Saturday, December 31, 2011

contengan 31 disember.

assalamualaikum.

1. menjejaki nota azam 2011 di blog. itulah untung ada blog; awal tahun tulis checklist azam dan hujung tahun jenguk semula samada azam itu tercapai atau tidak. dan tidak seperti yang diidamkan, keputusan saya merosot. daripada 80% di tahun 2010 kepada 60% tahun ini. daripada yang 5 itu saya rasa saya gagal di nombor 1 dan 3. 

2. saya ada menulis "semoga kisah hidup pada tahun ini indah nian bagai kerlipan bintang di langit semalam, tidak kosong kelabu sebagaimana langit di permulaan tahun yang baru ini" dalam entry yang sama. *senyum segaris* entah apa di fikiran saya pada waktu itu. masih keanakanakan tenggelam dalam dunia fantasi sendiri barangkali. mana mungkin langit selamanya tetap biru, pasti akan ada waktunya hujan datang bertamu. 

3. 2011 tahun yang mendewasakan. saya belajar mengenali realiti. bersemuka dengan wajah sebenar kehidupan. hidup ini bukan gulagula kapas yang manis senantiasa. dan, 'sampai bilabila' itu adalah terma fantasi di dunia. ia cuma wujud di akhirat sana.

4. saya dapat ahli keluarga baru dan hilang seorang sahabat lama.

5. saya kembali jatuh hati pada puisi. itu, cinta pertama saya. kami berkenalan sewaktu saya berusia 9 tahun. menginjak usia remaja, friendster membuatkan saya melupainya secara perlahan-lahan sehingga saya langsung hilang minat terhadapnya. dan, tahun ini menarik saya kembali kepadanya. benar kata orang, cinta pertama mana mungkin dilupakan. tenggelam dalam seni puisi itu lebih asyik dari chatting di facebook tahu? :p

6. saya telah melakukan sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan: live performance with guitar in front of international students. ini adalah sewaktu ladies' night pada minggu charity week for somalia. i'd done that terribly, i must say. but, at least i've done something beyond my expectation. proud of it somehow. heh. eh, tibatiba teringat adik saya cakap "orang dakwah mana boleh main gitar." err.

7. summer break is the best thing that happen to me in 2011. mamabah, adikadik, family, kl vacation, rehlah cinta, raya, kak long's wedding reception, ipoh trip, meet up with girlfriends, ufenzz gathering, motivational talk at sksie, kutipan dana untuk palestin, program berbuka puasa alumni smkbb dengan anakanak yatim, uskab, belajar buat biskut raya dengan yah; they were all awesome! :D

8. 2011 membuktikan aidiladha di perantauan boleh jadi meriah juga jikalau anda beroleh cuti raya selama 7 hari. 

9. spring break uk travel marathon jadi renda buat tambah indah 2011. 2012 mungkin boleh buat spring break europe travel marathon pula, insya-Allah. :D

10. sambutan hari jadi ke20 selama 20 hari dan jaulah sepanyol jadi penutup terbaik buat tahun 2011. terima kasih, Allah. :)

Thursday, December 29, 2011

tentang kasut, dan dia.

assalamualaikum.

semalam, saya keluar ke tesco bersiar-siar bersamasama cik kesayangan nur farah azwa. memandangkan kami sudah lama tidak keluar rumah (saya langsung tidak keluar rumah setelah pulang dari birmingham), kami mebunuh masa dengan menapak masuk ke charity shops yang terdapat dalam gedung tesco itu. sudah habis bermain-main di sana, kami menuju pula ke butik new look. 

26 disember yang lalu merupakan boxing day di uk. dan promosi barangan murah itu masih berterusan sehingga semalam. memasuki butik itu membuatkan rahang saya jatuh (baca: my jaw drops). masakan tidak, kasutkasut dengan pattern terkini dan sangatlah cantik dijual dengan harga yang sangat murah. mata saya tidak berkelip memandang setiap pasang kasut di atas rak. sungguh, saya memang perempuan yang gilakan kasut. hati saya mula membuat pilihan. tangan mencapai-capai semua kasut yang berkenan. dan otak, mula berkirakira akan duit cukai rakyat yang akan terkorban di butik ini. 

dan setelah tiba waktu untuk mebuat pilihan kasut yang akan dibawa pulang, ada sesuatu yang melintasi fikiran saya. dia; yang tidak perlu saya sebutkan namanya siapa. 

