam diri kita." - Hilal Asyraf (bab Muslimah Lembik)Heh. Saya ketawa membaca bab ini. Alangkah bagus jika muslimah-muslimah kita punya kesedaran yang perkahwinan itu bukan sekadar tentang punya imam buat diri dan jadi pelengkap rusuk seorang lelaki. Terserlah kelembikan muslimah-muslimah di facebook bila terlalu asyik berkongsi status dan gambar berkaitan imam dan pemilik tulang rusuk yang entah di mana. Di sinilah hadir tanggungjawab bagi yang sudah sedar dan punya kefahaman: mengevolusikan kijang-kijang jinak ini menjadi singa-singa perisai ummah.
2 comments:
Really good sharing, Fatin. Jazakillahu khairan.
Perkara-perkara yang seharuskan kita renungkan sejenak. Bermuhasabah. Dan kemudian perbaiki apa yang pincang dalam diri.
Kita bukan setakat mahu menjadi muslim kan? Kita mahu menjadi muslim yang mukmin. Insya-ALLAH.
Waiyyaki. Semoga perkongsian ni bermanfaat bagi semua yang membacanya. :)
betul. kita taknak duduk syurga yang bawah-bawah kan? kita nak jannatul firdaus. ^^
Post a Comment