Tuesday, November 30, 2010

sambutan hari jadi di uk.

assalamualaikum.
:)

29.11.2010
selamat hari lahir, marini.
ya, ucap selamat untuk diri sendiri.
moga selamat dari bahana api neraka
untuk 19 tahun kehidupan dunia yg banyak siasia.

ingat lagi pada entry ini?
di situ, ada dinyatakan impian saya untuk sambut hari jadi
buat kali pertama dengan sahabat di bumi britain.
hahah. indah sungguh impian.
memang realiti jarang seindah mimpi kan?
di malam hari jadi saya,
tiada tepung putih,
tiada nyanyian lagu,
tiada surprise party,
yang ada cuma esaimen SLA.
haha. comel sungguh.
ya, betul.
saya rasa itu amat comel sekali.
ini pengalaman pertama saya menyambut hari jadi bertemankan esaimen.
dan ia mungkin jadi pengalaman yang terakhir juga.
oh, sekali sepanjang hayat.
manis juga untuk dikenang.
hee.
:D

untuk semua ucapan selamat, pelukan dan ciuman di hari jadi saya,
terimakasih diucapkan.
moga doadoa selamat kalian dimakbulkan Tuhan semuanya.

selalu entry hari jadi saya mesti panjang kan?
tapi tahun ni, cukup lah pendek begini.
[err. pendek ke?]

oh, ya.
saya nak ambil kesempatan ini untuk
minta maaf pada semua umat manusia
yang pernah saya kenal sepanjang hidup saya.
untuk apa sahaja percakapan,
atau perbuatan yang melukakan hati dan perasaan,
maaf. maaf. maaf.
buat yang pernah beri saya ilmu,
samada formal atau tidak formal,
ilmu dunia, ilmu hidup, ilmu agama,
mohon halalkan semuanya.
semoga jariah kalian kepada saya membantu kalian ke syurga sana.
buat yang pernah dan selalu melimpahkan kasih sayangnya pada saya,
terima kasih tidak terhingga,
semoga kalian hidup bahagia dengan kasih sayang dariNya pula.
buat yang pernah saya hutang budi dengannya,
terima kasih juga,
material tidak mampu membalasnya,
semoga doa saya setimpal nilainya dengan budi kalian
yang cuma Dia saja yang tahu harganya.
yang saya ada hutang material dengannya,
mohon tuntut bila jumpa.
jika tidak, saya mohon tolong halal kan semuanya.

untuk semua manusia yan pernah saya kenal sepanjang hidup saya,
mohon dipertimbangkan segala permohonan saya.
saya ingin jadi marini yang lebih bersih
di permulaan kisah hidup yang baru.
tolong ya?
:)



.pertambahan usia mengingatkan diri pada ajal yang mendekat.
.tak, saya bukan takut mati.
.kenapa harus takut mati?.
.mati itu kan satu jalan menuju Dia.
.yang saya takutkan adalah:
.tempat rehat saya nanti
.merupakan salah satu
.lubang neraka
.& bukan taman syurga.
T__T

Sunday, November 28, 2010

finally! :DD

assalamualaikum.
:DD

ini kisah bikin senyum lebarlebar lagi.

finally, after about two months living in uk,
i've got the chance to see almost every faces in Malaysia which i miss A LOT.
waa~
hati berbunga-riang-ria-sukasuka-ceria.
hee~
:D

mulamula tu macam give up juga bagi tunjuk ajar kat mama caracara nak guna skype via phone.
sebabnya tak nampak.
saya memang tak berapa pandai nak mengajar benda yang saya tak nampak ni.
huhu.
nasib baik juga abah menyuarakan idea yang amat bernas,
iaitu memilih alternatif lain
yakni yahoo messenger.

lalu, ber-video cam lah kami dengan gembira sekali.
ada mamabah, adikadik, nenek, ayah jak&che za, ayah di&che la, ayah mi&che su,
cuzies yang kecikkecik, dan jugak haasya!
wuu. rindu mokmok tuh.
beliau sudah semakin gebu sekarang.
senyum juga sudah tambah comel.
alahai, rindu!

mama tambah sihat.
wah, semakin jauh saya, semakin sihat beliau.
rindu lah tu.
hahak.
;p

dan semua orang juga cakap saya nampak lagilagi sihat.
which is equal to lagi tambah gemuk.
huk. apakah?
jadi, haruslah diet lagi selepas ini ya, marini.
ingat tu!

heh. suka betul dengan hari ni.
salji turun.
jumpa kedai jual budu.
dan dapat webcam dengan hearties.
dan pengalaman itu,
semua yang ke-pertama kalinya.

indah sungguh aturan Tuhan.
menegur secara lembut.
menarik hati juga secara lembut.
ini yang buat hati tambah cinta.

there's nothing more for me to say other than:
Thank You Allah.
:)

Saturday, November 27, 2010

budu, kacang botol, & sambal belacan.

assalamualaikum.
:)

hari ni maw senyum besar.
sambil ucap alhamdulillah.
siapa sangka:
budu, kacang botol, dan sambal belacan ada di uk?
kan?
ok. yang da pernah jumpa,
dan awalawal lagi taw,
memang tak heran.
tapi, saya heran!
dan saya memang excited!
double triple excited daripada lihat salji bertebaran di halaman rumah pagi tadi.
hee~
:D
sungguh, rahmat Tuhan itu ada di mana saja.
saya baru sahaja bergundah gulana,
tetapi penemuan ini kembali membuatkan hati jadi riang ria.
syukur sangat.
:DDD


.terpujuk dengan pujukan pujukan kasih sayang Yang Maha Pemilik Cinta.
.rasa cinta bertambah.
.rasa rindu bercambah.
.aku cinta Kamu, Ya Rabb.
:)

salju putih.


salju putih itu,
mengingatkan aku tentang hakikat seorang insan.
sucinya dia waktu dilahirkan,
seputih salju di luar sana.
namun dewasanya ia berselaput dosa,
kerana hati tidak berbentengkan taqwa.

salju putih di luar sana,
menunjukkan kepadaku
betapa berkuasanya Dia,
Yang Maha Mencipta segala.
apa sahaja yang berlaku adalah dengan kebesaranNya.
pantas saja aku harus sentiasa tunduk sujud padaNya.

salju putih di luar sana,
menunjukkan kepadaku
akan betapa indahnya dunia
diciptakan dengan kehendakNya.
yang diciptakan indah,
yang Menciptakan pastilah lebih indah.

salju putih itu,
membawa aku untuk mentafsir keindahan syurga.
bumi yang mendapat 1 peratus dari kasih sayangNya,
keseronokannya kadang kala tidak tergambar oleh kata,
lantas syurga yang melimpah ruah nikmatNya itu,
tidak tercapai akalku untuk memikirkannya.

salju putih itu,
mengajak aku untuk kembali muhasabah diri,
menarik aku untuk lebih mengenal DIa Yang Mencipta Segala,
menawan hatiku untuk lebih mencintai Dia,
mengingatkan aku tentang kerdilnya dunia untuk dibandingkan dengan syurga.

salju putih itu,
turunnya satu nikmat,
turunnya satu rahmat.
bersyukurlah aku,
kerana menjadi insan yang dipilih olehNya,
untuk melihat sendiri tandatanda kekuasaanNya.

Alhamdulillah.

"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya."
(Surah An-Nur: 43)

Thursday, November 25, 2010

tak patut kan.

tak patut kan,
bilamana selaut air mata ditumpahkan kerana mengingati dia.
tapi cuma beberapa titis saja mengalir kerana rindukanNya.

tak patut kan,
bilamana bibir lebih banyak menyebut namanya,
daripada berzikir memuji Dia yang menciptakan dia.

tak patut kan,
bilamana hati sibuk memikirkan dia,
tapi alpa dalam menghitung dosa.

tak patut kan,
bila lebih banyak menyampaikan,
daripada melakukan.




ayuh muhasabah diri kembali...