*flashback*
sejak dari kecil, saya memang amat sukakan kasut. berpasang-pasang kasut memenuhi rak. menjadi satusatunya anak perempuan mamabah selama 8 tahun memungkinkan saya untuk memiliki kasut yang banyak. bahkan, selepas kelahiran adik perempuan, mama masih juga tidak lokek untuk membelikan saya berpasang-pasang kasut sepanjang tahun. mungkin kerana mama juga sukakan kasut, dia tidak berkira menghabiskan duit untuk membeli kasut kepada kami. dan tabiat suka membeli kasut ini berterusan sehingga zaman remaja. tidak pernah ada sesiapa pernah menegur saya tentang tabiat ini sehingga saya mengenali dia.

sewaktu mulamula kenal rapat dengannya, dia tidak pernah berkata apa-apa tentang hal yang satu ini. namun, sewaktu cuti summer yang lalu, dia mengatakan sesuatu yang saya tidak pernah saya jangkakan:

"marini, aku tengok kau sungguhsungguh dalam memperjuangkan isu palestin. tapi, waktu kau beli kasut baru pernah tak kau sekali terfikir tentang mereka? you buy new shoes when you already have many but they have none."

*balik ke butik new look*
ya, saya teringatkan dia serta patahpatah azimat yang diucapkannya. terus sahaja saya meletakkan kembali kasut yang jadi pilihan hati - dengan ikhlas. i dont even give a second thought about buying it. terima kasih awak kerana telah menyelamatkan saya dari menyalahgunakan amanah. jika tidak, bagaimana untuk saya berhadapan dengan Allah di akhirat nanti? bagaimana untuk saya bersoal jawab di hadapanNya perihal 20 pound yang saya habiskan untuk kepuasan diri sedangkan lebih banyak insan di luar sana lebih berhak ke atasnya? 

...

dia, insan yang biasabiasa saja: tidak menjalani usrah, bukan dari kalangan ikhwah-akhawat, bukan anak uztaz atau imam, bukan bekas pelajar sekolah agama, dan tidak mengambil jurusan agama di universiti. tapi dia, mengajarkan saya tentang sesuatu yang tidak saya dapat dari orang yang 'baikbaik' ini. benarlah, tarbiyyah itu ada di mana-mana dan hikmah itu boleh didapati dari siapa sahaja bila Allah mengkehendakinya. kerana itu, jangan pernah memandang rendah pada orang yang 'biasa-biasa' ini. berada dalam biah solehah, bekerja dalam jemaah, ditarbiyyah secara formal, dan yang sewaktu dengannya tidak memberi lesen kepada kita untuk merasa lebih baik dari mereka. itu cuma wasilah yang Allah pilih untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. ini jalan kita. dan mereka, ada jalan mereka sendiri.

Saturday, December 24, 2011

Kenalkan hati dengan Cinta sebelum penuhkan ia dengan cinta.

assalamualaikum.

tanpa sedar, banyak waktunya kita sering menzalimi hati sendiri.
kita sering mengajar ia tentang cinta, mendidik ia untuk bercinta,
tapi lupa menerangkan perihal Pencipta yang mengalirkan cinta.
wahai,
hati yang tidak mengenal Pencipta, 
mana mungkin mampu memahami hakikat cinta.
sudahnya ia sakit sendiri menakung cinta palsu duniawi.

.

melalui Dia, hati belajar memaknakan cinta.

.

dan cinta,
 definisi cinta pula bukan tertakluk pada cinta antara lelaki perempuan sahaja.
keluarga, material, sahabat, agama, negara, apa sahaja.
semua terkandung dalam termanya.
bila cinta itu disandarkan kepada Dia, segalanya akan jadi lebih bererti dan bermakna.

. tamat.

Monday, December 12, 2011

Ola espana! :D

Assalamualaikum.


Entry kali ni tak panjang.
Cuma nak cakap yang saya akan meninggalkan bumi UK dalam waktu beberapa puluh minit lagi.
Saya dan 3 sahabat yang lain akan berjaulah ke Sepanyol.
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang.


Moga Allah redha akan setiap derap langkah sepanjang perjalanan ini.
Pergi mencari 'permata' yang hilang;
semoga ketemu apa yang dicari.


Sampai tiba waktu bertemu lagi,
Fi amanillah.

Tuesday, December 6, 2011

pasca 20-an.

assalamualaikum.

alhamdulillah.
thumma alhamdulillah.
thumma alhamdulillah.
puji-pujian ke hadrat Allah s.w.t atas
nikmat hidup, nikmat iman, nikmat islam, nikmat tarbiyyah.


29 november yang lalu, genap 20 tahun umur saya.
tidak seperti 19 tahun sebelumnya,
tarikh ini tidak saya tunggu dengan penuh rasa excited.
i did wonder why:
(a) adakah anjakan umur merubah perspektif saya tentang hari lahir?
(b) atau mungkin saja ucapan-ucapan selamat yang diterima seawal 26 november menguburkan excitement itu?
dan err..
setelah seminggu mendalami persoalan ini,
jawapannya adalah (b).
:p


orang pertama yang memberi ucap selamat kepada saya adalah mimi,
sahabat karib saya di malaysia, melalui facebook.
saya ingat malam 26 haribulan itu saya terjaga pukul 2 pagi.
sambil menunggu mata tertutup kembali,
saya menjenguk facebook bila terlihat terdapat 1 notification.
Mimie Kamaruddin writes on your wall.
*klik*
ten, epi besday...
*mata terbuka besar*
(seriously, i almost jumped out of the bed!)
*tutup facebook, buka kalendar*
26 November. Happy Birthday, Ayih!
*sigh*
*muka confuse*
*buka facebook balik*
ten, epi besday..wish awal2 sene..takut xleh on9..hee
*pap! facepalm*
*sambung tidur dengan hati kecewa*
mungkin hempukan di wajah itu terlebih kuat -
cukup untuk membunuh excitement menunggu tarikh 29 itu pada harihari seterusnya.
heh.
dan pada waktu uk masih 28 haribulan,
dinding facebook saya sudah dipenuhi ucapan selamat dari warga malaysia.
terus terkubur perasaan excited tu.
in fact, i slept at 11.30 that night -
sesuatu yang TAK PERNAH berlaku dalam hidup saya sebelum ni.
fatin marini kalau tak tidur pukul 2 pagi pada malam hari jadi dia,
memang bukan fatin marini namanya.
:p


di sebalik peristiwa yang membunuh excitement tadi,
banyak juga perkara-perkara yang menyeronokkan berlaku.


1. adik saya berumur 11 tahun menghantar mesej pada 28 haribulan:
aten, adik tahu it's not yet 29th in uk.
tapi adik hantar mesej ni awalawal because
i wanna be the first person to wish you happy birthday.
sangat sweeeeet okay?
terharu sangat!
T_____T


2. dialog antara mama dan abah:
mama: *nyanyi lagu happy birthday*
abah: buat apa nyanyi? kan dah 23. tak payah nyanyi lah.
marini: :/
mama: bila pulak umur dia 23?
abah: habis tu?
mama: she's just 20!
marini: abah ni umur anak pun tak ingat. :|
abah: lah, ingat kan dah 23. ingat kan dah boleh dapat menantu tadi.
mama dan marini: abah! *rofl*
seriusly, saya tak pernah terfikir yang selama ni abah ingat saya dah 20+.
apakah lagi nak terfikir yang abah dah tak sabar nak dapat menantu.
errrrr.
hurm, gamaknya abah ni bosan sangat kat rumah takde teman.
tapi, mama kan ada?
heh.


3. the not-so-surprise birthday party:
kisahnya begini.
dari kecik, selalunya orang yang akan belanja saya waktu hari jadi.
sebab dah 20, i want to do things the other way around on my birthday.
jadi, saya berniat nak belanja kesayanganS minum di costa lepas habis kelas as sort of my 20th birthday celebration.


hearties:
thanks for being such an angel to me -
being there for me through my thick and thin,
loving me for who i am,
being my pillars of strength,
forgive my mistakes,
bear my imperfections.
wipe my tears,
laugh to my stupid jokes,
listen to my repeated stories,
help to heal my pain,
comfort me when i feel scared,
console me when feel sad,
talk to me when i feel lonely,
lend a hand when i'm in need,
be a mother to me when my mother is not around,
be a sister to me when i have none.
I thank Allah for your presence it my life.
Our friendship is among the best thing that ever happened to me.
:)
the twist in my story was,
kesayanganS had been planning something for me and it would take place at costa as well.
i did not know about this until i invited omma to join us just before we went to costa.
suddenly, omma said something like this:
"shahril yang ajak ke?"
when i said nope, it was me who do the planning bla bla bla,
omma's faces was like err..
inexplicable but enough to make me realize that 'something' was going on behind my back.
ahaha!
that was why the suppose-to-be-surprised party was no longer surprising.
heh.
yet, it was a blast.
:)


