Thursday, September 9, 2010

takbir raya.

takbir raya da mula kedengaran di tv.
tiba-tiba hati rasa sesuatu.
rasa sunyi.
rasa sepi.
rasa kosong.
rasa ini lain sekali.
tidak seperti sebelumnya.
tiba-tiba ada rasa rindu.
pada dia.
mungkinkah saya akan bertemunya lagi?
hati jadi pilu.
pertemuan kali ini tidak saya manfaatkan sepenuhnya.
hati sayu berdoa pada Tuhan:
"Ya Allah, pertemukanlah aku dengannya sekali lagi. Berilah aku peluang untuk memenuhkan segala lohong amalan yang wujud pada Ramadhan kali ini. Akan ku berusaha untuk menutup segala lohong itu dan menyempurnakan Ramadhan ku selepas ini. Amin."

...

mood raya tiada. tak tahu ke mana. nak kata excited nak fly, tak. nak kata tade baju raya, ada. erm. mungkin sebab kekasih sudah berlalu pergi. kini baru saya tahu keindahan perasaan bila bercinta dengan Ramadhan. dan saya pasti rasa itu akan lebih indah apabila bercinta dengan Tuhan.

apa pun, selamat hari raya sahabat! maaf zahir dan batin. :)
walau di mana jua anda menyambutnya, semoga berbahagia semuanya. :)


No comments: