Wednesday, December 17, 2008

kenapa dia berubah?

dari kejauhan
ku lihat dia tersenyum
lalu aku senyum kembali kepadanya
tatkala senyuman bersambut, silaturrahim bertaut.

dari kejauhan
dia hulurkan salam buatku
lalu salamnya ku jawab
dan kami mula berjabat.

dari kejauhan
dia berbicara kepadaku
bercerita sendu dan tawa
duka juga ceria.

biarpun
cuma dari kejauhan
aku dan dia menjadi teman
utuhnya persahabatan
seakan tidak akan dapat dipisahkan.

namun
itu adalah cerita semalam.
hari ini
jalinan kasih itu sudah bertukar wajah.

dari kejauhan
aku melihatnya
sedang melihat kepadaku
hantaran satu pandangan sepi
oleh satu jiwa yang kosong.

kenapa dia harus begitu?
kenapa mesti dia berubah?
kenapa dia menjauh dariku?
aku tidak tahu
aku tidak punya jawapan untuk itu
dan aku tidak mahu memikirkannya
kerana aku menunggu jawapan dari dia.

ditulis oleh:
Little Marini
[17.12.2008][2326pm]

3 comments:

reenkyra said...

waaa nice 1..
huhu~~ =)
uiks nme pn da berubah ea...
ape 2 HumptyDumpTy Little Marini
...
hhhahaa~~ =p
btw post sumtin bout u kt my blog...
do view k...
daaa~~ ^_^

dEEp_byME said...

wahaha..
neh cte sal spew ea?
haha..
i wonder..
ngee~~
;p

fatinmarini said...

reenyra:
hehe..nice ek..tQ.. =)
HumptyDumpty Little Marini itu adalah nama tanpa makna semata..hehe
btw Tq 4 the post yeah..hik3

deep_byme:
eheh..ko sgt understanding ea..ak igt tade sape taw ak sdg bercerita..haiz~