4. surprise dari syida&adikadik:
this one was a real surprise.
rasa macam terharu nak menangis,
tapi segan.
T____T
on the 30th, it was wednesday.
saya tiada kelas pada hari rabu dan oleh sebab itu,
saya mencadangkan pada syida untuk adakan usrah adikadik di rumah saya.
namun, mereka tidak datang ke rumah untuk berusrah semata-mata.
 mereka datang ke rumah dengan membawa hadiah buat saya.
i barely knew them.
baru duduk berhalaqah dengan mereka 2 kali.
yet, they were willing to give this much for me.
for the card and the tiger,
and the smile and laughter,
for the love and the ukhuwwah,
thanks love!
:')


dan apa yang paling menyeronokkan tentang sambutan kali ini adalah saya dapat hadiah yang saaaaaaangat banyak: dari kesayanganS, dari adikadik dan syida, dari kak athi, dari usrahmate, dari family, dari Allah.
:)


this is half of what i've got.
there's more.
:D


----------------------------------------------------------------------------------
update (221211):
tahun ni, 20 hari saya sambut hari jadi tahu?
melihat sunrise di malaga adalah penutup sambutan yang paling baik sekali.
:')

Saturday, November 26, 2011

catatan rambang.

assalamualaikum.

1. ummah ini tidak akan mampu bangkit selagi mana rijalnya lebih banyak menangis sendu kerana wanita atau berangan-angan tentang mereka berbanding rukuk dan sujud pada Allah Taala.

2. saya teringat-ingat kata-kata seorang akh sewaktu berdaurah di nottingham. intipati ucapannya adalah gerak kerjanya di jalan dakwah ini merupakan satu jual beli dengan Allah. dia menginfakkan harta, masa dan dirinya di jalan dakwah untuk melihat anaknya membesar dalam keadaan ummah yang lebih baik - sambil matanya melirik anak lelakinya yang berlari-lari sekitar dewan.

3. alhamdulillah. sudah mampu melepaskan separuh dunia yang sepertinya sebelum ini kembali membalut hati. kalau lama saya tidak menulis, itu tandanya saya sedang 'kering': kering iman, kering himmah, kering hamasah. kefuturan adalah mimpi ngeri bagi saya, senantiasa. tetapi saya masih belum mampu lari darinya bahkan larut pula dalam kefuturan itu. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.

4. sejak akhir-akhir ini, saya banyak mendapat tarbiyyah tentang 'being judgemental'. sungguh, manusia tidak punya hak untuk judge orang lain. jangan memandang serong pada sahabat-sahabat yang pada pandangan mata sedang melakukan dosa. refleksi diri: pada satu ketika, saya juga pernah melakukan hal yang sama. saya juga berdosa. dengan rahmat dan belas kasih Allah jua saya mampu meninggalkan maksiat-maksiat itu. segala kebaikan yang berlaku ke atas saya adalah atas iradahNya. entah mungkin esok lusa, atau sebentar lagi sahaja dia akan menjadi seseorang yang lebih baik berbanding saya.

5. sudah lebih sebulan dia pergi. saya redha, insya-Allah. tapi rindu. lucu kan bilamana orang tersebut sudah tiada, baru saya sedar betapa sebenarnya saya menyayangi dia. hurm.

6. awal Muharram 1433H. selamat tahun baru, kalian! :D saya semakin menghargai masa kerana saya sedar entah berapa sedikit lagi umur saya yang tersisa. saya tidak perlukan umur yang panjang, saya cuma mohon Allah kurniakan saya usia yang berkah. biar pendek, tak mengapa. asal cukup amalan untuk Dia izin saya melihat wajahNya di syurga. Allahumma amin. :')

7. adik kedua saya berumur 15 tahun hari ini. selamat hari jadi, ayih. semoga cemerlang dunia akhirat. aten sayang ayih infinity. *hugs.kisses.&prayers*

Saturday, November 12, 2011

a scribbled note in early november.

assalamualaikum.

tiga minggu menyepi.
tapi tidak pergi menyendiri.
saya larut dalam usaha memenuhi tuntutan hak dan menunaikan amanah.
sehingga tidak punya masa untuk menjenguk ke sini.
bahkan terlepas tarikh penting orangorang yang disayangi.
aseef jiddan, nadzipah sayang.
T___T
tahun depan saya akan usaha untuk wish on time,
insya-Allah,
biiznillah.
:)

seminggu sudah berlalu.
kiranya sudah terlalu amat lambat sangat untuk saya hulurkan salam aidiladha.
ke belum?
kalau masih belum terlambat,
salam aidiladha 1433H.
semoga perayaan ini tidak cuma dirai,
tapi juga dihayati.
:)

ini aidiladha ke dua saya di tanah inggeris.
alhamdulillah.
sambutan kali ini meriah sungguh.
ini semua kerana reading week.
kami (student TeSL) tiada kelas selama seminggu.
tak perlu lagi berkejar-kejaran macam tahun lepas.
:DD
nikmat beraya sudah satu pertiga persis di malaysia.
solat sunat aidiladha.baju raya.lemang dan rendang.rumah terbuka.
yang tiada cuma takbir yang syahdu,
keluarga,
kuzi ayam nenek,
dan lembu!
(heh. part lembu tu mama yang highlight dalam wallpostnya di fb.)

err.
sudah kehabisan idea untuk menyambung post ini.
sampai ketemu lagi di catatan seterusnya,
insya-Allah.
buat yang bakal menduduki peperiksaan,
bittaufiq wannajah.
moga Allah mudahkan urusan.
:)

Thursday, October 27, 2011

it's a fact that no one can deny;

people do change as time passes by.



no matter how hard you've tried,
it is almost impossible for you to be part of them anymore,
they're no longer the ones who you used to know.
they are someone new -
they are strangers.

just let them be.
and let them go.

period.

Monday, October 24, 2011

erti hidup pada memberi.

assalamualaikum.


in somalia,
even a thought counts -
what's more when it comes to a penny.

somalia itu jauh.
tak mampu kaki melangkah ke sana.
kerana itu,
apa sahaja tenaga dan kemampuan yang ada
saya usaha kerahkan untuk membantu saudarasaudara di sana.

hari ini bertindak sebagai sukarelawan yang memegang collection bucket.
tugas saya ialah
saya perlu berdiri di kawasan laluan orang ramai
dan mengutip donation daripada mereka selama sejam.

tak mudah.
tapi, alhamdulillah Allah permudahkan.
sejam itu dirasakan sekejap cuma.
sejam yang bermakna.
sejam yang mengajar saya tentang banyak perkara:

1. sifat kemanusiaan tidak punya batas kaum dan agama
yang menemani saya di checkpoint hadapan warwick art centre itu adalah seorang cina beragama buddha. saya berbesar hati bila mengetahui dia sukarela menyertai program charity ini memandangkan ianya adalah di bawah kelolaan islamic society (isoc).

2. cinta yang tersebar di mana-mana
meskipun perlu berdiri selama sejam, penatnya tidak terasa bila orang yang lalu-lalang dari pelbagai bangsa memberikan semangat kepada kami. senyuman dan ucapan "good luck" buat kami tidak patah semangat walaupun ada ketikanya terasa down bila tiada langsung yang menghulurkan donation.

3. jangan menilai luaran
yang menjadi target adalah asian, mungkin kerana kelihatan lebih ramah. tapi, yang lebih banyak memberi itu english dan europian juga, meskipun mereka nampak ignorant dan individualistic.

4. pertolongan Allah itu dekat
15 minit pertama, sambutan daripada passerby sangat hambar. saya jadi down kerana terasa sudah meletakkan segenap ikhtiar untuk menarik perhatian orang ramai tetapi hasilnya tiada. tarik nafas, muhasabah.    saya sedar. saya berusaha, tapi saya lupa bertawakal. padahal untuk berjaya harus ada usaha, tawakal dan sabar. setelah saya menghidupkan ketiga-tiga elemen ini, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

hari jumaat nanti,
ada tugasan lain pula menanti.
dan ia juga dilakukan untuk somalia.
semoga semuanya baikbaik sahaja.
mohon doa dari semua.
:)

Saturday, October 22, 2011

ibrah dari satu kehilangan.

assalamualaikum.

"kita hidup bukan untuk hidup -
kita hidup untuk mati."

.

pemergian yang amat mengesankan.
jujur, saya masih belum habis menangis.
tapi, insya-Allah saya redha.

banyak ibrah dari kehilangan ini:
Allah sedang mengajar saya tentang sabar.
Allah sedang mengajar saya tentang tabah.
Allah sedang mengajar saya tentang syukur.
Allah sedang mengajar saya tentang ikhlas.
Allah sedang mengajar saya tentang hakikat hidup.
Allah sedang mengajar saya akan erti sebenar bergelar hamba kepadaNya.
dan yang paling utama,
mungkin sekali Allah memanggil saya kembali pulang menuju Dia.

.


moga kehilangan ini tidak sia-sia.
moga ini menjadi titik tolak untuk saya berlari kencang dalam perjuangan.
saya mahu menemui Kekasih Utama dalam keadaan
Dia redha kepada saya
dan saya juga redha denganNya.


kembali mengutip semangat yang berkecai.
doakan saya.
:')


"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka ialah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
(Al-Bayyinah: 7-8)

Wednesday, October 19, 2011

satu pemergian.

assalamualaikum.

ini adalah entry dedikasi buat seorang sahabat 
yang saya tahu dia tak akan membacanya sampai bilabila.

terima kaih atas segala budi dan jasa.
masih banyak yang belum terbalas lagi rasanya.
moga Allah gantikan dengan yang lebih baik buat awak di sana.

terima kasih untuk setiap senyum ketawa.
yang tak pernah tiada tiap ketika kita berjumpa.
moga di sana awak akan tetap tersenyum juga.

terima kasih untuk ukhhuwwah yang terbina.
terima kasih untuk segalanya.

mohon maaf atas setiap hak yang tak ditunaikan.
mohon dihalalkan setiap kekurangan dalam persahabatan.
mohon dimaafi juga tingkah laku diri yang tak berkenan.

semoga sejahtera melewati permulaan hidup yang seterusnya.
moga Allah mempermudahkan segalanya.
moga Allah ampuni segala khilaf dan dosa.
moga Allah redha akan segalanya.

fatin akan rindu awak 
sebagai orang yang tak pernah miss datang open house rumah fatin 
sampai bilabila.
:')

kembali berjumpa di syurga, sahabat.
biiznillah.

alfatihah.
sahabat dekat.
(07.08.1990-19.10.2011)

.

marini,
hidup ini tak lama.
kalau tak habiskan untuk Allah,
nak bazirkan kepada siapa?

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
(Al-Ankabut:57)





.lama sudah tidak menghadapi kehilangan. i find this is a tough one. mohon air mata yang  mencurah ini air mata redha, air mata sabar.  Allahu, kuatkan hati. kuatkan hati. 

Monday, October 10, 2011

tahun ke dua: hari ke 7.

assalamualaikum.

catatan pertama sekembalinya ke UK.

satu:
marini baru mampu bernafas senang.
penat, tapi puas.
alhamdulillah.
*senyum*

dua:
baru tujuh hari.
sudah rindu malaysia.
tadi waktu ter-dengar lagu lafaz yang tersimpan,
ada rasa pedih mencucuk ulu hati.

tiga:
sudah faham bagaimana seorang abah mencintai.
biar sembunyi, ketelusan kasihnya tembus sampai lubuk hati.
:')

empat:
otak kata mungkin sudah tiba masa untuk mula rancang winter vacation.
spain dan scotland. atau, spain atau scotland?

lima:
marini masih belajar mengenali diri sendiri.
entahlah, mungkin subjek ini tak habis silibusnya sampai mati.
eh?

sekian. wassalam.

Tuesday, September 27, 2011

syawal yg menyatukan. :)

assalamualaikum.









.

biar jasad tak nampak di mata,
asal tak jemu menyayang di hati,
meski mungkin membisu berita,
kita tetap 'kan saling mendoakan sampai akhir nafas nanti.
:)

p/s:
nadzipah, k.mimi azira, ukhti syafiqah, tihah:
semoga Tuhan berkenan mempertemukan kita pula pada syawal akan datang.
biiznillah.
salam cinta dan rindu yang tak pernah padam.
puisi(?) di atas juga saya tujukan buat kalian.
:")

Monday, September 26, 2011

Berubah.

assalamualaikum.

sahabat: 
saya tak sukakan perubahan.

marini:
saya juga.
tapi, perubahan itu perlu.
kerana mati itu pasti.

.

"anyone who seeks Allah will surely finds him."
- Syeikh Abdul Qadir Jailani

Saturday, September 24, 2011

heartache: cured.

assalamualaikum.




tak sampai sejam saya mempublish post di bawah,
Tuhan temukan saya dengan ubatnya.
subhanallah. alhamdulillah.
:)

sungguh, Allah itu ArRahman ArRahim.
waktu diri seakan jauh dari sifat hamba,
Dia kembali memeluk hati dengan penuh rasa cinta,
menawar duka dengan cara yang paling tak tersangka.

"MilikNya lah segala urusan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan. Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
(Al-Hadid: 5-6)

Allahu,
semoga Dia mengampuni segala kesombongan diri.
"...Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi."
(Al-A'raf: 23).
Allahumma amin.

random ramblings: it would be great if i have someone who can help me to solve this problem.

assalamualaikum. 

i'm currently missing myself.
the old me - a person who i used to be before.
because right now, i am losing myself.
i neither can understand what it wants nor what it needs.

everything goes haywire.
and this has been for sometimes.

i'm so clueless about this happening.
i have got the idea that something is not right somewhere -
but, what?

heart?

self-reminder:
(91:7-10, 3:8)

Friday, September 23, 2011

tentang somalia. dan kita.

assalamualaikum.

somalia.
di sana, 
nenek tua itu tidak tahu bila giliran pinggannya untuk terisi.
ibu muda itu tidak tahu bila dia akan berkudrat semula untuk menyusu anaknya lagi.
anak kecil itu tidak tahu apa esok dia masih akan buka mata kembali.
lelaki itu pula tidak tahu apa nanti dunia akan masih lagi simpati.

malaysia.
di sini,
anak-anak orang berduit mencebik tatkala bila dibukakan tudung saji
cuma terhidang sepinggan sardin atau sebuku roti.
mereka cuma terasa dirai waktu ayah ibu belanja kfc mahupun mcD.
yang remaja pula suka menghabiskan duit sesuka hati,
sikit digunakan untuk manfaat diri 
selebihnya dihabiskan buat sakan berjoli.

sungguh, nikmat yang sedikit ini jarang sekali kita ingat untuk mensyukuri.

ingatkan lah bila lupa.
sedarkan lah bila leka.
kalau tidak hari ini, bila lagi?

pinggan yang terhias indah -
apakah sekali pernah membuat kita berfikir tentang mereka di sana?

Tuesday, September 20, 2011

buat abah: ringkas, tapi harapnya bermakna.

assalamualaikum.

Ini entry dedikasi buat dia
 yang padanya saya jatuh cinta setiap hari.
:)

Abah,
Selamat hari jadi ke 48.
Terima kasih untuk 20 tahun yang penuh dengan kasih sayang dan nikmat kehidupan.
I love you.

Yang ikhlas,
Aten.

Friday, September 16, 2011

balik.

assalamualaikum.

sahabat: 
"UK dah banyak mengubah kamu, marini. 
sepertinya kamu dah balik ke zaman MRSM dulu."

marini:
*senyum*

hati marini:
"semoga bukan UK.
semoga hidayah yang jadi peneraju pengislahan ini.
dan,
saya tidak balik ke zaman MRSM.
saya sedang dalam perjalanan balik kepada fitrah yang azali.

Monday, September 12, 2011

Jaulah Melunas Rindu.

assalamualaikum.

saya dan yayash dalam perjalanan ke ipoh.
Jaulah Melunas Rindu.
pada saya itu tema jaulah singkat kami kali ini:
balik melunaskan rindu pada tanah dagang yang sudah lebih setahun ditinggalkan.
mohon didoakan kesejahteraan kami pergi dan pulang.
semoga Allah memelihara hatihati kami, meluruskan niat kami sepanjang jaulah ini.

Salam rindu.
Akan kembali menulis selepas 'normal'.
Wassalam

Wednesday, August 17, 2011

selepas 17 hari...

aku masih bergelut
meraih cinta, maghfirah dan redha Illahi.








balik menyepi.
akan kembali selepas mentari ramadhan berlalu pergi.

Tuesday, August 2, 2011

ahlan, ahlan, Ya Ramadhan.

assalamualaikum.

seakan tidak percaya kalau esok sudah 3 Ramadhan.
pantasnya waktu berlari di bulan mulia ini.
semoga saya, kalian juga muslimin muslimat sekaliannya mampu mengejar redha dan magfirahNya sebelum Ramadhan tiba di penghujungnya.
kerana esok mungkin sahaja akan menjadi Ramadhan terakhir untuk kita.

"Wahai orangorang yang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa,"
(Al-Baqarah: 183)

dan 'taqwa' itu bukan cuma kata sifat,
tapi ia juga satu kata kerja.

Ramadhan sudah tiba.
selamat me'rai'kan dan me'makna'kannya.

selamat berpuasa.
:)

meminjam kata seorang sahabat:
"semua orang melalui ramadhan; sama ada beriman atau tidak, islam atau tidak. ianya satu  bulan yang diciptakan Allah untuk semua. tapi hanya yang melaluinya dengan sedar akan merasai kelainannya, insya-Allah"

ini bulan untuk menganyam cinta menyulam rindu.
moga Ramadhan yang dilewati akan melahirkan kita sebagai hamba Rabbani - bukan cuma hamba Ramadhani.

Sunday, July 31, 2011

menggeledah poket doraemon.

assalamualaikum.

setelah beberapa waktu tergendala,
akhirnya berpeluang jugak nak update blog.
hee.
meh jenguk ada apa dalam poket doraemon.

1. suratsurat dan notanota dari penpal yang comel.
penpal saya nama zealot. dan applepie itu adalah saya. aktiviti penpal ni idea cikgu bahasa inggeris saya sewaktu form 5, teacher linda. apa yang seronok, teacher linda yang menetapkan siapa penpal anda. dan anda takkan tahu siapa sebenarnya penpal anda itu. sebab tu kami diminta meggunakan nama pena. heh. tapi selepas sekian lama (beberapa waktu sebelum tamat sekolah), ada yang membocorkan rahsia identiti tu. haish! tak seronok lagi jadinya. satu perkara yang saya sangat suka tentang penpal saya ini adalah beliau itu sangat kreatif. lihat saja corak/lukisan/contengan pada surat dan nota yang dihantarkan kepada saya. comel sangat. oh, dan ini baru sebahagian je. ada lagi, tapi tak muat gambar nak tunjuk hasil karya beliau kat sini. heh. saya tersenyum bila dalam kad raya beliau ada duit raya rm1. wah. dari 2007 lagi duit tu terselit di sana. dan saya berniat untuk menyimpannya sampai bilabila. tak nak guna. kenangan tuh! 
:D

2. kadkad raya dan duit raya juga
ini sebahagian kad raya yang saya dapat dari batchmate juga adikadik junior pada tahun 2007. besar ada, kecik ada, beli kedai ada, tempah ada, dan handmade pun ada. sweet sangat merekamereka ni. jadi rindu pula pada sahabatsahabat dan adikadik di mrsm yt (sekarang namanya dah tukar jadi mrsm besut). hoh, dan duit raya pun ada juga. tapi saya dah lupa siapa yang bagi sebab kat sampul tu tiada nama pengirim. tsk.

3. macammacam ada
haha. gambar ni memang macammacam ada jadi tak taw nak describe apa. kalian tengok lah sendiri apa yang ada. lirik lagu ada (saya kutip sendiri atau ada yang tuju lagu pun saya dah lupa), contengan sewaktu praktis debate ada (ada senyum pahit manis tatkala terserempak dengan contengan ni), kad ucapan hari jadi, gud luck, forget-me-not, etc etc pun ada. apa lagi eh? oh ya! pembalut kitkat yang ada nama pengirim juga tarikh. hahaha. macam tu sekali saya menghargai pemberian orang sewaktu masih kanakkanak. pemberi kitkat ini harus merasa terharu dengan penghargaan yang diberikan. err, apa lagi. oh lukisan pinocchio dari kesayangan saya, tihah. dan, koleksi surat cinta zaman kanakkanak. ding dong!
;p

menggeledah poket doraemon sama seperti saya menyoroti kembali harihari di mrsm dulu. seawal mulamula saya masuk tingkatan empat, berjuang dengan homesick yang amat kritikal, episod penglibatan saya dalam dunia debat dan persembahan pentas (drama), pembabitan secara tidak sengaja dalam badan wakil pelajar (yang membuatkan mama terus meletakkan noktah pada peluang saya untuk balik ke sekolah lama), detikdetik mula mengenal tarbiyyah dan Tuhan, pengenalan pada makna 'cinta' dan 'persahabatan', konflik diri dan kepimpinan, dan macammacam lagi. 

saya suka menyingkap kisah lama. bukan kerana saya tidak suka berada di dunia saya yang hari ini. tapi, menjenguk ke belakang buat saya jadi takjub pada setiap takdir yang telah terlukis dalam hidup saya. apa yang terjadi semalam itulah yang mencorakkan siapa saya hari ini. dengan melihat ke belakang, saya jadi tambah yakin pada Al-Qahhar dan Al-Hakim nya Dia. menentukan segala sesuatu tidak dengan siasia. benar, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah untuk disingkapi pada kemudian hari ini. dan hari ini, setelah bermuhasabah, banyak pengajaran yang saya peroleh dari kisah lama saya.

satu perkataan;
alhamdulillah.
:)