Sunday, September 12, 2010

raya yang best juga lah.

assalamualaikum.
:)

selamat pagi 3 syawal.
tehee~
:D

so, how's ur raya peeps?
mine?
erm. so far so good.
boleh lah untuk dibuat kenang-kenangan yang indah sesampainya di uk nanti.
heh.

raya pertama, nothing much.
gi beraya di umah nenek kedua-dua belah. collect duit raya dari pakcik makcik. ada yang kasi banyak. tapi mostly bagi sikit sebab dorang kata kpm da kasi saya duit raya euro.
erk.
0.o

ayah yoe saya lagi la. ajar sofea mintak duit raya dari saya. demand lagi. seringgit tamaw. huwaa. aten belum keje la sayang. duit euro itu untuk survive 5 bulan di uk. entah kan cukup, entah kan tidak. huhu.

petang raya pula gi beraya umah atuknenek sedara sebelah mama. dapat la jugak duit raya seringgit dari dorang. alhamdulillah. gi 3 buah rumah, dapat la rm3. ahaha. ok la tu kan? k.long jeles sebab dia tak dapat langsung. haha.
;p

malam raya pula, sesi masakmasak dengan mama dan bibikbibik juga amalin dan syamilah.
hee~ saya memang suka masak walaupun saya tak taw masak. tapi saya bukan masak pun. tolong bisingbising kan dapur aje dengan amalin dengan syamilah. tapi tak gosip okay? cuma buat mama cuak dengan citerciter hantu kami. bestbest! time cik tan-cik tan dah lepas ni la nak citerciter pasal hantu. bulan pose hantu tade. kurang menakutkan. heh.

raya kedua, open house.
pukul 7.30 lagi mama da kejut. lalu dengan malasmalas si gadis bertiga ini bangun. dengan muka blur dan mata bengkak kami meneruskan masakmasak sesi kedua. kecuali amalin. beliau dilantik menjadi cleaner. muahaha. dan beliau memang cemerlang lah dalam menjalankan tugas. sapu dan mop lantai tu sampai berkilau-kilau. hoh. saya bangga ada sepupu macam kamu! hik.

kami menyiapkan tugasan di dapur lebih kurang pukul 10.30. pukul 11 lebih, tetamu da mula datang. tapi, marini yang penat itu telah menidurkan diri beliau sehingga jam 12.30. akibatnya, tepaksa menadah telinga mendengar ceramah tentang adab melayan tetamu dari mama. heh.

mulamula rasa tak excited pun sebab saya da taw tak banyak kawan saya akan datang. charil da inform awal-awal yang dia tak kan datang sebab jalan jam macam sardin. yash pun tak boleh datang juga sebab anty-anty nya ada di rumah. walaubagaimanapun, yash mesej saya lebih kurang jam 2 menyatakan yang mereka sudah on the way ke rumah saya. hehe. tiba-tiba rasa excited pulak. tapi padan muka charil. tahun ni dia tak dapat makan kek coklat. sape suruh inform awal-awal tak nak datang? muahaha.
:p

petang pula, datang pula dua lagi bestie saya, atiqah dan farah. lagi tambah-tambah meriah rasanya open house saya dengan kehadiran mereka. bila mereka da balik, ingatkan da boleh rehat. tapi ada lagi yang datang. mustaqi dan bukhari. heh. tQ la sebab datang ya kawankawan. sudi jugak meluangkan masa ke majlis saya walaupun saya taw masingmasing sangat busy.
:)

malam raya pula sesi main mercun. part ni memang super best. mercun amat banyak sekali. macammacam ada. safwan, meh datang beraya umah saya tahun depan kalau nak main mercun puas-puas. hehe.ayah di saya jadi terrorist dengan kejayaan beliau menyambung mercun menjadikan mercun bunga 24 das diganda dua jadi 48 das. memang terbaik! kalau cia taw, abes la beliau. heh.

abes sesi main mercun, sesi photo-shot pula dengan si gadisgadis manis anggun lagi bergaya. da ada dslr, memang penggunaan hendaklah dimaksimumkan. terima kasih buat k.long yang sudi mewakafkan dslr mahal itu untuk merakamkan wajahwajah kami. haha!
:DD

jadi, itu sahaja kisah raya saya. maaf tiada gambar sebab tak sempat nak upload lagi. heh.

oh ya, kepada zakwan yang sambut hari jadi beliau semalam:
selamat hari jadi, sahabat.
semoga dipanjangkan umur dalam ibadah, dimurahkan rezeki, dan hidup dalam perlidungan serta di bawah lembayung rahmatNya. amin.
:)

3 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

xlengkap rasenye entri tanpa gambar jejaka hensem dan bergaya...dan seorang lagi ahli tetamu yang dilupakan..ehem2...

Anonymous said...

raye umah?.. kite main kt uk lar.. hehe..

Anonymous said...

oowwhhh,,kak tin ader bl0 xkasi th sy yer!!!