Friday, September 3, 2010

jasad, sesuatu, takdir & izrail.

dari dalam bilik kelam, ada terdengar bunyi ketukan.
namun jasad masih kaku tegak di suatu sudut.
bunyi semakin bertalu.
tapi jasad tetap di situ.
tidak ia berganjak.
ironinya!
kerana jasad sedang menunggu sesuatu.
sesuatu pula sebenarnya sudah ada menanti di luar sana.
cuma jasad saja yang tidak mengetahui.
bukan. bukan.
jasad tahu benar kalau yang mengetuk bertalu itu adalah sesuatu.
tetapi jasad tidak berani membuka pintu.
jasad menanti takdir.
biar takdir yang buka pintu itu.
kuncinya ada pada takdir.
sekarang takdir masih belum sampai. masih di perjalanan:
jasad percaya begitu.
namun dalam diamnya jasad,
minda nya berfikir:
sampai bila jasad harus menunggu?
sedangkan sesuatu sudah ada di situ?
kenapa tiada dibukakan saja pintu untuk sesuatu?
tiada keberanian bolehkah dijadikan alasan?
jasad mula resah.
jasad risau menanti takdir yang entah bila akan sampai.
persoalan lain menjengah fikiran:
bagaimana pula jika izrail terlebih dahulu mengucap salam?







notakaki: untuk kefahaman saya sendiri. :)

No comments: