assalamualaikum.
:)
selamat hari raya aidiladha sahabat.
:)
so, how's raya everyone?
meh sini dekatdekat. marini nak cerita kisah anak melayu sambut hari raya di bumi britain untuk kali pertama.
:D
kisah bermula pada waktu saya tahu bahawa aidiladha di UK jatuh pada hari selasa. memang serius konfius sangat, sebab tiba-tiba puasa sunat jadi kurang sehari padahal dah elok bajet nih cukupcukup puasa 9. tapi takpe lah. nak buat macam mana kan. tapi sedih taw. raya tak sama dengan Malaysia. takde feel sungguh. serius.
malam raya tu, jemput shahril dengan pedot datang buka puasa kat rumah lepas isyak. ok, ok. jangan salah faham. kami bukan amalkan ajaran sesat yang berbuka lepas isyak. cuma hari tu busy. balik dari uni da pukul 4. magrib kat sini 4.15. yang balik cuma yah sama omma. saya dan deepdeep ke pasar. cari bahan bahan nak buat sate. time berbuka tu dengar takbir. omma touching suda. tapi saya feelingless lagi. macam tak percaya la pulak esok da raya.
selesai berbuka, kami ke gerak ke rumah k.arah. ada buat takbir plus tazkirah abang jo secara online. em. time ni baru ada feel raya sikit. tapi akibat daripada line internet yang tersekat-sekat, bacaan (bacaan ke?) takbir muslimin pun jadi tersekat-sekat juga. lalu, rosaklah mood raya sebab takbir tak best mcm takbir astro ataupun takbir ustaz kat kampung. heh. cerewet kan budak ni? ish. mengada betul. tapi, seronok sangat gathering TANDOORI kat umah k.arah ni. sebab ada cheese cake k.nurul. sedapppp sangat. memang terbaik lah!
:DD
dalam pukul 10 lebih, kami balik rumah. tapi, mana boleh tido lagi. ada sesuatu untuk diuruskan. kami kena sediakan sate. hohoho. lalu, dengan tekun dan khusyuknya anak melayu berempat ni proses 9 ekor ayam untuk diperap buat sate sehingga jam 2 pagi. hah, time ni baru lah ada rasa macam nak raya. yalah kan kalau di malaysia mesti malam raya tu sibuk masak sampai 2-3 pagi. da siap masak tu tak tido lagi. meseg semua orang dulu wish selamat hari raya. kat sini pun sama jugak. lepas siap perap ayam, kemas dapur dan yang sewaktu dengannya, kami buka facebook untuk wish semua orang selamat hari raya. tapi saya tade la wish semua orang pun. saya wish mama je kot. tulis luahan perasaan lalu paste link lagu raya siti biar mama rindu saya banyakbanyak time raya nanti. haha. tabley blah kan ada anak macam ni?
xD
erm. keesokan harinya bangun awal pagi. iron baju raya siapsiap. kemudian bergegas ke bus stop pukul 7.15 pagi. oh, lupa nak cakap. sekarang ni da masuk winter. memang gigilgigil lah kami semua pakai baju kurung dengan jubah jalan keluar rumah pagipagi. huhu. tapi, demi nak solat sunat hari raya ditabahkan jugak hati ni. sampai kat prayer hall lebih kurang jam 8. ingatkan kami da lambat, rupanya kami antara yang terawal kot. melayu tak rami lagi first round solat sunat tu. arab je la ramai. memang kami kepala pusing lah tengok style dorang solat. macammacam ada. huhu. tapi seronok juga. sisters kat sini peramah semuanya. anak dorang pun comelcomel. dan dorang ada jugak bawak manisan untuk breakfast. da la beraya ikut arab saudi, solat pun sekali dengan dorang, breakfast pun dengan manisan. memang ada baubau arab dah saya lepas ni. kesh3. oh, bukan itu sahaja. kat sini mana ada orang wish selamat hari raya aidiladha. atau pun happy raya day ke apa. semua duk eid mubarak. ades! memang style arab habis lah.
da habis bermesra-mesra dengan muslimat di prayer hal tu, kami ke warwick art centre untuk breakfast. nak taw tak apa makanan pagi raya kami? nasi putih, ayam goreng, sup ayam, dan sayur goreng. sedih kan? huk3. tapi nak buat macam mana. dan nasib la jadi anak perantau. huhu. nasib baik jumpa akak-akak jiran kami kat art centre tu. lepas habis makan, dorang ajak kami ke rumah abang fuad, pakcik yang jual nasi di prayer hall. beliau malaysian. memang excited habis lah kami nak gi open house rumah beliau. sebab dengar nya ada macammacam makanan malaysia kat situ. suka!
:DD
time kat rumah abang fuad tu sebak juga lah. pertamatamanya sebab dengar khutbah raya dalam bahasa melayu. huhu. sekarang da faham nikmat dengar khutbah jumaat dalam bahasa sendiri. selama ni duk dengar khutbah jumaat dalam bahasa inggeris accent arab tak pun pakistan. khutbah raya tadi pun dalam bahasa inggeris accent arab juga. cakap lajulaju macam ferrari nak kejar mclarens. tak suka betul. tade feel lah. nak menjiwai khutbah pun susah taw. huhu. yang keduanya sebab teringatkan mama waktu salam peluk cium makcikmakcik selepas habis khutbah. hurm, memang tersentuh sangat lah. yalah kan, 19 tahun hidup setiap kali pagi raya duk salam mama abah. tapi kali ni, tak dapat buat camtu da. sape yang tak sedih kan? huhuhu.
lepas da siap-siap salam semua tengok jam da pukul 10.25. alamak! makan belum lagi. (haruslah asyik fikir pasal makan aje kan?) pukul 11 ada kelas encik mukul la pulak. lalu, apalagi, berkejarkejaran lah kami mengutip makanan apa-apa yang patut lalu minta izin dari tuan rumah untuk balik ke uni lalu makan lemang sambil berlari-lari di tengah jalan menuju ke bus stop. alahai tak sopan sungguh. heh. tapi nak buat macam mana. kalau lambat nanti kena fire dengan encik mukul la pulak. terpaksa la tu.
kami menghabiskan siang hari raya kami dengan menimba ilmu di kelas. lepas kelas mukul, ada kelas seong sook pula. terbaik kan pengorbanan kami? heh. lepas habis kelas seong sook, saya bergerak ke warwick art centre. ada discussion culture dengan k.long, nad, k.siti dan jugak norma. rasa kelakar pula bilamana kami bersungguhsungguh pakai baju raya cantikcantik, tapi kemudiannya anggun ayu bergaya bersila di tingkat atas warwick art centre untuk discuss culture. time tu, memang raya ni tade maknanya lah.
selepas tamat discussion, tunggu kesayangan bertiga balik kelas. kami gerak ke rumah abang fuad untuk second round. adeh, tak pemalu betul. eh, tapi bukan pergi semata-mata untuk makan. kami pergi untuk escort wawa dengan erna lah. hehe. balik dari rumah abang fuad, kami tesco pulak untuk cari lidi nak cucuk sate. balik rumah, usai saja solat isya' semua orang pun berbungkus dalam duvet dan hanyut ke alam mimpi sebelum jam 8 malam lagi.
hurm, itulah kisah hari raya kami. best kan? erm. best lah sangat. tak kira. raya puasa tahun depan memang saya sampai malaysia lah!
2 comments:
it's all about widening our experience :)
selamat hari raye aidil adha, Mayeni cumil :D kalau nak homesick-homesick, jom lah ajak saya sekali hehe :')
panjenyo karange...letih nok baco...huhu...anyway,eid mubarak...style arabic skit...jange duk homesick2 la ye=)
Post a Comment